Pagar Dan Kambing Yang Sakit..

Wednesday, January 21, 2009
Lunch time, time matahari tengah straight terpacak atas kepala, time tu la kami semua keluar dari 'kotak beku' ni untuk mencari sesuap nasi. Keluar aje, terus rasa panas yang amat. Darah yang dari tadi agak 'beku' apabila berada di dalam 'kotak beku' terus mula nak mendidih apabila dihempap panas terik mentari. Huh! Impaknya... patut arr sekarang senang benor aku rasa nak kene serang dek selsema dan sakit tekak.

Sememangnya dalam hidup, kita tak sepatutnya berubah secara drastik. Pasti akan ada implikasinya. Pasti akan ada sedikit kesan negatifnya. Samalah juga perumpamaannya jika besi yang sedang panas, dicelup air sejuk. Habis rosak segala ion ion besi. Eh, betul ke apa yang aku bicara pasal besi ni? (Orang Bukit Besi, tolong betulkan kalau aku salah yer! uhuh)

Begitulah juga halnya dengan perlaksanaan hukum hudud. Maafkan aku kerana aku amat kurang ilmu agama jika mahu membicarakan soal hukum hudud ini lebih lanjut. Apatah lagi hukum Allah ini mana boleh sewenang-wenangnya kita bicarakan atau perkatakan jika kita tiada ilmu mengenainya. Takut terjadinya kufur. Cuma apa yang aku ingin sampaikan pemahaman Incik Khairi mengenai hukum hudud yang beliau baca dari buku Yusuf Qhardawi.

Hudud ni umpama pagar, atau penjaga agar orang Muslim tidak dicemari penyakit hati, penyakit batiniah manusiawi. Sebagai contoh, membuat pagar dan menyembuhkan 100 ekor kambing yang sakit. Yang mana satu patut kita utamakan. Pagar, atau kambing yang sakit? Wajib di buat kedua-dua. Sudah pastilah menyembuhkan kambing-kambing yang sakit itu menjadi prioriti kerana kalau kambing itu mati, apa gunanya pagar. Iyer dak?

Jadi keutamaannya jelas, sembuhkan dulu penyakit hati-hati muslim. Dan kemudian barulah hudud itu diperkenal berperingkat-peringkat. Bukan secara drastik. InsyaAllah, jika orang sudah nampak kebaikan dan kecantikan hukum ciptaan Allah itu sendiri, sedikit demi sedikit, aku yakin semua orang boleh terima sama ada orang Islam atau bukan Islam.

Cuma, aku agak sedih bila orang Islam sendiri menakut-nakutkan orang bukan islam tentang hukum hudud ni. Media massa, kadang kala setiap hari memainkan isu Hukum hudud yang sekaligus memberi gambaran kepada semua dan kepada orang bukan Islam khususnya betapa hukum hudud ini tidak patut sama sekali dilaksanakan!

Apa salahnya, jika media massa pun sama-sama memainkan peranan, cuba menyebarkan kebaikan, kecantikan dan kebenaran tentang hukum Allah ni. InsyaAllah, jika kita buat satu benda secara berhikmah dan bersungguh-sungguh, lama-lama akan berhasil!!

Tapi cukup menyedihkan..... tengok lah keadaan sekarang, usaha negara kita ke arah itu langsung tiada. Bahkan menghentam pulak pihak yang cuba memperjuangkannya. Dan ada juga yang menghentam hukum Allah itu pulak orang Islam sendiri!! Aduhhhhhhhhhh......

Aku tahu, melaksanakan hudud itu bukannya senang. Tapi at least, sama-sama kita menyokong usaha ke arah itu. Sama-sama kita cuba mendaki tangga ke arah itu. Itu lah sebaik-baiknya daripada tidak mendaki langsung. Kan??

p/s: Nape entah hari ni leh tergerak hati nak tulis pasal hudud ni..huh!

Till then.

WaAllahualam
Wasalam.

21 comments:

saizulhafiz said...

aku sokong hukum hudud..smoga hasrat ini akan trcapai..

It4Ch1 said...

well said. :D

Afida Anuar said...

Saizul-->insyaAllah. Harap lepas ni mung pn sama mengkhabarkan pada orang-orang yang asyik duk kutuk hukum hudud tu.. bukannya apa,bimbang2 boleh jadi kufur..

