Masa Terengganu menang menentang Kelantan dalam Piala FA baru-baru ni, cepat je tangan update blog pada malam kemenangan tu. Tangan pantas merangka satu persatu kisah kemenangan. Namun berbeza pula semalam, bila Terengganu kalah lawan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, sunyi sepi je rasa. Sampai tak terkata. Orang Terengganu kata 'senyap tuppah'.. ha ha. Tu la, yakin sangat kan Terengganu menang!
Saya rasa kebanyakan daripada kita semua ada 'tendency' yang sebegitu kan, kalau dapat benda baik contohnya, atau pasukan pilihan menang ke, dapat naik pangkat ke, nak kahwin atau dapat tau isteri mengandung ke... rasa dalam hati tu nak jerit bagitau satu dunia kan? Tapi kalau sebaliknya......'senyap tuppah' la kita. Eh kita ke? Ke saya je yang ada tendency lagu tu? errr.
Ok fine, saya je kot!!
Teringat pula saya akan 'Suratan atau Kebetulan' Tuan Fuad berkenaan solat adalah kunci penting dalam keberhasilan gol sesuatu perlawanan. Sila rujuk sini. Saya rasa bila kita dah dirikan solat, kita dapat lakukan apa jua pekerjaan dengan tenang selepas tu. Passing dan tangkap bola pun insyaAllah mantap! Buat sapa-sapa yang dah solat di awal waktu sebelum perlawanan, tahniah! Buat yang solat lepas perlawanan, atau solat di pertengahan atau akhir waktu, lepas ni insyaAllah boleh amalkan solat di awal waktu pula.
Nak lagi cantik, seluar kasi panjang sikit, tak pun pakai inner...errr.
"Tak payah la duk layan bola sangat Kak Nor!" mak.
Tapi Kak Nor layan jugak!....adehhhh..
17 comments:
igtkan menang..hehe..bukan rezeki kali nih..
tu laa,sunyi sepi je..tpi kecewa gak, dieorang main tk semangat langsung..haishhh..:)
biasa lah kalau kaloh memang senyap tuppah...ce kalau menang berarak satu kampung tu.....hahaha...lalu jugak kat depan umah eita masa piala FA hari tu.....
rezeki sampai final je....nak buat macamana kan.....
tahun depan ada lagi kan....kan..
(kuciwa habis ni)
hahaha...minah bola juga ni, mlm tu akak tak tgk, dok buat keje lain, suami & anak2 je tgk, pastu anak tanya, umi sokong mana? akak jwb; mestilh ganu sbb pantai timur tapi tu lah nak wat camnakn dh ditakdirkan kalah, agak2 sbb tk nak bagi org ganu bangga sgt kot....
alhamdulillah, n9 menang.. (kalau kalah, silap2 sy pun senyap tuppah) (",).. actually petang sabtu tu pergi pantai morib.. then macam tak sempat nak balik rumah untuk tengok bola sepak.. sanggup cari tempat menginap kat morib.. (",)
p/s: kalau oghang nogoghi kalah, mungkin akan kedengaran kata2 ni.. "apasal jang.. sonyap losu yo.." (",)
kelate pon pnggil snyap tuppah gak..tu la ganunk gocoh ngn ore kelate sngt..haha
saya sokong n9 dari awal..
Assalamualaikum..
Moga saudari sihat hendaknya dengan izin~Nya..
Perbuatan yang paling utama adalah memakmurkan waktu solat dengan mendirikannya tepat pada waktunya
Akak tak suka bola..heee. tapi anak no 2 tu, YA AMPUN.. suka sesangat..
sesetengah orang salah tafsir, kita jerit satu dunia bukan kerana kita "riak" tapi kita gembira atas nikmat yang melimpah.
Solat ini doa untuk segala urusan kita. Keberkatan kita melebihkan dahulu ALLAH daripada segalanya. Satu ujian menonjol kehebatanNYA. Pasti.
layan bola nie satu terapi tau, awak..kiter leh relax dengannya
hahahaha senyap tupah habis.
Noli-->Rezeki lain kali noli, insyaAllah..
Aisya-->a'aa, passing bola tak mantap!.. tangkap bola pun boleh terlepas.. kekekek
Eita-->Tahun depan insyaAllah boleh cuba lagi. Lama sangat dah piala malaysia tak bawak balik ganu ni kan..
Kak Norsha-->he he, mungkin jugak kot kak norsha.. sebab kalau menang sah sah la bangga sampai mendabik dada. Takpe2.. kalah pun banyak hikmahnya..insyaAllah.
Fuad-->larr..akak tatau pulak fuad orang nogori.. semangat yob sampai cari tempat menginap tuuu.. nasib menang iyer dak;)
Budak Penjara-->takdok kaitan la gocoh ngn kelate tu:P
Shah-->lerr.... sampai ati tak sokong ganu:P patut lah kalah.. haha
Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, alhamdulillah saya di sini sihat2...moga saudara di sana pun begitu jua.. InsyaAllah moga2 kita semua diberi kekuatan, kelapangan dan istiqamah untuk solat di awal waktu hingga akhir usia.. Ameen
Luqman-->saya pulak suka bola kak. Anak saya tatau la..pasai saya tak kawin lagi. Anak pun takdak lagi. he he;)
Pencari Cinta Sejati-->hehe, macam tu la rasanya, gembira sangat. Bukan riak. InsyaAllah walau apa pun, solat lah dulu... solat lah.
Sahrom-->eh ye ke relax? saya, kalau tengok bola tu penuh dengan debaran.. ha ha
Shameel-->hehe:P
Kak Nor tu tengok player dia mak. Bagi dia peluang mak...hihi....kakak nak larikkkk mak!!
Kak Zakie, he he... memahami yer akak ni.. lebih kurang macam tu la.. hahahha..
Salam Afida...
ingatkan Terengganu nak menang malam tu...
kalau kalah semua pasukan 'senyap tuppah' haha
salam nae, hehe.. tu la. Ingatkan menang, tapi Allah lebih mengetahui.. kalah rupanya;)
Post a Comment