Mendaki Tangga-Tangga..

Sunday, January 18, 2009

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU:

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi

Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi.

Calon bebas pula mendapat 193 undi.

Majoriti 2,631 undi

Alhamdulillah, dengan berita kemenangan calon PAS ini, maka pihak pembangkang menambah satu lagi kerusi di Parlimen manakala pihak BN kehilangan satu kerusi.

Sebelum ni, aku perhatikan pelbagai isu yang diputar belit oleh media BN. Rakyat dijanji dengan pelbagai bentuk pembangunan fizikal, ditabur dengan jutaan wang ringgit. Namun majoriti rakyat Kuala Terengganu tidak termakan janji-janji manis BN. Majoriti rakyat Kuala Terengganu tidak bodoh dengan manipulasi berita dari kebanyakan media yang terlalu berat sebelah! Dicanangnya seluruh negara seolah-olah calon BN sudah menang! Syukur,majoriti rakyat Kuala Terengganu masih tahu menilai mana satu batu dan mana satu permata, alhamdulillah..

Masih terdengar-dengar kata-kata Makcik Ketua Wanita umNO bahagian Kuala Terengganu, 'PAS dok rok cetong'. Malas nak ungkit, tapi makcik tengok lah sapa yang 'dok rok' sekarang ni. huh! ( Ceh, kira aku ungkit jugak la ni kan? eheh)

Kepada PAS, jangan terlalu leka dibuai kemenangan, sesungguhnya kemenangan ini juga merupakan ujian. Masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan. Masih banyak lagi tangga-tangga yang perlu didaki untuk menuju matlamat membina sebuah daulah Islamiyah. InsyaAllah moga segala usaha ke arah itu sentiasa dipermudahkan Allah. Takbir!!!

p/s: Malam ni dah nak kene balik Putrajaya..Aduhhh..malasnyer...

Till then..

WaAllahualam
Wasalam.

14 comments:

Tirana said...

Fida..

"dok rok cetong" tu apa ye? hehehe..kak tirana tak faham.

Afida Anuar said...

"dok rok cetong" tu maksudnya terlalu lemah. Tak ada upaya. Tak ada daya...heeeee

sori terguna bahasa ganu...eheh

saizulhafiz said...

tahniah..takbir!!!!
ke mu sajo bt entry politik soh hits mcm aku.hahahahha

Kehelan said...

takbir!!!

sapa hok dok ghok ler ning? ramai puas ati balik ganu nok ngundi...

:.Yus.: said...

alhamdulillah xsia2 blk ngundi yek..hehe

tahniah2..Allahuakbar!!!

~~Noli said...

idup akak..ehhh slah plak..
tahniah tuk sy...hahha

natni said...

i senyum jer dgr biter nih
i hepi 4u

(cm u yg tanding neh)
ekekeke

^___^

agHoo said...

gile best dgr abg aku cite cane suasana smlm..adeh ruginya,nyesal xdaftar lagi hahahaha..

diana said...

muke fida berseri2

Khairi said...

tahniah. pas ni bleh tgk berita kul 8 ngn hati yg tenang.

p/s: bila kuar si bibir pink tu, saya terus kalih ke tv lain. ntahlah. terasa emo pun ada.

Afida Anuar said...

saizul-->hahaha..takdok niat aku wat entry politik suh hits cam mung saizul..cuma menyampaikan apa yang terbuku jek..entry aku mana sama cam mung..mung lagi mantapp..eheh

Kay-->TAkbir!! heee..itu la..sangat2 puas ati kay balik ngundi kali ni..eheh

Yus-->insyaAllah harap kekgi dapat ikut jejak Kelantan:D

Noli-->hehehehhehe

Intan-->hahahha..mekasih intan.. so heppy 4 u too..eheh

Arif-->itu la, klu dok jadi majoriti 2632 arr..campur mung sorang..eheh..seyes arr rugi mung dok balik arif..hee

Diey-->mekasih..rahsia muka berseri adalah smlm tak tido dalam bas sambil layan panorama pemandangan sepanjang perjalanan..eheh

Khairi-->hahaha..tak tenang jugak..lepas ni pasti diserang lagi..tengok la tak caye..eheh...
apa pun syukur...PAS menang!!

Khairi said...

so bendera biru depan rumah tu dah tibai wat ngelap kaki blom?

Afida Anuar said...

erkk..x smpat..orang2 dia dah angkut bakar api mareng.. uhuh..

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse