Penat dan Maksiat...

Tuesday, November 22, 2011
Alhamdulillah... semakin kita buat kerja, semakin kita belajar. Belajar dari kesilapan....

Minggu ni kerja agak hectic. Kena setelkan kesemua 7 FRS (Functional Requirement Specification) untuk internal review. Lelah tak bernyawa rasanya, tapi dalam lelah tak bernyawa tu, masih terpahat seribu rasa kesyukuran atas segala anugerah yang Allah dah beri. Kerja itu anugerah, sibuk itu pun anugerah. Segala-galanya anugerah. Moga-moga kerja yang kita lakukan sehari-hari dinilai sebagai ibadah oleh Allah...insyaAllah.

Memetik kata Ustaz Pahrol dalam Mukmin Professional... "Beribadahlah kita, sehingga kita penat untuk melakukan maksiat".....

Allahualam

Till then...




PS: Payah jugak kan, bila jari dan otak tak sync. Nak cerita benda lain sebenarnya...

29 comments:

Unknown said...

SALAM,
BETUL TU .. KALAU KITA KUAT BERIBADAH, ALLAH LINDUNGI KITA DRPD MEMIKIRKAN PERKARA2 TAK BAIK

eita said...

bila dah penat keje..semua lupa kan....

shameel Iskandar said...

salam afida.
mengibadatkan kerja. sama-samalah kita realisasikannya.

nur aisya humaira said...

betul2 kak...seakan ade mende tak lpas, klu kte nk cite mende lain. tls mende lain...:)

semakin hari semakin byk keje...dlu seronk, sekarng pn seronok tpi bibit2 merungut mula muncul dibibr saye...huhu

~PENCHENTA~ said...

Suka quote tu! :)

Norsha said...

takpe fida, penat cari rezeki yg halal....nk cite benda apa tu ye ?

fuad ansari said...

bukan akak nak cerita pasal jodoh ke, awat tiba2 keluar cerita pasal kerja pulak ni... (",)

mudah2an nikmat beribadat melenyapkan keinginan utk membuat maksiat... (",)

Tirana said...

Betul..bila kita penat melakukan kerja..tak ada tenaga lagi nak buat maksiat.. Kita dianjurkan berpuasa untuk mengekang nafsu kan?

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear dik fida:)

InsyaAllah..segala apa yg kita kerjakan ada ganjarannya...

p/s:er..er..agak2 fida nak citer ape yaa??cher citer cher citer...;)

Kay said...

nak salin kata2 ustaz tu letak dlm FB

sahromnasrudin said...

betul tue..bila masa kita terluang, kita takde masa untuk membuangnya...

Kakzakie Purvit said...

Bila banyak kerja tetiba ada public holiday rasa leganya Fida... kakak semalam cuti. Hari ini sambunglah kerja...

Betullah Fida kena ingat yg kerja kita adalah ibadah...

budak penjara said...

memetik kata2 yg bermanfaat..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat saudari dan dipermudahkan dalam urusan setiap hari..amin

Biarlah kita lelap dan penat di dunia ini dengan ibadah khusus dan umum, asalkan tidak penat di akhirat kelak. Penat di sana nanti lagi payah saudari!

Cikgu Ma said...

thumb up kak!!

WW# mampukah kita balas???

cikguNae said...

salam Afida;

suka ayat tu "Beribadahlah kita, sehingga kita penat untuk melakukan maksiat"

tenkiu...

PCL said...

dah penat buat ibadah mana de masa nk buat maksiat...hopefully cmtulah hendaknya.

IMANSHAH said...

jgn terlalu sibuk sehingga lupa Allah

Afida Anuar said...

LF==>Salam LF... peringatan utk saya juga LF.

Eita-->tak semua jugak la;)

shameel-->Salam shameel..ayuh!

Aisya-->Positifkan minda, insyaAllah tak merungut. Akak dulu macam tu gak, ada hari2.biasa la..

Penchenta-->Suka juga!

Kak Norsha-->hehe..nnti kalau ada idea fida citer;)

Fuad-->eh..mana tau ni? kekeke. Takde la, nnti la kalau akak tercerita;)

Kak Tirana-->Benar kak tirana, aduhh dah lama tak start puasa sunat ni....banyak dugaan..

Kak Tinie-->Assalamualaikum my dear kak tinie;)... hehe, itu la kak, nnti kalau tangan dengan akal sync, fida citer eh..

Kay-->boleh kay, boleh ..sila2..

Sahrom-->bila kita dah penat dengan kesibukan beribadat...takde masa la sahrom kita nak buat maksiat kan?

