Kesempatan...

Friday, July 29, 2011
Semalam, time balik kerja, nampak macam ada konvoi kereta dari jauh kat jalan Precint 10 ni. Ada van kat depan, dan kereta berjujuk-jujuk kat belakang. Hmmmm ada acara apa pulak ni? Bila dah dekat, baru perasan. Rupanya van jenazah. "Innalillahiwainnailaihirojiuunn".

Tak sempat dia nak merasa puasa tahun ni. Tak sampai 3 hari pun lagi. Tiba-tiba hati berdetik laju. Kita pulak..agak-agak sempat dak? Allahualam..



InsyaAllah, kalau takdak aral, petang karang sebelum magrib sampai la Incik Hitam dan tuannya di Terengganu. Balik sebab nak sambut 1 Ramadhan dengan keluarga. Nak puasa sama-sama ayah bonda adik-adik semua. Moga-moga Allah bagi kesempatan masa dan rasa, rahmat dan keampunanNya buat kita semua..

PS: Ada sapa-sapa nak pesan keropok lekor?;-)

32 comments:

tropical_jingga said...

naaak..!!!

selaamt berpuasa kak...

nur aisya humaira said...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAK..:)

senyumSOYA said...

nok kepok...heheheh...
waa.. akak start puasa kt kg...hehehee..

salam ramadhan akak..^^~

Kakzakie said...

Kalau kakak pesan keropok lekor macam mana Fida nak hantar JB? Hehehe...

Selamat menyambut puasa dgn keluarga dik... Moga diberikan kesihatan terbaik sepanjang ramadhan ini ye...:)

Anak Pendang Sekeluarga said...

saya nk juga....hahhahha

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Singgah sebentar utk mengucapkan `Selamat Menyambut Puasa dan Ibadah dibulan Ramadhan AlMubarak`. Kalau hidup dlm negara yg baik, Allah SWT mengampunkan dosa2 hambaNya (Surah Saba`:15 (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun.
Begitu juga kalau menghidupkan ibadah dlm bulan Ramadhan yang diberkati, InsyaAllah Allah SWT akan mengampunkan dosa2 kita. Wallahualam
p/s Bawa kereta molek2, jgn tergesa2, InsyaAllah sampai ke destinasi keluarga.

intan.maisarah said...

nak keropok lekor!!



akak,
selamat berpuasa

aliff muhammad said...

Afida,

Selamat pulang ke kampung dan selamat balik.

Hati-hati memandu.

fuad ansari said...

Hati2 pulang ke kampung ye..

Saya pun nak jugak la pesan keropok lekor... orang kata, 'pesan guna air liur' je.. nak 'pesan sambil bagi duit' tangan tak sampai pulak nak bagi..

eh silap2.. ni bukan 'pesan guna air liur'... ni 'pesan guna jari'.. zaman dah berubah.. (",)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya..

Moga Allah permudahkan perjalanan saudari selamat pergi dan kembali dan selamat berpuasa..

Norsha said...

selamat berpuasa fida....baru lepas mkn keropok lekor tadi

sahromnasrudin said...

saya nak keropok lekor, fida..saya mengidam nie hehehheeee

Yan said...

Selamat berpuasa Fida. Hati2 ya..

NaeBlog said...

Selamat menyambut Ramadhan bersama keluarga
Hati-Hati Memandu... :-)

UstazCahaya said...

Assalamu'alaikum wrb Afida :)

Harap-harap tidak lupa dengan saya. Hehe..

Menginsafkan kejadian itu. Benar kata siapakah antara kita yang dapat menjamin umur kita esok hari?

PS: Saya nak pesan keropok lekor boleh? Hehe.. dan blog saya sudah kembali bersiaran:)

Afida Anuar said...

Tropical-->meh amik cni nak khadijah? he he...selamat berpuasa juga buat khadijah sekeluarga..

Aisya-->Selemat menyambut bulan ramadhan juga buat aisya sekeluarga..

Senyum Soya=->Jangan jeles ya dik... adik start puasa kat mana? bandar serdang? he he;)


Kak Zakie-->a'a, tu la kan kak...selamat berpuasa juga buat kak zakie skeeluarga. InsyaAllah moga kak zakie juga begitu hendaknya..

Anak Pendang-->Nak berapa? meh amik cni meh.. he he

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. ya Allah Tajnur... lamanya menyepi. Ingatkan dah tak sudi singgah ke sini lagi dah. Wonder juga, mana la Tajnur menghilang, sakit ke..sibuk ke..atau merajuk gamaknya.. he he..gurau je. Harap2 Tajnur sihat2 aje..InsyaAllah..

Selamat menyambut puasa dan ibadah juga buat tajnur sekeluarga,

Alhamdulillah selamat sampai lewat isyak tadi. Lega rasanya dapat hirup udara cni..
Memang bawak kereta molek2 sokmo, tak pecut..tak cucuk2.. he he.



Sara-->he he..meh meh cni amik nak? ...

selamat berpuasa juga sara....

Aliff-->InsyaAllah Aliff, ...alhamdulillah, selamat sampai lewat isyak tadi..=

Fuad-->he he..mentang2 zaman IT yer, takde dah pesan2 dengan air liur... eh, kalau bulan puasa tak buat keropok lekor macam mana? err;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, alhamdulillah. Smoga saudara pun begitu jua..Alhamdulillah. saya dah selamat sampai dah tadi...melepasi isyak juga baru sampai. Terlajak dari jangkaan;)

Kak Norsha-->Selamat berpuasa buat kak norsha skeeluarga juga..ohh.. ok la tuh, tak payah saya belikan dah.. kekeke

Sahrom-->eh eh..betul ke ni sahrom? ke orang rumah awak yang mengidam? kekekke

Kak Yan-->Alhamdulillah kak yan..selamat sampai dah malam tadi.. Selamat berpuasa buat kak yan skeeluarga juga

Nae-->Selamat menyambut ramadhan buat nae sekeluarga juga. Alhamdulillah selamat sampai dah nae..

ustaz cahaya-->Waalaikumusalam wbt..ustaz.. he he..itu lah, hampir2 juga ustaz, pasai lama sangat menyepi. he he..Alhamdulillah ustaz akhirnya kembali.. oh, boleh2..tp by the time sampai sarawak, mesti dah basi dah keropok tu..err;0\)

ummu said...

assalamualaikum Fida
inna lillahi wa inna ilahaihi rajiun
sesungguhnya, mati itu pasti
satu peringatan untuk kita smeua,kan Fida

Mutiara Bernilai said...

kematian datang tanpa kita boleh dugakan?

takut pulak kite bile ingat sal mati ni,, T___T



* nak kepok!

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sebenarnya yang menyepi diri tu sebab pergi umrah pada cuti sekolah yang lepas. Itu je kesempatan masa dan belanja jimat cermat yang ada! Alahai Afida, kalau saya tak ada pun tak apa sbb siapalah nak mendengar celoteh saya ini? Macamana pun terima kasihlah memberi peluang dpt berinteraksi dlm blog Afida ni. SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA!

shameel Iskandar said...

Salam Afida.
Ramadhan Kareem.
Agar ramadhan lebih bermakna, kita perlu anggap ramadhan kali ini sebagai ramadhan terakhir dlm hidup kita.

suka dgn ayat ni ....kereta berjujuk-jujuk. agak2nya faham tak org bkn pantai timur. hahaha

r.o.l. said...

Salam, afida. Selamat mengimarahkan madrasah Ramadan. Pandulah dengan cermat agar selamat tiba (dengan kepok) :-)

nyanyisunyi said...

salam Afda
muga2 selamat sampai di kg berpuasa dengan keluarga,,bestkan dpt berpuasa dgn keluarga..

ps kepok leko losong best..

Afida Anuar said...

Kak Ummu-->Itu lah kak... sama2 kita beringat.. mati itu pasti.. selamat berpuasa kak;)

Mutiara-->Takut,gerun.. semua ada mutiara... meh cni nak kopok;)

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Alhamdulillah, sampai ke tanah suci. Kenapa tak habaq mai awal2, boleh minta tolong doakan saya kat sana:) Seronoknya buat umrah dengan keluarga. Apatah lagi di musim cuti sekolah. Mesti lagi meriah suasana di tanah haram..Allah, tiba-tiba rindukan tanah haram pula.

Alahaii Tajnur,memang la takde orang nak dengar celoteh tajnur pun pasai mereka tak dengar, tapi mereka baca...he he..rindu jugak sebenarnya dengan komen2 ilmu Tajnur sepanjang ketiadaan Tajnur.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN JUGA BUAT TAJNUR SEKELUARGA;)

Shameel-->Salam shameel, selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia... he he,ohh, saya tatau pun berjujuk tu spesifik tu bahasa pantai timur je. Harap2 depa faham..he he

Rol-->Salam rol, InsyaAllah, sama2 kita mengimarahkan. InsyaAllah... moga rol dan zaujah cepat sembuh, insyaAllah.

NyanyiSunyi-->salam kak, alhamdulillah.. itu lah, tak puasa lagi dah rasa keseronokan ni.. he he..
Itu lah, plannya nak beli kat losong la ni;)

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum kak Afida :)

syoknya balik kg.. Maiza nak kopok losong.. ada ka? hehe... sekarang dah ada di kg gamaknya... bila bercakap soal 'kembali' kepadaNYA terasa insafnya. Tapi tak kurang juga syukur masih di beri kesempatan merasa nikmat Ramadhan lg buat kali ini.. Alhamdulillah.. selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat akak dan keluarga.. moga akak sentiasa di curahkan kesihatan, kebahagiaan OlehNYA.. InsyaAllah..

ps: lama Maiza tak singgah sini.. Rindu :)

IMANSHAH said...

insyaAllah malam ni kita berterawikh

Kamsiah said...

salam ramadhan utk fida tersayang...jgn la bertambah kurus keding jadinya hehe

Afida Anuar said...

Maiza-->Waalaikumusalam maiza... Balik kampung adalah salah satu perkara paling syok untuk dibuat.. he he. Yer mai, akak kat kg lagi skrg ni, amik cuti 2 hari;). Thanks mai... Buat mai juga, selamat berpuasa... semoga mai juga begitu, insyaAllah...

Shah-->Alhamdulillah... berterawih sudah di masjid kampung sendiri. Malam ni satu malam lagi berpeluang berterawih di sini, insyaAllah

Kak Kamsiah-->selamat menyambut ramadhan al-mubarak utk kak kamsiah sekeluarga juga. InsyaAllah... harap2nya tak la kak;)

sahromnasrudin said...

dah sampai terengganu ke?? selamat berpuasa utk awak sekeluarga ya

Afida Anuar said...

Sahrom..dah nak gerak balik putrajaya dah ni.. selamat berpuasa juga utk awak sekeluarga. Bai;)

naimisa said...

saya pun nak sambut 1 & 2 ramadahan di kampung juga.

Tapi malangnya kawan yg baru nak kenal jalan balik ke KL kata dia tak berani pandu seorang diri pada Ahad tu. Terpaksalah balik jadi co-pilot dia.

IMANSHAH said...

bukak dengan apa tu?

Afida Anuar said...

Naim, larr..pastu tak jadi la berpuasa kat kg? alahaii..kesiannya.
Alhamdulillah, saya baru je balik semalam dari kampung, sempat la berpuasa sehari setengah kat kg... syukur..

Shah, bukak dengan nasi+ikan masak merah+telur masin..he he...alamak, sayur tak masak lagi...bai!..he he

 

Browse