Pembedahan Kelopak Mata..

Friday, January 30, 2009
Grrr... grrrr..
Grrr... grrrr..

Haihhh kelopak mata nih, asyik bergetar-getar jek. Bile entah dia nak berhenti bergetar. Ada sebarang ubat tak untuk mengubati getaran kelopak mata? Erkk, rasa macam nak jadi 'mutant' berkelopak mata getar pun ada ni.. eheh..

Terkejut jugak bila aku telefon mak aku semalam, dia bilang kelopak mata dia pun bergetar-getar jugak! Rimas katanya. Sehinggakan time dia mengajar, rasa macam anak-anak murid dia asyik duk tengok kelopak mata dia yang bergetar-getar tu jek. huh!

Like mother, like daughter;)

Tapi aku tak bagitau pulak mak aku, yang kelopak mata aku ni pun asyik bergetar-getar jugak.. just like her. Nape entah...erkk..

p/s: Jangan minggu depan time pergi hospital, doktor suruh operate kelopak mata pulak dah lar... huh!

Till then..

Mengetuk Otak..

Thursday, January 29, 2009
Kadang-kadang aku pelik dan kagum dengan manusia-manusia yang hadir dalam hidup aku. Ada macam ragam, macam gaya dan perangai. Namun itu lah keunikan kehidupan. Pasti akan ada perbezaan. Kalau semuanya mempunyai ragam dan gaya yang sama jek, sudah pasti hidup ini akan membosankan. Kan?

Aku ada seorang kawan, suka menghebohkan perihal ulang tahun kelahirannya. Katakan ulangtahun bulan kelahirannya bulan 8. Dari bulan 6 lagi dia sudah sibuk memperkatakannya. Mengingatkan kami semua akan tarikh itu agar kami semua menyediakan something untuknya.

Bagus jugak dia buat begitu. At least aku akan ingat. Sebab aku, kalau perihal tarikh lahir ni agak pelupa sedikit orangnye. Memerlukan aku buat reminder apa bagai, baru aku ingat. Nasib baik ada pertolongan friendster, facebook atau bla bla bla yang kasi reminder secara automatik. At least.... kalau tidak, macam mana mahu diingat kesemua tarikh lahir kawan-kawan aku ek? huh.

Cuma yang aku pelik, ada seorang kawan aku ni, langsung tidak mahu mendedahkan tarikh lahirnya. Bila ada yang mengingati dan mengucap ucapan selamat ulang tahun hari lahir untuknya di mana-mana ruang yang bisa ditatap umum, pasti akan di'delete'nya. Tidak mahu 'dunia' mengetahui katanya. Mungkin aku faham tujuannya. Mungkin juga tidak..erkk, abaikan.

Apa pun, buat kawan yang tidak mahu 'dunia' mengetahui akan ulang tahun hari lahirnya itu, selamat ulang tahun hari lahir aku ucapkan. Aku doakan moga dia sentiasa berada dalam rahmatNya dan sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

p/s: Gamaknya dia marah dak aku pi cerita sedikit perihal hari lahir dia kat blog aku nih? erkkk... ampunnn. Nak buat macam mana, dah idea ni yang mengetuk otak aku kali nih..eheh

Till then..

WaAllahualam
Wasalam..

Terbeli 'Peluru', Tertarik 'Picu'... Bangggg!!!

Wednesday, January 28, 2009
Habis pecah kesunyian opis bila mana aku batuk. Aku segan, aku malu. Tapi nak buat macam mana. Bilamana aku batuk, aku batuk sekuat hati, aku lepaskan sekuat daya. Ada sedikit lega aku rasa. Tengah hari tadi, dengan kebekuan opis yang mencecah tahap maksimum, batuk aku makin menjadi-jadi. Lantas, aku ambil sekeping duit seringgit dari dalam beg duit yang aku simpan dalam laci, aku berlalu meninggalkan kerusi hampir empuk.

Bergegas aku ke pantry yang terletak di luar ODC dan menghala ke hujungnya di mana terletaknya vending machine. Aku mahu membeli 100 Plus yang aku rasakan dapat melegakan sedikit batuk aku nih. (Mana entah aku belajar minum 100 Plus dapat melegakan batuk, huh. Tapi boleh dicuba kan? erkkk!)

Sekeping nota seringgit aku suapkan ke dalam mulut vending machine. Aku tekan butang di sebelah. Bergerundum bunyi vending machine tatkala meluahkan setin air tin yang aku order tu. Aku ambil air tin yang diluahkan.

Tiba-tiba aku pelik bercampur hairan. Di tangan aku bukanlah tin yang menggambarkan rupa 100 Plus yang baru aku order sebentar tadi, tetapi Coca Cola!!!! Demmm... aku tengok butang cola cola, aku perhatikan butang 100 Plus. Sebelah menyebelah. Sah aku tertekan butang coca cola. Adehhh, aku koyaaa la nih!!

Nak buang, membazir pulak. Last-last aku kasi kat Baanureka yang sedang lunch kat meja sana. Aku kembali ke ODC. Ambil lagi sekeping nota seringgit. Pergi balik ke vending machine. Suapkan nota seringgit tu, dan kali ni, aku betul-betul tekan butang di sebelah 100 Plus. Yakin 100%, tak koya lagi dah! Kalau keluar tin Coca Cola lagi ni..tatau la aku nak cakap apa.

Gerundum lagi sekali bunyi vending machine meluahkan air tin. Aku selitkan tangan aku ke dalam untuk mengambil setin air tin itu. Aku tengok label. 100 Plus. Aku tarik picu tin. Aku alirkan air itu ke tekak.

Arghhh Legaaa... Alhamdulillah...

p/s: Dalam duk boikot, terbeli jugak Coca Cola!!! Adehhhh.....

Till then

WaAllahualam
Wasalam.

Label Diri..

Monday, January 26, 2009
Lembik, panas, lesu dan agak bisu. Mungkin itulah label yang harus aku tampal pada diri sendiri sepanjang 2 hari cuti ni.

Dia kasi rasa demam sikit je. InsyaAllah, sat sat lagi baik lah tuh. Tapi yang aku rasa macam aku ni hipokrit yang amat, aku ni pandai nasihat orang je. Sakit makan ubat ye, pergi jumpa doktor cepat-cepat, bla bla bla apa bagai, tapi bila diri sendiri yang sakit... haram, satu ubat pun tak masuk dalam tekak aku lagi setakat nih. Entah kenapa, malas benor rasanya nak pergi klinik, jumpa doktor,makan ubat semua tu.

Sebab kebiasaannya kalau aku demam ke, pastu pergi klinik, mesti demam tu automatik akan hilang bilamana tiba di sana. Sampaikan doktor pun tertanya-tanya.

"Aikk, tadi kata demam, ni normal jek saya cek"

Apa mau bilang sama doktor kalau doktor cakap lagu nih?

huh!

Sebab tu kadang-kadang kalau aku demam sikit-sikit ni, aku biarkan jek. Biasa dalam sehari jek ok la. Tapi ni dah nak masuk 3 hari...errkkk..

Padan la muka aku, tak nak makan ubat. Tak nak pergi klinik, tak nak jumpa doktor.. Nasihatkan orang jek pandai. Diri sendiri.....

p/s: Mungkin aku patut tambah satu lagi label pada diri aku..iaitu hipokrit..erkkk..

It seems i should get some more rest. Till then..

WaAllahualam
Wasalam..

Deria Keenam..

Friday, January 23, 2009
Percaya tak yang aku punyai deria keenam yakni mampu mentafsir perangai seseorang melalui riak lekuk wajah mereka, huh! (Kekononnye lar..heh!!). Ala.....bukannye deria keenam sangat pun, aku saje je menggempakkan istilah 'kuasa' yang aku ada. Cuma ni haaa, orang putih cakap 'First Impression' . Dan selalunya first impression aku tentang seseorang itu betul!! Walaupun tak betul 100%, tapi mesti ada jugak yang betul!. Hebat kan aku? heh!

Tapi, aku takde la nak bagitau orang ramai hasil pentafsiran aku. Simpan sendiri dah la. Even mak ayah aku, ke sapa-sapa ke, aku tak bagi tau. Betul!! Aku dan Dia jek yang tahu... heeeeee..

Walaupun begitu, aku masih seorang kawan yang baik. ( Angkat bakul sendiri sat). Contoh aku ni seorang kawan yang baik, pada awal perkenalan, aku mentafsirkan yang si A ni seorang yang garang. (Contohnya la, takde kaitan antara yang hidup atau yang mati ek..huhu).

Aku tetap kawan dengan dia, dan sepanjang persahabatan aku dan dia tu, tengok-tengok dia memang betul-betul seorang yang garang. Memang betul deria keenam aku menafsirkannya pada awal-awal aku kenal dia! Tapi, takde la aku terus putus kawan pulak. Aku terima segala baik buruk dia. Nama pun manusia. Aku pun apa apa kurangnya kan? Tapi aku tak garang la...eheh..

Harapan aku, agar orang sekeliling aku juga boleh terima segala kekurangan aku, dan jika ada apa yang perlu aku betulkan, bagitau leklok noo. Tu jek yang aku harapkan. Aku mana sempurna...dan takkan jadi sempurna.

Aku takkan pernah jadi sempurna.
Seperti engkau pinta..
Aku takkan bisa..
Meski telah ku cuba.....

Bagi aku, sekali dia dah jadi kawan aku, selama-lama nya dia tetap akan jadi kawan aku. Cuma....kawan, jangan tikam belakang aku ni dahh lar...sakitt woooo...

p/s: Gamak-gamaknya la, apa pulak first impression orang pada aku eh? (Berfikir...)

Fida pot pet pot pet.
Fida bla bla bla bla..
Fida lalalalalalalalala..

heh!

Till then..

WaAllahualam
Wasalam..

Tulang Kepala Lutut..

Thursday, January 22, 2009
Mengapa dengan tulang kepala lutut aku ni ek? Asal malam jek, mesti rasa sengal. Asal rasa sengal jek, mesti malam. Kadang-kadang tahap kesengalan ni begitu menyakitkan sehingga ada ketikanya aku rasa macam nak chopp chopp jek tulang kepala lutut aku ni dengan kapak. Senang! Habis semua kesengalan tu hilang. huh!

(Sengal hilang, kaki pun hilang dik oiii!!!)

Jangan risau, aku takkan buat begitu. Tu hanya khayalan nakal aku jek. Heh!

Mungkin Dia nak sedarkan aku jugak kut, dah tua aku ni. Sebab tu la tulang kepala lutut aku ni selalu jek Dia kasi sengal-sengal sikit. Redha jek..... sakit tu kan Dia yang kasi. Tapi macam mana yer, nak hilangkan kesengalan tu? Dah letak minyak panas apa bagai dah, tapi still....adehhh sengalllnyer. Ada sesiapa ada petua dak?

p/s: Selain sengal, ada possibiliti dak tulang kepala lutut aku ni jadi sengau? erkkk...

Till then..

WaAllahualam
Wasalam..

Pagar Dan Kambing Yang Sakit..