Mus-->mekasih mus;) Kredit to Khairi jugak.

saizulhafiz said...

erk..ko jgn babitkan politik plak.org ada fahaman sendiri..kena la hormati.hehehe...iman dalam hati kena teguhkan sendiri.hanya Dia yg menentukan segalanya..kita kena berusaha.jalan ke syurga semamangnya perit dan pedih..kredit to Wan

:.Yus.: said...

dh lm hal ni diperkatakan tok guru nik aziz tp sprti yg akak kt it is not easy..nk ckp sng tp nk bt tu yg ssh..ramai org xsetuju cdgn itu..

setiap apa yg kt nk bt kenala istiqamah..mulakan dr diri sndri dl brla leh execute utk yg besar.brla org nmpk apa kebaikannya..

Khairi said...

well said fida. nnt sy usha2 balik buku tu, page apa perenggan apa.

juga boleh ke laman YQ,

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/index.html

Tirana said...

Bila salah bagi penerangan tentang hukum hudud...itu yang membuatkan orang kecut perut..orang islam sendiri pun kecut perut..apalagi orang bukan islam.

Afida Anuar said...

Saizul-->aku mana babitkan soal politik nih. Aku cuma berpesan sesame member.. aku pun hormati pegangan masing-masing. Cuma bila kita dah tau apa yang diucapkan dia itu boleh membawa kepada kekufuran, takkan kita nak berdiam diri, at least tegur la sepatah, tak pun, kalau tak mampu, tegur je la dalam hati.. tu jek... apa pun, mmg Islam dan politik itu tidak dapat dipisahkan..
~peace~

Yus--> Sebb tu ubat dulu penyakit orang Islam..dan yang penting, ubat dulu diri kita sendiri..spt kata yus juga;).. susah nak laksana. Tapi kalau semua umat bersatu padu...tak mustahil Yus..suatu hari nanti ianya dapat dilaksanakan di negara kita..

Khairi-->Mekasih untuk awak khairi untuk cerita Pagar dan kambing ni..ehhehe..rasanye nk edit balik la letak nama awak kt depan tu..heeeeee. Juga mekasih tuk link ni, sangat berguna...

Afida Anuar said...

Kak Tirana--> Betul tu Kak Tirana...salah penerangan. Asyik duk menakut-nakutkan.. sapa yang tak takut... padahal pada hakikatnya, kesan hukum hudud itu sendiri amat indah...

agHoo said...

"diwajibkan ke atas kamu melaksanakan hukum hudud"..kamu,kamu dan kamu ni ditujukan kpd pemimpin2 sesebuah kerajaan bknnya ditujukan kpd individu..dan kita sbg muslim wajib menyokong kerajaan yg menyokong tuk melaksanakan hudud bukannya mnyokong kerajaan yg ingkar tuk melaksanakan hukum ALLAH..

sekian saja pesanan dari daku..hehe

Afida Anuar said...

huh..terima kasih di atas pesanan mung itu Arif... amat lah dihargai oleh pemilik blog ini

btw, balik ganu dok CNY ni?

natni said...

hmm kak fida pg td masa mbincangkn hal nih di kedai kopi ops silap!! di pantry, org da rs something yg undefined...

org stuju plaksaan hukum nih tp tula persepsi (eceh ayt xthn) org lain2 xsama, sapela kte ni kn, huhuhu

agHoo said...

izinkan daku berbicara..

1st skali kita kn fhm apakah itu hudud n bgaimnkah perlaksanaanya.ramai yg menyalah anggap hudud ini krn mereka tdk fhm sbnrnya apakah hudud itu sbnrnya.yg mereka tahu hnyalah potong3x..

hudud bukanlah hukum PAS,hukum rekaan atau hukum yg direka2.tp merupakan hukum yg terkandung didalam al quran yg dicipta oleh Allah S.W.T untuk keadilan manusia. akan tetapi kenapakah bila hudud nak dilaksanakan pelbagai persepsi negatif timbul.??

kita mengaku kita muslim,mengucap 2kalimah syahadah,percaya Allah tuhan yg satu dan nabi muhammad junjungan kita.akan tetapi kenapa hukuman Allah yg satu ini hendak dipertikaikan???muslimkah kita??

