Menunggu Cinta Tuhan...

Monday, December 26, 2011
Tudiaa... dengan spek hitam Ustaz Don melangkah masuk Masjid An-Annur. Tak berkelip jap mata saya memandang... err

Kuliyah pada hari Ahad tu bermula lebih kurang 9.45 pagi. Ustaz Don lambat 15 minit. Tapi takpa, sebab Ustaz Don saya maafkan. Kalau Ustaz lain saya tak maafkan kot! (pulak!) he he.

Tajuk pada haritu umum, banyak juga yang Ustaz Don perkatakan; bab aurat wanita, bab tudung, bab Al-Quran, bab dajjal pun ada, bab minta maaf, senang cerita macam-macam la.

Tapi bab yang paling melekat di hati saya...adalah bab nak jadi mukminat. Salah satu ciri-ciri seorang mukminat adalah menjaga pandangan.

Allah.... rasanya kena mujahadah sungguh-sungguh nak jadi mukminat ni, mana tak nye... tengok Ustaz Don masuk dengan spek hitam pun mata dah tak berkelip...haihh!


PS: Buku kedua untuk hari ketiga, Menunggu Cinta Tuhan, checked!

26 comments:

As said...

As sangat suka perhati orang2, kakak.

So sejak sebulan ni tengah training tengok bawah je. Moga Allah mudahkan usaha kita. Semoga.


Kakak, moga jadi mukminah insyaAllah ameen!

fuad ansari said...

best jugak bila mendengar ustaz muda punya buah bicara.. energy tu lain macam.. (",)

p/s: Ramli berjiran dengan ustaz don.. selalu solat sebelah ustaz don.. kalau nak kirim apa2, ramli boleh membantu.. (",)

As said...

Wah Abi Husna!

Tolong tanya Ust Don pasal kisah Hassan Al-Banna dan ex-pelacur. Yang Ust cerita dalam satu talk pasal ibu bapa didik anak-anak.

1. Ada tak kisah tu in detail dalam mana-mana buku.
2. Macam sedikit janggal bila tahu ulamak mention perkara tak best tentang seseorang depan orang lain. Heh.
3. If orang yang jahat dah insaf, adakah dia tak layak untuk orang yang baik.

Tu je. Thanks!

budak penjara said...

ust don senior sy kak..ok sekian..haha.. bangga senior jd femes

Tirana said...

padanlah Fida suka sangat tengok ustaz don..rupa-rupanya ustaz tu hensem..hehehe..orang penang tu..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum dear...:)


Alhamdulillah.ada juga ilmu diperolehi kann..

Agaknya yang buat tak berkelip mata tuu bukannya apa...mungkin pertama kali tgk ustaz Don secara. 'live' kut...tu terkesima japp tuu...;)

Kamsiah yusoff said...

salam
seronok berada dlm majlis2 ilmu,kan...rasa tenang dan dekat dgn NYA..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Ilmu yang ada padanya tu yang menarik pandangan kan!

Adliff said...

Afida,

Selamat mendalami ilmu. Moga bertambah darjatmu.

Mindaberbisa said...

:) macam sudah lain jadinya kak.

Afida Anuar said...

As-->Akak pun sama dik, suka sangat perhati orang, tapi tak suka diperhati..huhu.....

Sama2 kita berusaha... insyaAllah!

Fuad-->hehe..perli akak la ni, dia sama baya dengan fuad kan?

Wahh berjiran rupanya... hurmm..jap nak fikir dlu nak kirim apa.. hehe;)

Budak Penjara-->wahhhh..ptut la junior dia nii pun sama mcm dia;)

Kak Tirana-->aaaa..kantoiii... hehe, pandai kak tirana yer;)... takde la kak, saya suka pasai ilmu yang dia ada. explaination dia tentang satu2 bab tu...suka dengar.. dengan loghat penang dia..isk

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, hehee...lebih kurang begitu la. Selama ni tengok dekat youtube je kak.. ;)

Kak Kamsiah-->Salam..alhamdulillah. begitulah rasanya lebih kurang, rasa tak sabar nak tunggu hari ahad lagi... eceh mcm hari lain tak boleh pergi fida niii:P

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, moga saudara juga begitu dengan izinNya insyaAllah... a'aa, itu lah. Bukannya takde ustaz muda zaman sekarang, tapi dia ada aura dia yang tersendiri yang boleh buat orang duduk berjam2 dengar ceramah dia. Haritu pun sepatutnya satu jam je..tapi sebab banyak sangat persoalan, perbincangan, sampai pukul 12 baru habis kuliyah. Tu pun depa2 ni mintak dipanjangkan lagi..hehe

Aliff-->Aliff...doa2kan moga saya istiqamah dalam mencari ilmu..

Pencari Allah-->takde yang lain macam nya dik, saje je tu perasa cerita... Jangan risau, alhamdulillah setakat ni hati akak tak jatuh lagi dekat yang bukan milik akak. Lagipun adik2 tu,sementelah tunangan orang lagi!..iskk..

eita said...

kita pun suka tengok orang jugak..huhuhuhu.....

akak tunggu untuk buku kedua..