Wednesday, January 21, 2009
Lunch time, time matahari tengah straight terpacak atas kepala, time tu la kami semua keluar dari 'kotak beku' ni untuk mencari sesuap nasi. Keluar aje, terus rasa panas yang amat. Darah yang dari tadi agak 'beku' apabila berada di dalam 'kotak beku' terus mula nak mendidih apabila dihempap panas terik mentari. Huh! Impaknya... patut arr sekarang senang benor aku rasa nak kene serang dek selsema dan sakit tekak.

Sememangnya dalam hidup, kita tak sepatutnya berubah secara drastik. Pasti akan ada implikasinya. Pasti akan ada sedikit kesan negatifnya. Samalah juga perumpamaannya jika besi yang sedang panas, dicelup air sejuk. Habis rosak segala ion ion besi. Eh, betul ke apa yang aku bicara pasal besi ni? (Orang Bukit Besi, tolong betulkan kalau aku salah yer! uhuh)

Begitulah juga halnya dengan perlaksanaan hukum hudud. Maafkan aku kerana aku amat kurang ilmu agama jika mahu membicarakan soal hukum hudud ini lebih lanjut. Apatah lagi hukum Allah ini mana boleh sewenang-wenangnya kita bicarakan atau perkatakan jika kita tiada ilmu mengenainya. Takut terjadinya kufur. Cuma apa yang aku ingin sampaikan pemahaman Incik Khairi mengenai hukum hudud yang beliau baca dari buku Yusuf Qhardawi.

Hudud ni umpama pagar, atau penjaga agar orang Muslim tidak dicemari penyakit hati, penyakit batiniah manusiawi. Sebagai contoh, membuat pagar dan menyembuhkan 100 ekor kambing yang sakit. Yang mana satu patut kita utamakan. Pagar, atau kambing yang sakit? Wajib di buat kedua-dua. Sudah pastilah menyembuhkan kambing-kambing yang sakit itu menjadi prioriti kerana kalau kambing itu mati, apa gunanya pagar. Iyer dak?

Jadi keutamaannya jelas, sembuhkan dulu penyakit hati-hati muslim. Dan kemudian barulah hudud itu diperkenal berperingkat-peringkat. Bukan secara drastik. InsyaAllah, jika orang sudah nampak kebaikan dan kecantikan hukum ciptaan Allah itu sendiri, sedikit demi sedikit, aku yakin semua orang boleh terima sama ada orang Islam atau bukan Islam.

Cuma, aku agak sedih bila orang Islam sendiri menakut-nakutkan orang bukan islam tentang hukum hudud ni. Media massa, kadang kala setiap hari memainkan isu Hukum hudud yang sekaligus memberi gambaran kepada semua dan kepada orang bukan Islam khususnya betapa hukum hudud ini tidak patut sama sekali dilaksanakan!

Apa salahnya, jika media massa pun sama-sama memainkan peranan, cuba menyebarkan kebaikan, kecantikan dan kebenaran tentang hukum Allah ni. InsyaAllah, jika kita buat satu benda secara berhikmah dan bersungguh-sungguh, lama-lama akan berhasil!!

Tapi cukup menyedihkan..... tengok lah keadaan sekarang, usaha negara kita ke arah itu langsung tiada. Bahkan menghentam pulak pihak yang cuba memperjuangkannya. Dan ada juga yang menghentam hukum Allah itu pulak orang Islam sendiri!! Aduhhhhhhhhhh......

Aku tahu, melaksanakan hudud itu bukannya senang. Tapi at least, sama-sama kita menyokong usaha ke arah itu. Sama-sama kita cuba mendaki tangga ke arah itu. Itu lah sebaik-baiknya daripada tidak mendaki langsung. Kan??

p/s: Nape entah hari ni leh tergerak hati nak tulis pasal hudud ni..huh!

Till then.

WaAllahualam
Wasalam.

Menang dan Dakwah..

Tuesday, January 20, 2009
"Di saat-saat kita mengecap kemenangan kita mesti berbuat baik dengan musuh yang telah kita kalahkan. Ucapkanlah kata-kata yang baik...Itulah dakwah.

"Allahuakbar!!...

-Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan-


Kekasih..

"Hah! Kak Nor senyum sorang-sorang baca message, ni mesti kekasih Kak Nor bagi message", Huda adik aku yang baru masuk darjah 1.

"Kekasih? Kekasih tu apa Huda?", aku

"Tak tau", dia

"Habis yang Huda pandai sebut kekasih tu", aku

"Huda tengok dalam tv, bila kekasih dia bagi message dia senyum jek baca", dia

huh!

Tv punya pasal, pandai pulak dier yer...

p/s: Kak Nor mana ada kekasih la dik, eheh!

Till then.

WaAllahualam
Wasalam.

Mendaki Tangga-Tangga..

Sunday, January 18, 2009

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU:

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi

Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi.

Calon bebas pula mendapat 193 undi.

Majoriti 2,631 undi

Alhamdulillah, dengan berita kemenangan calon PAS ini, maka pihak pembangkang menambah satu lagi kerusi di Parlimen manakala pihak BN kehilangan satu kerusi.

Sebelum ni, aku perhatikan pelbagai isu yang diputar belit oleh media BN. Rakyat dijanji dengan pelbagai bentuk pembangunan fizikal, ditabur dengan jutaan wang ringgit. Namun majoriti rakyat Kuala Terengganu tidak termakan janji-janji manis BN. Majoriti rakyat Kuala Terengganu tidak bodoh dengan manipulasi berita dari kebanyakan media yang terlalu berat sebelah! Dicanangnya seluruh negara seolah-olah calon BN sudah menang! Syukur,majoriti rakyat Kuala Terengganu masih tahu menilai mana satu batu dan mana satu permata, alhamdulillah..