Kak Zakie-->Fida nak cuti jugak kak!!.hhehe

Budak Penjara-->macam buah pulak nak petik2 kan..hehe

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak..Amin, moga2 saudara pun begitu juga.. Betul tu saudara, tapi masih ramai yang lalai...masih ramai yang alpa, saya pun mungkin tak terkecuali:(

Cikgu Ma-->Kata2 copy paste je dik...

Nae-->Salam nae, sama2..

PCL==>Amin, insyaAllah

Shah-->InsyaAllah, walau sibuk macam mana sekalipun, Dia tetap di hati..

Kamsiah yusoff said...

salam
biar penat dek kerja,bkn penat dok cari kerja hehe

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Afida, matlamat utama kita hidup didunia ini adalah mencari petunjuk dgn mengambil ruang dan peluang mempelajari AlQuran dan Hadis Rasulullah saw. Adapun perkara2 lain termasuk pekerjaan adalah sebagai wadah utk mencapaikannya. Bukannya saya tidak mengetahui bagaimana sukarnya pekerjaan programmer, kalau boleh biarlah ada 36 jam/hari. Pekerjaan dimana seolah2 kita mengejar masa yang tiada penghujung. Dalam ertikata mmg kerjanya `hectic`! Persoalannya sekarang, tanpa disedari hidup kita telah jauh berlalu dan sukar juga kita menerima kenyataan tetapi itulah hakikatnya. Sistem skrg, mmg dicipta sebegitu rupa oleh Yahudi dan Nasaro semenjak runtuhnya Daulah Islamiah. Namun begitu, apalah daya kerana ia merupakan sumber rezeki setelah kita menumpang pada sistem mereka. Mrk akan cuba menyibukkan diri kita samada program yang disusun rapi (pekerjaan) atau dlm btk hiburan sehingga kita jauhi dari petunjuk AlQuran.

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَـٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!"

Lama kelamaan, penghidupan kita semakin sempit dan susah sebagaimana terdapat dlm Surah Toha:124 وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.
InsyaAllah, carilah ruang dan peluang utk mempelajari (tadabbur) AlQuran walau macamana sibuk sekalipun. Wallahualam.

Mindaberbisa said...

Tuntutan duniawi yang membawa ke kebaikan akhirat jika perjalanan yang terbaik kita ambil disebalik itu. :)

Menusuk Hati said...

kadang-kadang saya buat-buat penat depan bini yang ajak masak dan kemas rumah..huhuk

Afida Anuar said...

Kak Kamsiah-->pernah penat cari kerja;)

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur, FYI, saya bukanlah seorang programmer yang memerlukan 36jam sehari. Cukup 9 jam sehari je...sungguh!

Tidak dinafikan, kita banyak dilalaikan oleh agenda yahudi dan nasoro.. saya sedar, dan saya tahu. Budaya kerja pun dah dilalaikan, tu tak masuk bab hedonisme lagi yang makin kronik sekarang..

InsyaAllah....saya tak lupa tu Tajnur, ...walaupun kerja agak hectic pada waktu pejabat,alhamdulillah.. waktu di rumah banyak masa yang terluang yang boleh diisi dengan perkara yang sepatutnya. Thanks...kerana tidak jemu mengingatkan, menasihatkan, kerana ada hari2 lalai menjelma, ada hari2 leka menyapa..Allahualam..

PencariAllah-->:)

Menusuk hati-->isk isk isk...

intan.maisarah said...

:)
bekerja keras demi masa hadapan
bekerja itu ibadah

Ce'gu JAERA said...

"Beribadahlah kita, sehingga kita penat untuk melakukan maksiat".....

wahhh, saya suka dengan kata nasihat ini.. Insya Allah, mudah2an kita d jauhkan daripada angkara maksiat

Rashid said...

Bila jari dan otak tak sync .. psstt .. psstt .. jangan bagitau len orang. kita-kita je okey.


Betul tu afida. sibuk itu satu anugerah. Ia bagi kita satu kepuasan jika kita ikhlas lakukannya.

Cikgu Tie said...

Orang yang suka buat maksiat itu kerana tak ada kerja....orang kuat bekerja tak kan sempat untuk buat maksiat sesungguhnya masa itu sangat singkat sebenarnya.

Afida Anuar said...

Sara-->;).... marilah sama2 kita bekerja;)

Gen2Merah-->mudah-mudahan..insyaAllah

Cikgu Rashid-->hehe, pandai2 je cikgu rashid ni, ye ye, sy tak bitau orang...

Cikgu Tie-->betul tu cikgu tie, terlalu singkat masa sekarang, pantas sungguh ia berjalan..huhu

 

Browse