ramai org menganggap hukuman ini ketinggalan zaman,kejam,potong sana potong sini dan pelbagai lagi persepsi negatif diperlontarkan..adakah kita lebih pandai atau lebih mengetahui dari Allah s.w.t??

kita kena faham kaedah sbnrnya hudud ini.suatu hukuman sblm dilaksanakan bukanlah sebarangan.
cntohnya mencuri,nk jatuhkan hukuman perlukan beberapa org saksi yg xfasiq kmudian kena tny sbb munasabab mncuri.jika pencuri itu mncuri krn xda wang untuk makan,tdk layak hukuman dijatuhkan malah wajib pada pihak memerintah mnghulurkan bantuan kpd pencuri trsebut.w

sekiranya ada salah silap hrp diperbetulkan..hehe


p/s:-ambe blk raya nih...nk mkn limau hehehehe..

agHoo said...

tambahan..lupa nak letak.hehe

kalo org bukan islam memandang hudud dgn persepsi negatif mngkin bley diterima tp kalo muslim sndiri memandang serong hudud ini,itu agak xboley diterima..

zaman nabi rilek je hudud..
ramai lagi kafir..
yahudi,nasrani bernaung dalam satu pemerintahan Islam..

Afida Anuar said...

Intan-->huh..kita hambaAllah intan..heee..itu la, sbb tu aku diam n sengih jek tadi. Sbb aku hormat pandangan orang. Takpe, itu pandangan dia... cuma kita wajib yakin, dengan hukum Allah ni...lagi bagus dari hukum rimba ciptaan manusia...lagi adil...untuk semua. dan patut ada dalam hati kita niat untuk sama-sama menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.. bukan main hentam, bukan main sokong orang yang hentam hukum Tuhan ni, huh..panjang lebar lak aku belebel..ampun intan..eheh

Arif-->wahh mmg panjang lebar. Instead ada banyk lagi. Bukan potong tangan saja hudud ni... ada hukum untuk penzina, pencuri, perompak, bab arak, bab murtad,bab liwat..bab apa lagi ek? tulun tambah bagi sesiapa yang lagi arif mengenai hudud ni..

Betul tu Arif, kalau orang bukan Islam memandang dgn perspektif negative, kita tak boleh nak salahkan diaorang, sebab dari dulu diaorang mmg disogok dengan segala macam perkara yang negative bab hudud ni. Sapa yang sogok mereka?? orang yang mengaku Islam jugak!! sepatutnya, kita menyogok orang bukan Islam ni dengan memberi penjelasan yang sebenar dan kebaikan hukum hudud ni.Implikasinya, kesannya..kecantikannya.Bukan menakut-nakutkan mereka... nah skrg orang bukan Islam membantah hukum hudud ni, ada org Islam yang ikut membantah!! Menyokong pulak tuh!! aduhhh...

p/s: wak alik limau sekotok cni, ambe dok balik ganu weh..huhuhu

~~Noli said...

Allahuakhbar..sma2 kiter perjuangkn..

unicorn said...

aku setuju gok ngn aghoo...itu hukum Tuhan. Tuhan dan buat cantik, sesuai sepanjang zaman..bakpe kite x yakin dgn hukum Tuhan? same mcm kite lawan perintah Tuhan..lagipun, kalau kite x buat salah, buat ape nak takut?

Afida Anuar said...

Noli-->:)

Yoe-->betul! Setujuuu ngn mu. Kalau kita tak buat salah buat apa nak takut kan!

khairi said...

boleh ke bab keutamaan tarbiyaah ke atas syariah, m/s 265 buku feqah al-awlawiyaat.

insyaAllah.

ringkasnya. kalau ada bajet 2009 sebanyak RM10b untuk tarbiyah dan syariah. utamakan tarbiyah, boleh jadi tarbiah 70b, syariah 30b. contohnya.

satu society bermula dengan satu individu.

rumah yg kuat bermula dengan bata yg kuat. bila rumah dah kuat barulah lindungi dia dengan cat nippon paint sesuai untuk semua keadaan cuaca. :p

Afida Anuar said...

ada ke depa nk buat bajet untuk tarbiyah dan syariah??

renung2 dan fikir2..hurmmmmm..

kalau ada, alangkah bagusnye..

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse