Lagu Nelly...

Monday, September 26, 2011
Pada satu hari, ada seorang ustazah, ingin menumpang saya untuk mendengar tazkirah di salah sebuah masjid sekitar sini. Sewaktu memandu, saya memang suka dengar fly dan red fm, jadi sebagai tanda hormatkan ustazah tu, tambahan saya sedang dalam perjalanan menuntut ilmu Allah, saya offkan je radio. (Kalau diserabutkan dengan hiburan dunia, tak ke kacau jiwa jadinya kelak. Iyer dak?)

Pung pang pung pang selesailah sesi tazkirah ringkas pagi tu, Alhamdulillah. Tazkirahnya adalah berkenaan peranan wanita dalam menyebarkan dakwah kalau tak silap saya. Usai tazkirah, ustazah tu masih lagi memerlukan khidmat saya untuk menghantar beliau pulang ke rumah.

Masuk je kereta, start enjin kereta, automatik tangan ni terus tekan butang aircond, tekan butang radio (sebab dah biasa begitu kan). Berkumandang lah lagu Nelly, Just a Dream. Maka ustazah yang menumpang saya pun sedikit tersentak dan saya pun agak terkejut dengan tindakan separa sedar saya itu (yakni meng'on'kan flyfm). Perlahan-lahan tangan saya memperlahankan radio.

Lagu Nelly pun berkumandanglah dalam volume yang sangat perlahan tapi masih kedengaran sipi-sipinya. Allah......dah la baru balik dari sesi tazkirah, nampak sangat apa yang ditazkirahkan tak meresap masuk dalam jiwa sepenuhnya, isk... sedih betul.





Dia kata, biarlah dalam Incik Hitam ada lagu Nelly, tapi janganlah lagu Nelly ada dalam hati. Dalam hati biarlah hanya ada... DIA.



PS: Abiwan, akak pinjam ayat akhir tu eh! (Dah amik baru cakap ni..huhu)

15 comments:

Norsha said...

benarlah fida, biarlh hanya DIA yg bertahta di hati....ehm dgrlh ikimfm lak, best gak, layan nasyid & tazkirah sambil2 bwk kete

Yan said...

macam tu lah kita. asyik je kan..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga saudari sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayangnya..

Setiap perbuatan yang dilakukan untuk membuka hati merupakan suatu bentuk kemuliaan.

shameel Iskandar said...

Salam Afida.
Yang penting hanya DIA yang bertakhta di hati.

Dulu sewaktu kt USM, kita org jemput Ustaz Mohd Daud al-iraqi(bekas ketua dewan ulama PAS Pusat) utk majlis berbuka puasa. Waktu dlm kereta,on radio dan tiba2 lagu pelamin anganku musnah dimainkan. Terkejut ustaz Mohd Daud Iraqi.Malunya saya wakttu tu.

NaeBlog said...

Afida;

Ya... DIA di hati...

Sepontan dan ia rutin...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kadang2 Afida, apa yang kita sembunyikan apa yang kebiasaan dlm hati kita akan zahir juga suatu hari nanti. Surah AlAn`aam:67 لِّكُلِّ نَبَإٍ مُّسْتَقَرٌّ ۚ وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya.
Begitu juga dengan pertuturan dan `body language` kita melambangkan apa yang ada dalam hati kita, malah bertambah besar ibarat `iceberg` dipermukaan air. Surah AliImran:118 وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚTelahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.
Tetapi ini hanyalah pendapat saya je, tak mestinya tepat pada seseorang.

Rashid said...

hehe ..hah!! kan kan dah pecah rahsia negara tu.

Takper. Dengar je .. tak meresap dalam hati. saya pasti itu..

fuad ansari said...

Kalau terjadi lagi di masa akan datang, akak buat macam ni:-

Masa akak TERtekan butang radio tu, akak cakap la,

"aishh, sape pulak yang tukar frekuensi radio ni..." (sambil tangan mencari2 frekuensi ikim.fm..)

gurau2 je.. (",)

orang lain, dalam hati ada taman.. tapi kita, biar dalam hati ada tuan kepada segala taman iaitu Allah.. (",)

IMANSHAH said...

Mujo saya tak suka lagu omputeh..nelly tu artis mana??

Kakzakie said...

Kereta kakak dah set ke IKIM fm tak pernah tukar. Tapi sebab Fida masih muda tak suka dengar kot. Kakak dah biasa baik di rumah mahupun dlm kereta sentiasa on IKIM dah kenal pun dj2 mereka dan program hariannya....

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida...

tapi ustaz kat tempat saya selamba je dengar lagu Search...yang penting, hiburan tidak melalaikan dan menyebabkan kita alpa dengannya huhuhhh

nahmy said...

dlm keta saya punya radio..mcm2 channel ada. ikim ke...litefm ke, suria, sinar..radio selangor & mcm2 lg. tp di hati & ingatan sendiri set le 'channel' tu. cuba cari citer psl sahabat nabi yg jumpa saidina Abu Bakar yg mengadu berkenaan sering lupa mengingati Allah bila berada di luar majlis ilmu Rasulullah & kemudian Abu Bakar ikut risau benda yg sama juga beliau alami & kemudian keduanya pergi bertemu Rasulullah... citer yg menarik dan tentunya 'jawapan' yg menarik dari Rasulullah.

senyumSOYA said...

saya jrg denga radio..^^"

tapi asal hiburan tak melalaikan xpe kan?

Pencari Cinta Sejati said...

Semoga tidak berulang untuk kedua kalinya. AMIN...

Afida Anuar said...

Kak Norsha-->Kak norsha, fida selalu layan ikim time pagi2 hari dan malam2 hari masa tengah blogging macam ni. Pagi2 lepas subuh biasa dengar tafsir ustaz zahazan..sambung celoteh pian siti dengan teka teki..pastu motivasi pagi.. start berita kul 8 tu..fida pun siap2 la pergi keje. dalam kereta je suka layan fly dengan red. Bila entah boleh ubah tabiat yang satu ni.. hu hu..

Kak Yan-->itu lah saya kak yan, lalai sangat...

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak. Semoga saudara pun begitu jua hendaknya, insyaAllah... Terfikir juga saya, apa yang saya buat di sini yang membuka hati? mmm..

Shameel-->Salam shameel, haaa, mcm tu la saya rasa.... malu. hehe..sabor je la.

nae-->InsyaAllah nae,;)

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur..Mungkin tepat pada saya kot Tajnur. Mana la tau pandangan ustazah tu pada saya ni macam budak suka dengar nasyid. Sekali masuk kereta saya, kantoii.. rupanya budak ni layan lagu omputih!

Cikgu Rashid-->malu cikgu.. hehe.. abis pecah rahsia dengan ustazah tu. Nampak fida mcm stok2 yang dengar lagu nasyid..rupanya.. haaa hamikk!

Fuad-->cantik gak idea tu fuad. terima kasih, lepas ni boleh prektik kalau terkantoi lagi...err:P... Tuan segala taman..insyaAllah

shah-->saya pulok dok suke dengar lagu melayu..errr. cuba google nelly,just a dream.. haaa, dia la.. hahaha

Kak Zakie-->Kak... fida pun suka dengar ikim. Selepas aktiviti subuh biasanya fida akan dengar ikim.fm online. Suka dengar tafsir ustaz zahazan pagi2 tu.. suka dengar teka teki dengan pian dan siti... suka jugak dengar motivasi pagi...skrang ni motivasi dengan ustaz hasrizal, lagi suka. Hari sabtu pukul 7 memang akan wajib dengar siaran ulangan Islam itu Indah dr muhaya.. cuma time drive je fida lagho sket kak, suka dengar stesen radio omputih!...huhu...

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom... hehe, ustaz rock namanya tu. A'aa, saya dengar pendapat seorang ulama berkaitan hiburan macam tu la sahrom

Nahmy-->Tengs Nahmy sudi share, nanti saya cari, baca muqaddimah cerita tu pun dah menarik!

SS-->selagi hiburan tak buat kita lupa Allah, akak ambil khilaf tak mengapa kalau kita nak dengar..;)

Pencari cinta Sejati-->insyaAllah. Moga2 lagu tu la.

 

Browse