Unknown said...

adehhh...akak
terkesan la..sib baik la tmpt blja sume sejenis.bl balik umah xkuar umah.kalo x...hmmmmmmmmmmmmmm

intan.maisarah said...

lama tak g dengar ceramah/tazkirah

zaujah muhammad.. said...

salam..
saya nak tahu juga ustaz cakap apa pasal bab minta maaf? kalau tak keberatan boleh terangkan detail..huhu afwan.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Menunggu cinta Allah? Sebenarnya Allah SWT menunggu cinta kita kepadaNya.
Dlm suatu hadis Nabi saw dari Ibnu Mas`ud,`Tidaklah seseorang dari kamu akan ditanya dari dirinya melainkan AlQuran. Jika seseorang cintakan AlQuran, maka sesungguhnya dia mencintai Allah. Dan jika seseorang menggenggam AlQuran, maka dia telah menggenggam Allah dan rasulNya` Rujukan dari Kitab diantara Pimpinan ArRahman dan pimpinan Syaitan oleh Ibnu Taimiah.

Selagi masih hidup, selagi itulah org beriman memilih dan mendengar perkataan yang paling baik! Segala masa, wang, diri digunakan utk kejalan Allah SWT. Surah AzZumar:18 الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
Wallahualam

Afida Anuar said...

eita-->sama kak, saya pun... nak nak kalu yang siqoh2 skit tu, mau tak berkelip mata..adehhh...

Th-->nnti klu masuk alam pekerjaan lagi mencabar dik... ohh azam nak jadi suri rumah kelak..ya Allah Kau permudahkanlah..

Sara-->mana2 pun boleh dgar sara, kat tv skrang banyak, youtube pun;)/ Tapi kalau hadir, lagi bagus kot.

Zaujah Muhammad->Salam... kes keluar pasal maaf tu... pasai kawasan masjid/surau tu merupakan kawasan perumahan. Jadi ustaz don terpaksa buat pengumuman kat pemilik kereta supaya alih kenderaan sebab menghalang ada kereta nak keluar. So ustaz don pun sentuh la pasal maaf ni, ustaz don kata takpa, normal la kita sebagai manusia terbuat salah, tapi jangan lupa mintak maaf sesama manusia, ringankan mulut say maaf kalau memang salah kita. Siap buat gaya lagi nak mintak maaf dengan tuan kereta tu.. he he;)

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur... Ustaz Don pun duk sentuh pasal Al-Quran haritu. Katanya, dia punya objektif kuliyah haritu adalah supaya muslimah2 yang hadir, bila balik nanti akan bertambah sayang akan al-Quran, akan mendalami Al-Quran, takkan tinggalkan al-Quran..akan baca al-Quran hari2. Akan rasa dalam diri Al-Quran tu bestt!! Allah....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida.


sy suka topik 30 minit mlm td..ustaz don citer psl ikhfaq haqiqi

Rbin said...

Sangat setuju dengan Tajnur. Tuhan itu menunggu-nunggu kita kembali kepadaNya.

Allah swt berfirman : “ Aku tergantung pada persangkaan hambaKu. Dan Aku bersamanya jika ia mengingat Aku. Jika dia mengingatKu dalam hatinya, Akupun mengingatnya dalam HatiKu. Jika ia mengingatKu dalam suatu majelis, Akupun mengingatnya dalam suatu majelis yang lebih baik dari mereka. Dan jika ia mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Dan Jika ia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan jika ia mendekatiKu dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari (HR Bukhari, Muslim , Ahmad)

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Menunggu Cinta Tuhan itu buku siapa ya? Menarik judulnya.

Afida Anuar said...

Sahrom-->Waalaikumusalam Sahrom.. aaa, rumah takde astro. Takpe, nanti saya tengok kat youtube;)

Rbain-->Thanks Rbain, saya pun setuju dengan komen Tajnur tu... Allah, betapa sayang nya Allah kat kita, tapi kita yang selalu lupa..

Ashrafi-->Waalaikumusalam Ashrafi.. Buku dari penulis Lily Haslina... ada pengajaran dari cerita beliau ni.

Norsha said...

akak pulak, harap sgt ada anak blh jadi macam ustad Don....:)

zaujah muhammad.. said...

hehe baiknye hati hg terangkn.
kte bru baca mjlh yg ada ust don dlm tu tapi tgk gmbr ust, pkaian ust mmg kasual lh..xmcm dlm tv..
berbeza pnmpilan, tp mst sama cara penyampaian kn..

Mindaberbisa said...

baru tahu dia tunangan orang kak :)

Afida Anuar said...

Kak Norsha-->Allah, sejuk perut mak dia mengandungkan dia... insyaAllah kak, moga2 anak2 akan akan jadi mcm ustaz don bahkan lebih baik lagi...Aminnn..

Zaujah Muhammad-->err.. oh, majalah apa tu ye? ni yang tak sabar nak cari ni...dan dan fida!!..

pakaian je, dakwah tetap dakwah ustaz don kata!;)

Pencari Allah-->larr, tatau ka.. ni pun junior akak yang bagitau;)

Unknown said...

fidaaa...
bila akak tenguk ustaz don kt tvhijarah tu akak mesti sms kt member baik akak..aduhhh..aku jatuh cinta dgn ustaz ni hahaha..aduhhh mcm mana nk jaga pandangan ni...mcm mana nk jadi mukminat..tenguk ustaz pun tk berkelip bak kata fida...

 

Browse