Duit Raya Si Bujang...

Monday, September 05, 2011
Tahun ni saya dapat duit raya RM10 dari sepupu saya. Adehh, malu juga saya nak terima, maklumlah saya dah bekerjaya, tambah lagi dah ada 2 orang anak sendiri saudara, tambah lagi saya termasuk dalam golongan yang kena kasi duit raya. Tapi dah dia kasi dengan ikhlas, saya terima la dengan malu-malu kucing gitu... he he.

Kata sepupu saya yang baru menimang cucu pertamanya tu, dia kasi duit raya kat saya pasai saya tak kawin lagi...

oh!

ok.....

;-)

20 comments:

shameel Iskandar said...

hahaha. rezeki jgn ditolak.

Norsha said...

takpe fida, org bagi terima saja...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hai Af`ida, Sudah terpengaruh dgn budaya cina ke? Bagi org cina yg dah berkahwin, mereka memberi `angpau` kpd yang masih bujang tidak kira usiannya walaupun sudah bekerja. Tujuannya memberi nasib yang baik dan hasil tuaian yang berganda dihari muka. Nampaknya, budaya ini semakin menular ke masyarakat Melayu kita walhal kita sudah pun tahu golongan mana yang wajib dan tidak wajib menerima zakat/sedekah! Anyway, no comment bcos their money. Whatever nak dibelanjakan terpulanglah tapi duit merupakan amanah dan bukan milik mutlak kita. Wallahualam.

IMANSHAH said...

saya anak murid saya setiap tahun akan bagi..seorang je namanya azam, saya sangat terharu

Iera Daniera said...

ok la tuh kak fida, ira claim duit raya advance u baby takde sape kasik pun..ekekekeke

sifu im said...

dpt RM10??ok la tu..elh wt topup kn..haha

intan.maisarah said...

hihi
dapat duit raya jugak
dari sepupu sebaya
yang dah kerja

terima wang dengan muka merah malu malu

fuad ansari said...

itu takpe lagi.. masalahnya sekarang, husna tak dapat duit raya dari akak lagi.. (gurau2 je.) (",)

p/s: tertarik tatkala membaca komen2 dari saudari tajnur di sini mahupun di ruangan2 lain.. adakah beliau seorang ustazah?

Kehelan said...

kay dpt RM 50 officemate bg

NaeBlog said...

Afida,

kenapa saya tak dapat ni...
ish...

r.o.l. said...

Juga tertarik dengan apa tajnur sentuh. Sibuk dengan siapkan duit raya dan sampul secukupnya, zakat harta tidak pula diingat.

nuwuwuda said...

Saya rasa, tak ada salahnya kita memberi sedeqah pada saudara-mara kita (sepupu tu kira saudara-mara la kan?)

Boleh refer Surah Al-Baqarah ayat 215.

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- "Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan." Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

kalau perasan, kaum kerabat (saudara-mara) adalah jatuh golongan no 2 untuk kita belanjakan harta selepas ibu bapa dan sebelum anak2 yatim , orang miskin dan seterusnya...

namun, boleh saja kan kalau kita yang dapat duit raya ni panjangkan sedekah pada orang yang kasi kita duit raya tu pada golongan-golongan yang memerlukan...

yang bagi duit raya pun dapat pahala... yang tolong panjangkan sedekah pada yang memerlukan pun dapat pahala juga...^_^

Pn Kartini said...

assalamualaikum dear,

tak pe..niatnya baik tu..ikhlas..
kiranya rezeki fida lah tuu kann..

:)

sahromnasrudin said...

mcm stail chinese kan..bagi sebab blum kawen..tp saya tahu si pemberi itu ikhlas..terima je la heheheeee

senyumSOYA said...

hehe..beruntung kak fida..share sini sket..^^"

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya.

Tidak mengapa memberikan hadiah waktu hari raya fitri dan adha untuk keluarga dan kerabat. Kerana ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

Pun begitu adalah lebih baik dilakukan pada bulan Ramadhan kerana keberkatan pahalanya berlipat ganda berbanding di bulan syawal.

Namun, harus diingatkan agar kita menjauhinya jika niat ingin menunjuk-nunjuk.

Wallahu'alam

Afida Anuar said...

Shameel-->eh tak tolak shameel...tak tolak:P

Kak Norsha-->Alhamdulillah..dah digunakan pn kak..err

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Hai Tajnur..hehe. Saya rasa niat dia bagi bukannya terikut2 dengan adat cina. Cuma...mungkin dia ingat saya ni adalah adik saya (maklumlah muka kami kan dekat2 sama)..jadi bila dah hulur tu..nak tarik balik dia pn segan, maka dihulur2nya juga sungguh2 suruh saya terima... sebagai ayat penyedap rasa....Kak Nor tak kawin lagi kan, takpe2, ikhlas ni..;) Yeap.her money..but dia dah insist kan, so terima je la..

Shah-->Wahhh anak murid kasi duit raya kat cikgu? patutnya cikgu yang kena kasi duit raya kat anak murid..besttnyerr

Iera-->hehee..baby tak kuar lagi, nnti baby kuar baru leh kasi eh;)

Sifu Im-->hahaha..itu la...dah ditopupkan pn;)

Sara-->sepupu akak ni baya mak ayah akak kot!... hehe..terima dengan muka merah2 jugak..kekeke

Fuad-->oh..kena jumpa husna dulu la baru leh kasi duit raya;)..

PS: hmm...setahu saya la Fuad, beliau bukan ustazah, tapi ustaz...errr..hehe. Haritu saudara Tajnur ada cakap pasal baju melayu beliau, maknanya saudara Tajnur adalah seorang lelaki la kan. Mungkin juga beliau seorang ustaz, pasai tak silap saya Tajnur merupakan seorang pendidik. Sama ada ustaz atau guru biasa, Allahualam..Memang saya kagum dengan komen2 beliau. Most of his comments mesti relate dengan tafsir Al-Quran.satu lagi, Tajnur macam tau semua benda, sembang bab sains..dia tau. Saya cakap bab komputer, bab OS pun dia tau. Red hat,linux.. Saya pun suka baca komen2 beliau sebab dalam masa yang sama dapat belajar tafsir, kadang2 kalau tau Tajnur ada komen terus ambil tafsir..hehe... ohh. (harap2 saudara tajnur tak kembang dipuji ni..hehe. Betulkan Tajnur seorang pendidik lelaki?err)

Kay-->Wahhh lagi banyak..jeles!..hehe

Nae-->hehe... rahsianya...hmmm.. entah, eh orang ingat nae dah kawin kot!!

Rol-->moga2 semua yang berkunjung di sini menunaikan kewajiban membayar zakat..

Nuwuwuda-->Thanks nuwuwuda atas perkongsian tafsir dan komen yang bermanfaat... InsyaAllah..moga2 kita tidak kedekut dengan harta/apa saja yang Allah kasi pinjam ni...

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, alhamdulillah, rezeki kot..Moga Allah membalas beliau lebih lagi..

Sahrom-->a'aa... tak terfikir pulak saya mcm chinese style.

SenyumSoya-->errr..dah habis dik..hehehe

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, semoga saudara juga dikurnia kesihatan dan rahmat kasih sayangNya selalu, insyaAllah...

A'aa, rugi kan saudara melepaskan peluang kasi duit raya pada bulan ramadhan. Cuma...time bulan syawal la baru dapat jumpa sanak saudara jauh dekat..InsyaAllah saya yakin beliau ikhlas, bukan untuk menunjuk2..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Boleh saya komen sedikit!
Asnaf zakat terbahagi kpd 8 mengikut Surah AtTaubah:60. Tetapi pada zaman Saidina Umar AlKhattab r.a. pembahagian asnaf dibataskan kepada 5-6 sahaja dan manakala pada zaman Khalifah Umar Abd. Aziz langsung tidak ada yang berhak menerimanya. Bukannlah mereka saja2 mengubah hukum, tetapi berdasarkan Surah AlHasyr:6 كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ...supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
Ayat itu telah menansihkan mana2 pembahagian asnaf sebelum ini mengikut situasi masa ketika itu kerana tak mungkin orang kaya akan bertambah kaya walhal ramai lagi yang jauh lebih miskin! Jadi sebagai org yang sgt prihatin ayat2 Allah SWT, perkara ini perlulah diambil kira dan bukan saya kata tidak boleh memberi hadiah lebih2 lagi kaum kerabat yang memerlukan. Tapi kalau sudah bagi, ambil sajalah. Wallahualam.

nur aisya humaira said...

waaa,dapat lgi...syok tu..:bak aisya duit raye..hehe

Afida Anuar said...

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. Boleh..boleh. Nak komen banyak pun dialu2kan..

Ok..faham. Thanks Tajnur, sudi share kat sini. Soalan Fuad tak berjawab lagi tu, tajnur seorang ustaz kah?

Aisya-->hehe... eh eh, duit raya dah habis larr;)

 

Browse