Masih terdengar-dengar kata-kata Makcik Ketua Wanita umNO bahagian Kuala Terengganu, 'PAS dok rok cetong'. Malas nak ungkit, tapi makcik tengok lah sapa yang 'dok rok' sekarang ni. huh! ( Ceh, kira aku ungkit jugak la ni kan? eheh)

Kepada PAS, jangan terlalu leka dibuai kemenangan, sesungguhnya kemenangan ini juga merupakan ujian. Masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan. Masih banyak lagi tangga-tangga yang perlu didaki untuk menuju matlamat membina sebuah daulah Islamiyah. InsyaAllah moga segala usaha ke arah itu sentiasa dipermudahkan Allah. Takbir!!!

p/s: Malam ni dah nak kene balik Putrajaya..Aduhhh..malasnyer...

Till then..

WaAllahualam
Wasalam.

Serah..

Saturday, January 17, 2009
Mengundi sudah..
Berkempen pun hampir sudah..

Segala-galanya berserah kepadaNya..
Kerana hanya Dia yang Maha Menentu..

p/s: Tak sabar menunggu keputusan...

Till then

WaAllahualam
Wasalam..

Kempen..

Thursday, January 15, 2009
Sapa la yang pi letak bendera 'biru' depan rumah aku nih.. besar pulak tuh!

Bendera 'hijau' kecik jek..

haihhhh...

p/s: Nak psiko kitaorang agar nampak 'biru' la nih... heh! Tapi..sori lar...untuk aku, 'hijau' lagi menawan hati! huh!

Till then..

WaAllahualam
Wasalam..

Semangat..

Wednesday, January 14, 2009
Tahun 2009, baru jek dua minggu menyapa diri, tapi disebabkan begitu banyak perkara dan kejadian yang berlaku dalam dua minggu di tahun baru ni, membuatkan aku tertanya sendiri "sudah berada di akhir tahun 2009 kah aku ni?" huh!

Abaikan hal akhir tahun 2009, kerana realitinya hanya Dia yang tahu sama ada kita masih punyai umur untuk sampai ke waktu itu atau tidak. Manusia hanya mampu merancang. Namun segala-galanya Dia yang tentukan.

Begitu juga dengan kisah saudara seagama kita di Palestine. Segala yang berlaku, semuanya dalam pengetahuanNya. Dia Maha Tahu apa yang tidak kita ketahui. Dia yang Maha Tahu hikmah di sebalik kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung mereka. Cuba baca entry ni, entry dari Incik Khairi. (khairi, kasi promote sket eh? eheh). Sesuatu yang patut kita fikirkan bersama. Dan ada sesuatu yang patut kita ubah! Iaitu diri kita! Masyarakat kita!

Anyhoo( spt kata Mas) , malam ni aku akan pulang ke kampung. Pulang untuk menunaikan kewajipan aku sebagai seorang pengundi pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada hari Sabtu ni. Walaupun ada kedengaran suara yang mengatakan pilihanraya kecil ni tidak penting, tak payah la bersusah payah ambil cuti apa bagai untuk balik kampung, tapi tidak bagi aku!

Selagi aku diberi keizinanNya untuk pulang, aku tetap akan pulang. Walaupun tidak penting bagi mereka, walaupun kecil bagi mereka, tapi bagi aku, yang kecil itu lah penentu kepada yang besar. Satu lagi, dah nama pun perjuangan, mana ada istilah tidak penting! Mana ada istilah kecil! Uhuh.... semangat kan aku? Jangan semangat 46 dah! heh!

Harap-harap, jangan la ada apa-apa masalah dalam perjalanan aku nanti. Ada member aku kat sana bagitau, polis kat merata-rata tempat duk buat road block. Tapi bukannya aku buat salah apa kan? Buat apa aku nak takut. Dan bukannya aku pengundi hantu pun. Jangan polis-polis tu ingat aku ni pengundi hantu dah la..eheh..

"Tumpang lalu yer pak polisi, mau pulang ke kampung ini. Mau buat itu pangkah dekat itu bulan."

heh!

p/s: Doakan aku selamat pergi dan pulang eh. InsyaAllah, kalau ada apa-apa apdet menarik tentang pilihanraya 'tiny' ni, aku akan apdet.

Till then...

WaAllahualam
Wasalam..

Penyelamat..

Tuesday, January 13, 2009
Ingatlah wahai saudara saudariku sekalian, hanya Allah swt yang boleh menjadi penyelamat manusia di dunia mahupun di akhirat. Bukan barisan nasional. Bukan parti islam semalaysia. Bukan parti keadilan rakyat. Bukan Pak Lah. Bukan Tuan Guru Nik Aziz. Bukan sesiapa. Hanya Allah.

Sekian, sekadar peringatan untuk aku dan juga untuk semua.

WaAllahualam
Wasalam.

Semangat Yang Hilang..

Monday, January 12, 2009
Template dah baru. Patutnya aku kene ada semangat baru untuk membenarkan jemari terus mengetuk-ngetuk keyboard ni supaya dapat menghasilkan entry baru. Tapi....nape entah, semangat mengetuk-ngetuk tu hilang pulak malam ni.......tiba-tiba jek.

Nampaknya aku kene cari dulu la semangat itu...

Sehingga semangat yang hilang itu dijumpai..

SEMARAK IMPIAN SEGUNUNG HARAPAN DI PULANG
USAHLAH DIRAGUKAN KEUPAYAAN DIRI
HATI YANG MEMBARA MENGIKUTKAN KATA APA
JAWABANNYA DISINI SEMANGAT KITA YANG HILANG

SEMANGAT YANG HILANG
OH…KITA CARI PULANG

MALU BERTANYA KAWAN SESAT CARI JALAN PULANG
BIAR IA TERKESAN DI LUBUK HATI TERBENAM

WaAllahualam
Wasalam.

Kenapa Cikgu?

Sunday, January 11, 2009
Alhamdulillah walaupun sudah lebih 2 tahun aku bersara sebagai cikgu sementara, tapi ada juga bekas anak-anak didik aku yang masih lagi bertanya khabar aku sekarang ni, tak kurang juga yang menyepi. Alah tak kisah la tuh. Tapi yang pasti pada mereka, panggilan 'cikgu Afida' itu kekal di bibir mereka sampai sekarang walaupun hakikatnya aku bukan lah seorang cikgu:(

Apa pun, jadi cikgu tu, tugasnya nampak mudah. Tapi tanggungjawab yang terpaksa dipikul amatlah payah. Mendidik anak bangsa. Mulia sungguh tugas tersebut. Tambah lagi, jika seramai-ramai insan yang diajar itu mendoakan kesejahteraan cikgu tersebut di dunia dan akhirat. MasyaAllah, betapa hebatnya kerja sebagai seorang pendidik ni.

Cikgu juga dikurniakan cuti yang sangat banyak dalam setahun!!!

Tidak hairan lah mengapa sekarang ni begitu ramai anak teruna yang memilih cikgu untuk dijadikan suri rumah tangga mereka. Kan? Kan?

p/s: Kalau anak teruna memilih cikgu... anak dara nak pilih sape lak ek untuk dijadikan sura rumah tangga mereka?wink* wink*.... Tapi anak dara boleh pilih memilih ker? erkkkk

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

PAS Dok Rok Cetong??

Friday, January 09, 2009
Tinggalkan sebentar perihal xxx. Tinggalkan sebentar perihal sakit. Tinggalkan sebentar perihal kerja. Tinggalkan sebentar perihal kawan-kawan. Tinggalkan sebentar perihal cinta. Tinggalkan ... tinggalkan buat sementara...

Buat masa sekarang, aku cuma ada segunung semangat itu. Semangat balik kampung. Semangat mengundi. Semangat perjuangan. Semangat membuat X di kertas undi. Semangat apakah lagi?............ Semangat PAS for All..erkk...

Tengah-tengah dikelilingi semangat-semangat itu, tiba-tiba rasa nak ketawa berdekah-dekah pulak apabila teringatkan slot Buletin Utama semalam perihal Pilihanraya kecik Kuala Terengganu ni, rasa geli hati apabila aku dengar komen seorang makcik yang juga merupakan ketua wanita umno bahagian Kuala Terengganu kalau tak silap. Apa katanya apabila wartawan meminta beliau komen tentang PAS.

"PAS dok rok cetong!"

Haaaa... kalau 'dok rok cetong', aku rasa komen itu layak diberi kepada Tok Maimun. kan kan? Ampun Tok.... Kalau nak label PAS sebagai dok rok cetong, makcik silap la makcik. Tu komen kanak-kanak ribena. Komen mereka yang tidak matang. Komen mereka yang tidak berpijak di bumi nyata. Rasanya komen tu tidak layak keluar dari mulut seorang makcik apatah lagi mulut seorang Ketua Wanita UMNO bahagian. Kalau kasi komen yang mantap sikit okay kut. Boleh diterima akai. Ni.... erkk...whatever~

Alhamdulillah, Tom Maimun tak bertanding. Kalau tidak.... kacau undi jek la Tokkk... erkk..

Apa pun, berkobar-kobar rasanya keinginan untuk berada di kampung sekarang ni. Untuk sama-sama berkempen, sama-sama merasa tawar manis pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu yang bakal tiba tidak lama lagi. InsyaAllah, tiada aral melintang patah membujur lalu aku akan pulang minggu depan. Wajibbb!!!

Aku nak pastikan "PAS dok rok cetong" tu hanya sekadar kata-kata yang keluar dari mulut makcik tu. Cukup hanya di situ. Yer, aku nak pastikan itu... tunggu yer makcik! Harap fair play la kali ni, takde yang main 'ngelat'.

Cam berkempen lak aku kat sini. Hahahaha, apa-apa jek la. Sapa lagi nak balik Terengganu??

Jom kita balik...erkkk.

p/s: Menang kalah itu, semuanya Allah yang tentukan. Yang penting.... berjuang dulu! Allahuakbar!!!

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Pelangi Itu Indah..

Thursday, January 08, 2009
Entah kenapa sejak dua menjak ni tensi itu rajin benor datang menyapa. Kalau setakat say 'hi' tu mungkin aku tidak akan ambil kisah. Tapi ni siap bertapa dan siap bertempet lagi kat sebelah ni. Haihh... Tapi bukanlah tensi sesangat pun, cuma aku rasa aku ni cepat gugup. Cepat kalut. Cepat rasa berdebar-debar. Cepat cuak..huh!

Hari Sabtu baru ni, aku pergi buat second follow up appointment dengan doktor kat Pusrawi. Laporan perubatan menunjukkan aku ada erkk... abaikan je la. Nanti dah sampai masanya aku citer eh. (Nampaknya Khairi kene tarik balik la ucapan tahniah buat saya hari tu kerana menjadi orang sihat, saya bukan orangnya Khairi... huhuhu). Kadang-kadang, bila fikir pasal ni, buat aku jadi takut, cuak, tensi. Namun aku tahu, setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

"Sabar Fida, sabar.... Dia nak uji sikit jek ni..", dia.

Semalam pulak, aku dapat berita perletakan jawatan CEO merangkap pengasas kampeni xxx ni. Terkejut tu memang la terkejut, dan sampai sekarang pun, aku masih lagi tertanya-tanya macam mana la dia sanggup lari meninggalkan rumah sendiri yang sudah lama di bina. Dan yang paling mengejutkan kes penipuan dia berkenaan angka-angka keuntungan yang begitu...wowww. Patut la awal-awal aku masuk kampeni xxx ni aku agak sangsi dengan kemantapan yang didakwa. Yang aku tak boleh terima, kampeni xxx ni mendakwa dia lebih mantap dari Infosys. Well... now you see who's the real mantapp!

Hari ni 2 kali masuk board meeting room gara-gara resignation tu. Alhamdulillah, projek 'pecah penjara' yang sedang kami usahakan sekarang ni still on. Client still expect the delivery. Kata 'orang besar' lagi, kami didakwa memang secure. Gaji pun secure. Customer masih confident, memandangkan kampenih xxx ni memang dah establish across the globe bla bla bla. Dakwa mereka la...Dan kerja harus diteruskan macam biasa dan tak perlu gusar atau risau.

Aku tak risau ker? Aku tak cuak ker? erkk..

Arghhh....pasti ada manis yang terselindung di sebalik pahit maung kejadian ni.

"Sabar Fida, sabar.... Dia nak uji sikit jek ni..", dia.

p/s: Pelangi itu indah kan? Tapi keindahan tu hanya untuk sementara. Perginya mentari, sudah pasti pelangi akan ikut pergi sama,. Tapi pelangi tu pasti akan muncul lagi... Kehidupan ni, umpama pelangikah? erkk...

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Cemburu Yang Haru..

Wednesday, January 07, 2009
Masa kecik-kecik, aku pernah rasa cemburu. Cemburu bila mana tengok mak ayah aku asyik duk layan adik bongsu aku yang baby waktu tu. Ye la, aku tau mak ayah aku tak pernah bezakan kasih- sayang anak-anak. Tapi entah.... rasa itu datang tetiba. Tu waktu aku kecik-kecik arr. Tapi bila aku dah semakin besar, semakin aku mengerti yang anak-anak taraf baby ni perlukan perhatian yang lebih dari dari anak-anak yang taraf dewasa. heh!

Tapi aku takde la nak pergi hempuk adik aku yang taraf baby tu disebabkan perasaan cemburu aku waktu tu. Macam aku tengok ada anak-anak sepupu aku, yang cemburu dengan kedatangan adik 'baru', bila tiada orang perasan, dihempuknya baby tu, dicubit-cubitnya tangan baby yang lembik itu, cemburu punya pasal. Seolah, bila dia buat macam tu, dia puas hati tengok adik baby dia duk nangis-nangis kesakitan. Kesian baby...Kalau la baby tu boleh berkata-kata...

"Abang jangan buat macam ni kat baby..baby sakit.. baby tak bersalah abang. Tolong baby abang. Kasihanilah baby"

Tu tangis kalau dihempuk dan dicubit-cubit manja. Apa pula tangisan insan bergelar baby ni kalau peluru sebenar menembusi segenap tubuh kecik mereka. Apa pula rintih mereka jika batu sebesar bangunan menghempap diri mereka yang tiada daya. Sakitnya mereka. Deritanya mereka hanya Allah yang Maha Tahu. Akan tetapi mereka amat bertuah, kecil-kecil lagi sudah dipilih sebagai syuhada' dan InsyaAllah syurga pasti menanti mereka di 'sana'. (cemburunya aku pada mereka)

Ya Allah berilah kekuatan kepada umat Islam di Palestine. Berilah kemenangan ke atas umat Islam dalam menentang yahudi laknatullah itu...

INTERMISSION..
p/s: Sudah 2 hari aku tengok Cik Biru asyik bertempet jek dengan Incik Hitam. Cemburunya aku. Apa patut aku buat eh? erkk..

Until next entry..

WaAllahualam.
Wasalam.

Andai Aku Di Tempatmu

Tuesday, January 06, 2009
Bergenang air di kelopak mata ini bila diberitahu berita tentang seorang kawan kepada adik aku yang menderita kerana tumor otak. Aku pernah mengenalinya kerana dia juga belajar di Universiti yang sama. Malah agak rapat kerana dulu dia seringkali bermalam di rumah keluarga aku tatkala ada program, aktiviti atau urusan yang terpaksa diuruskannya bersama adik aku.

"Kak Nor... bole tahe deh lauk Kak Nor masok ni, sedak jugok", mesranya dia dengan dialek Kelantannya suatu masa dulu.

Kini, dia terlantar sakit di rumahnya. Dia sudah terlalu sakit. Segala-galanya amat payah baginya. Bayyi, kenapa engkau yang dipilih Tuhan untuk memikul ujian ini? Andai ditakdirkan Kak Nor di tempatmu Bayyi, apakah kak Nor bisa jadi setabah mu dalam menghadapi ujian yang amat hebat ni?

Ya Allah, Kau sembuhkanlah Bayyi Ya Allah... Kau kembalikan lah senyum tawa yang pernah terukir di wajahnya suatu ketika dulu ya Allah...

Aku mohon ya Allah..
Aku mohonnn..

Buang..

Monday, January 05, 2009
Makin dibuang, makin dia datang bertempet. Makin di halau, makin dia datang menjengah, saban saat dan waktu. Harus...apa lagi yang bisa aku lakukan?

Membunuh dia? owhh sudah pasti aku juga yang akan sengsara.
Membiarkan aje? Masalahnya aku rimas dengan getar itu...

Jadi??

Jom kita panjat bulan. Kita petik bintang...Mau?

erkk...

Lain Yang Dirisik, Lain Yang Dilamar..

Sunday, January 04, 2009
Berkawanlah dengan buku..
Bercintalah dengan ilmu..

Berkahwin pulak dengan apa ek? erkk... abaikan...

Akhir bulan lepas, aku ke Alamanda. Tempat membeli belah paling dekat untuk aku kunjungi sepanjang aku bermastautin di sini. Dan kalau aku ke sana, tak sah kalau aku tak jejakkan kaki ke MPH. Biar hanya sekadar masuk untuk meninjau-ninjau. Kadang-kadang memang ada hajat untuk dilepaskan di MPH tu.(Ni bukan 'hajat' nak buang air besar air kecil yer! eheh). Dan kadang-kadang, biar tiada hajat sekalipun, tapi kaki masih tetap nak berpijak kat dalam tu. Nape entah..

Tapi hari tu, hati ni sangatlah berkenan dekat 'Kite Runner' novel hebat hasil karya Khaled Hosseini. Dah tengok movie 'Kite Runner' tu, tapi tak sempat habis. Nama pun akhir bulan, budget pun ciput jek yang tinggal. Budget buku untuk bulan tu pulak dah melayang untuk Salju Sakinah, huhuhu.

"Okay lah, ni dah risik. Bulan depan la aku datang lamar", bisik hati.

Tiba-tiba dalam proses nak melamar tu, tup tup tup.. hari ni aku mendapat parcel dari seorang teman merangkap x-housemate yang sedang berbahagia di Kota Singa. erkk.

Owhh sungguh teruja aku dibuatnya. It's 'Kite Runner'!!! Dia hadiahkan aku 'Kite Runner'. Dan bukan saja 'Kite Runner' yang dihadiahkannya, tapi 'A Thousand Splendid Suns' sekali. Juga karya Khaled Hosseini!! Terima kasih Halimahh!! Terima kasih sangat-sangat. Tatau nak cakap apa dah.

Terima kasih rautkan lidi. Lain kali kasi hadiah lagi..eheh.

p/s: Macam mana dengan 'Kite Runner' yang aku risik kat MPH tu ek? Gamak-gamaknya dia marah dak aku dah lamar 'Kite Runner' yang lain ni ? erkkk..

Until next entry.

WaAllahualam
Wasalam.

Incik Muspa Mengganas Lagi!!. Erkk..

Friday, January 02, 2009
Ni dah kali ke berapa entah aku ditag oleh Incik Muspa, bakal bapa yang inginkan bakal anaknya pandai menendang bola..erkk..

Tajuknya 16 perkara rawak.
Syarat dan peraturan:

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

* * *Okey, let's begin* * *

1. Aku anak sulung dalam keluarga, tapi kalau ada orang tak kenal dengan famili aku mesti orang tak sangka aku ni anak sulung, sebab adik-adik aku disyaki lagi matured dari aku..erkk.

2. Aku terlalu gilakan kuah sup atau kuah tomyam. Sehinggakan bila makan dengan sesiapa yang punyai sup, tapi dia tidak mengofferkan aku kuah supnya, aku dengan tidak malunya akan meminta sedikit dari beliau.. (Sah takde orang dah nak makan dengan aku lepas ni, heee)

3. Aku sangat berahsia orangnya. Aku rasa la, erkk. (Dari dulu aku praktik jadi orang yang berahsia sebab berangan nak kerja dengan agency perisik, heh!)

4. Jika aku keluar dengan adik bongsu aku yang umur 6 tahun, ramai yang menyangka dia itu anak aku. Dah nampak macam mak-mak orang kut aku nih! erkkk ( Kak, anak akak ni umur berapa tahun? Saya rasa buku ni sesuai untuk anak akak ni, bla bla bla, haihhh)

5. Aku tak suka tengok orang lelaki merokok. Tapi aku lagi benci kalau tengok lelaki yang tak pergi solat jumaat. erkk.. Harap-harap kawan-kawan lelaki aku takde la yang ponteng jumaat. Takde kan? kan?

6. Dulu aku hantu matematik dan agak pandai dalam matematik (errkkk, perasan!). Kalau sehari aku tak buat latihan matematik, aku tak boleh tidur malam. Cikgu matematik time aku darjah 6 pernah berjanji dengan anak murid dia masa awal tahun, sape yang dapat 100% dalam apa jua test mate, dia kasi seringgit. Dah berapa puluh ringgit dah aku rasa aku dapat dari dia tahun tu. Tahun lepas tu dia bersyukur, sebab dia tak ajar aku lagi dah..harharharhar.

7. Aku ni sangat setia orangnya. (iyo la tuh!). Betul aku tak tipu! salah satu buktinya; hati ini masih setia pada yang satu tu lagi, dari dulu sampai sekarangg..haihhhhh. Owhh Incik Kembang dan hitam..erkkk..

8. Aku pernah cedera akibat mercun masa kecik dulu. Tapi bukan salah aku, sebab aku hanya melihat jiran-jiran aku bermain mercun-mercun itu. Tiba-tiba mercun itu meluru ke arah aku, terkena batang tengkuk aku. Panas dan pedih rasanya, habis rambut aku kat bawah tu terbakar sedikit. Masa tu aku berumur 6 tahun kut. Ingat-ingat lupa dah. harharharhar, cuma yang masih aku ingat, bau rambut aku yang terbakar sedikit tu. Erkk...

9. Bila bangun pagi, aku suka sengih sorang-sorang bila teringatkan mimpi yang agak indah dan agak merapu malamnya tu. Jika mimpikan yang indah-indah arr. Jika mimpi tak indah..erkk..

10. Dulu, waktu awal-awal dapat lesen, aku ketagih nak drive. Pantang dengar mak aku nak gi mana-mana, mesti offer nak jadi driver. Tapi sekarang, bila dah hari-hari terpaksa drive gi keje balik kerja, balik kampung balik bandar apa bagai, rasa macam malasnya nak drive. Kan best kalau ada personal driver! eheh.

11. Nape entah aku suka layan nasyid fm dan ikim sekrang nih, erkk..

12. Aku tak pakai seluar jeans dan takkan pakai jeans. Cuma aku ada sehelai baju yang diperbuat daripada kain jeans. Kira aku pakai jeans jugak la kan? erkkk

13. Aku rasa aku seorang yang amat sabar. heh!

14. Aku lebih pandai memasak dari menjahit. Kalau ada orang suruh aku jahit baju kurung, atau apa-apa saja baju, sah fail! Tapi kalau ada orang suruh aku masak, insyaAllah lulus kut, walaupun tak cemerlang. heeeee

15. Aku rasa aku makin kurus (perasaan), sebab kain kurung aku dah makin longgar rasanya lar.. (perasan lagik!)

16. Aku suka buat-buat tabah walaupun pada hakikatnya aku bukan seorang yang tabah. Tapi bila dibuat-buat tu, aku jadi tabah betul-betul pulak..erkkk. ( Hairan sungguh!)

16 bayi seterusnya. Erkk kene panggil bayi ke Mus? huh!
1. Kay
7. Wan
8. Yus
10. Noli
14. Edot
15. Haedir
16. Hid..

erkk.. Kalau ada masa terluang, buat eh kengkawan..heeeeee

Sekian citer tag kali ni.

WaAllahualam
Wasalam.

Sensei... Mantap!!

Thursday, January 01, 2009
Waktu zaman U dulu, aku pernah digelar mantap. Mungkin kerana 'mantap' itu merupakan ucapan yang biasa keluar dari mulut aku tatkala berhadapan dengan suatu perkara yang mantap..erkk.

Tapi aku takde la semantap seperti yang diwar-warkan. Aku hanya manusia biasa yang serba kurang, serba tidak sempurna, serba memerlukan...dan pelbagai lagi lah serbanya. Ini realiti! Serius aku tak tipu.

Ada juga teman yang menggelarkan aku sensei. Bila digabungkan jadilah 'Sensei Mantap', haihhh, nak kata aku ni power dalam study, aku rasa tidak. Nak kata aku ni pandai mengajar orang sehingga digelar sensei, pun tidak. Aku pun tidak mengerti kenapa aku mendapat gelaran tersebut, macam tak layak jek. heh!

Namun aku terima segala gelaran itu dengan hati terbuka. Gelaran pun, boleh dikira sebagai doa jugak kan? Moga suatu hari nanti aku bisa menjadi sensei yang mantap seperti yang mereka katakan. InsyaAllah.

Cuma yang aku tahu, waktu muda remaja dulu time duk layan Naruto, aku minat kat Kakashi Sensei..heeeeee

p/s: Apa yang trigger aku buat entry pasal ni ek? (berfikir). Ni mesti pasal perjumpaan tengah hari tadi kat Taman Warisan. erkk...gagagaga

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

Hebatnya.

Hebat rupanya ujian Allah pada aku tatkala hidup melangkah ke tahun 2009 ni. Hebat kerana Dia membenarkan diri ini bernafas lagi. Hebat kerana Dia mengizinkan jantung ini berdegup seperti biasa lagi, dan hebat kerana Dialah juga yang menyebabkan hati ini 'bernyawa' kembali. Maha Kuasa Allah... hidup dan matiku hanya keranaMu..

Malam tahun baru 2009, seperti tahun-tahun sudah, aku hanya stay kat rumah. Kadang-kadang layan tv, kadang-kadang layan lappy, kadang-kadang layan buku., erkk, it depends.

Entah kenapa rancangan tv sebentar tadi langsung tidak memukau minat untuk menonton lebih lama. Konsert..konsert..konsert.. Aku benci tengok konsert. Bosan. Entah kenapa tradisi di Malaysia, asal nak sambut je tahun baru, pasti dengan konsert. Asal nak sambut jek merdeka ke apa ke, mesti berkonsert. Seolah konsert itu sudah sinonim dengan apa jua acara. Tiada konsert, maka tidak sah jadinya acara itu. Kan?

Dengan saudara seislam kita di Palestin menyambut tahun baru bermandi darah dan air mata. Kita di sini beriang ria bersorak gempita dengan konsert dan hiburan. Jika difikir-fikirkan seolah negara kita tidak ada tempias langsung dengan apa yang telah berlaku di sana. Betapa bahagianya kita di sini. Betapa bahagianya... (membebel lak dia ni memalam, haihhh)


Whatever..Owhh ye, tahun baru sudah hampir 2 jam menyapa diri. But my new year resolution for 2009, still undefined. Bile entah nak define. Let it be then.

Apa pun, salam 1430H, salam 2009 untuk semua. Moga kita semua menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan, dan juga menjadi hambaNya yang tabah dalam menghadapi segala ujian dan dugaan dalam kehidupan yang sementara ini.

Semoga Allah sentiasa membantu umat Islam di Palestin.

"Allahu man'sur mujahiddin fii palestin.."
"Allahu man'sur mujahiddin fii palestin.."
"Allahu man'sur mujahiddin fii palestin.."

Until then.

WaAllahualam
Wasalam.

 

Browse