PAS Dok Rok Cetong??

Friday, January 09, 2009
Tinggalkan sebentar perihal xxx. Tinggalkan sebentar perihal sakit. Tinggalkan sebentar perihal kerja. Tinggalkan sebentar perihal kawan-kawan. Tinggalkan sebentar perihal cinta. Tinggalkan ... tinggalkan buat sementara...

Buat masa sekarang, aku cuma ada segunung semangat itu. Semangat balik kampung. Semangat mengundi. Semangat perjuangan. Semangat membuat X di kertas undi. Semangat apakah lagi?............ Semangat PAS for All..erkk...

Tengah-tengah dikelilingi semangat-semangat itu, tiba-tiba rasa nak ketawa berdekah-dekah pulak apabila teringatkan slot Buletin Utama semalam perihal Pilihanraya kecik Kuala Terengganu ni, rasa geli hati apabila aku dengar komen seorang makcik yang juga merupakan ketua wanita umno bahagian Kuala Terengganu kalau tak silap. Apa katanya apabila wartawan meminta beliau komen tentang PAS.

"PAS dok rok cetong!"

Haaaa... kalau 'dok rok cetong', aku rasa komen itu layak diberi kepada Tok Maimun. kan kan? Ampun Tok.... Kalau nak label PAS sebagai dok rok cetong, makcik silap la makcik. Tu komen kanak-kanak ribena. Komen mereka yang tidak matang. Komen mereka yang tidak berpijak di bumi nyata. Rasanya komen tu tidak layak keluar dari mulut seorang makcik apatah lagi mulut seorang Ketua Wanita UMNO bahagian. Kalau kasi komen yang mantap sikit okay kut. Boleh diterima akai. Ni.... erkk...whatever~

Alhamdulillah, Tom Maimun tak bertanding. Kalau tidak.... kacau undi jek la Tokkk... erkk..

Apa pun, berkobar-kobar rasanya keinginan untuk berada di kampung sekarang ni. Untuk sama-sama berkempen, sama-sama merasa tawar manis pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu yang bakal tiba tidak lama lagi. InsyaAllah, tiada aral melintang patah membujur lalu aku akan pulang minggu depan. Wajibbb!!!

Aku nak pastikan "PAS dok rok cetong" tu hanya sekadar kata-kata yang keluar dari mulut makcik tu. Cukup hanya di situ. Yer, aku nak pastikan itu... tunggu yer makcik! Harap fair play la kali ni, takde yang main 'ngelat'.

Cam berkempen lak aku kat sini. Hahahaha, apa-apa jek la. Sapa lagi nak balik Terengganu??

Jom kita balik...erkkk.

p/s: Menang kalah itu, semuanya Allah yang tentukan. Yang penting.... berjuang dulu! Allahuakbar!!!

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

11 comments:

saizulhafiz said...
This comment has been removed by the author.
saizulhafiz said...

lupa...bg aku la Pilihanraya ni x penting pn.kemenangan mana2 pihak xde memberi apa2 effect kepada pentadbiran Terengganu ( BN dh lebih 2/3 majaroti )..hehehe.cuma bg aku la, ianya hanyala utk menunjukkan kekuatan parti masing2 je...apapun aku doakan kejayaan calon2 smua..go go

agHoo said...

sesuke ati jer kutuk tok memon.. maroh ar nih hahahahhaha!!!!

masa penamaan calon wan farid bley kire bape ramai ikut,yg pas pnya penuh satu stadium..

takbir!!

baanu said...

oo..kak fida org bulan ye...

apa maksud "PAS dok rok cetong?"

baanu said...
This comment has been removed by the author.
Khairi said...

sakit hati je dgr tv3. bias mcm apa. geram geram.

~~Noli said...

beng ah cakak dok rok cetong..sedeh wase..=(

Afida Anuar said...

Saizul-->x penting mung kata? bagi aku,klu dah nama perjuangan, walupun nampak dari mata kasar hanya sebesar sebiji gandum...ianya amat penting!...huhu

Arif-->erkk...ampun Arif, jangan arr maroh, kekgi cepat tua..ekekeke

owhh, lam tv3 suku, dia tunjuk puak2 UMNO ni gile ramai, dia tunjuk puak2 PAS hok mai ni ciput jek..ceh..

Baanu-->i'm not orang bulan la baanu..i'm orang bumi..ekekekek

dok rok cetong tu maksudnya, no capabilities to do anything, sangat tidak upaya. Hampeh maksud kasarnye..erkk

Khairi-->hee, itu la, geram gak. Dengar pn gitu jek. Nak tengok gak gaya tv3 ampu dan jd pak turut..erkkk

Noli-->hahahhaha...akak dok kate, mok cik tu yang kate..ekekekeke

baanu said...

PAS kan bulan... ;p

Afida Anuar said...

erkk... no la baanu. Pas bukan bulan. Cuma lambang dia aje berbentuk bulan bulat...heeeee

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse