Terbeli 'Peluru', Tertarik 'Picu'... Bangggg!!!

Wednesday, January 28, 2009
Habis pecah kesunyian opis bila mana aku batuk. Aku segan, aku malu. Tapi nak buat macam mana. Bilamana aku batuk, aku batuk sekuat hati, aku lepaskan sekuat daya. Ada sedikit lega aku rasa. Tengah hari tadi, dengan kebekuan opis yang mencecah tahap maksimum, batuk aku makin menjadi-jadi. Lantas, aku ambil sekeping duit seringgit dari dalam beg duit yang aku simpan dalam laci, aku berlalu meninggalkan kerusi hampir empuk.

Bergegas aku ke pantry yang terletak di luar ODC dan menghala ke hujungnya di mana terletaknya vending machine. Aku mahu membeli 100 Plus yang aku rasakan dapat melegakan sedikit batuk aku nih. (Mana entah aku belajar minum 100 Plus dapat melegakan batuk, huh. Tapi boleh dicuba kan? erkkk!)

Sekeping nota seringgit aku suapkan ke dalam mulut vending machine. Aku tekan butang di sebelah. Bergerundum bunyi vending machine tatkala meluahkan setin air tin yang aku order tu. Aku ambil air tin yang diluahkan.

Tiba-tiba aku pelik bercampur hairan. Di tangan aku bukanlah tin yang menggambarkan rupa 100 Plus yang baru aku order sebentar tadi, tetapi Coca Cola!!!! Demmm... aku tengok butang cola cola, aku perhatikan butang 100 Plus. Sebelah menyebelah. Sah aku tertekan butang coca cola. Adehhh, aku koyaaa la nih!!

Nak buang, membazir pulak. Last-last aku kasi kat Baanureka yang sedang lunch kat meja sana. Aku kembali ke ODC. Ambil lagi sekeping nota seringgit. Pergi balik ke vending machine. Suapkan nota seringgit tu, dan kali ni, aku betul-betul tekan butang di sebelah 100 Plus. Yakin 100%, tak koya lagi dah! Kalau keluar tin Coca Cola lagi ni..tatau la aku nak cakap apa.

Gerundum lagi sekali bunyi vending machine meluahkan air tin. Aku selitkan tangan aku ke dalam untuk mengambil setin air tin itu. Aku tengok label. 100 Plus. Aku tarik picu tin. Aku alirkan air itu ke tekak.

Arghhh Legaaa... Alhamdulillah...

p/s: Dalam duk boikot, terbeli jugak Coca Cola!!! Adehhhh.....

Till then

WaAllahualam
Wasalam.

10 comments:

syahza said...

x sengaja tu.. xpe.. toin maapkan

Afida Anuar said...

erkk..mekasih toin...

It4Ch1 said...

sebenarnya 100plus dan cocacola satu syarikat. jeng3x

miezi said...

haha..

~~Noli said...

akakkk..sejuk tuh air tuh..

errr..'ter' xpe kot..hehe

saizulhafiz said...

syarikat f&n...haha aku tahu nk minum apa.minum air kosong je.tp 100plus baik utk slesema..ko cari revive la fida sama je baik dgn 100plus

Afida Anuar said...

Mus-->jeng jeng jeng..erkk..huuu... f&n kan?hurmm...

Miezi-->huhu

Noli-->itu la sejuk..nk ubatkan batuk, tp jadi makin batuk noli..erkkkk..

Saizul-->Revive tu, sure tak sama kampenih ngn coke ek..tp kat vending machine takdok revive..huhuhuhu

unicorn said...

bakpe x bg kat aku je air coke tu? haus ni

Afida Anuar said...

lar...tunggu la bila2 aku tersilap tekan butang coke, aku kasi kat mung ek... eheh

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse