Senyum Dalam Rintih

Wednesday, October 08, 2008
Kehidupan di sini..
Bukan suatu khayalan..
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
..

FarEast dalam lagunya Menanti Di Barzakh

Lagu-lagu raya sudah tidak kedengaran di corong telinga aku hari ni walaupun bulan Syawal baru masuk hari ke lapan. Tiada mood nak dengar lagu raya, kata aku. Nanti-nanti la aku dengar. Akan tetapi, suasana raya di kampung masih lagi di ingatan. Sanak saudara, teman-teman yang datang beraya masih lagi terbayang-bayang riuh rendah suasana apabila semuanya berjumpa. Bestnya raya...Raya tahun ni aku rasa sedikit perbezaan dari tahun lepas. Tang mana yang beza tu, aku tak berapa nak sure. Tapi ada la kut bezanya.

Hangat pelukan ayah dan bonda semalam masih lagi jelas terasa. Ya Allah...betapa aku rindukan mereka. Betapa aku dambakan saat bersama mereka. Betapa aku... ingin menatap kedua wajah mereka setiap detik dan waktu. Tapi apakan daya aku. Menangis, mengharap,merintih sekalipun... aku dah berada di sini, dan mereka jauh di kampung sana...... apa lagi yang mampu aku lakukan selain mendoakan kesejahteraan mereka.

Hari ni first time mai opis selepas seminggu lebih bercuti di kampung sempena aidilfitri. Terasa kemalasan dan keberatan yang amat untuk datang bekerja. Tapi tadi time aku menjejakkan kaki di opis ni, riuh rendah, gelak tawa kawan-kawan meredakan sedikit kemalasan dan meringankan sedikit keberatan itu. Nasib baik ada kawan-kawan yang tolong mengubat rasa rindu, ada senyum tawa yang boleh membuatkan diri ini lupa sebentar akan kampung halaman. At least untuk sebentar...

"Dua tiga hari lagi okay la tuh", dia

p/s: Selamat Tinggal Pak Lah... Pak Lah baru sedar dari tido tu. Izinkan hamba masuk beradu la plak. Selamat Malam semua dan Selamat pagi Pak Lah..gagagagaga

WaAllahualam

Wasalam...

9 comments:

Husna said...

jom akak kita masuk tido..biar pak lah brjaga plak sbb dia dh 'cukup' tido..kehkehkeh

AL-BIMA SAKTI said...

salam cik afida,

rinduku jua turut terasa
namun apakan daya...

selamat kembali bekerja...

Afida Anuar said...

Nhusna--> Jom jom..ngeee....

Al-Bima Sakti--> Salam Incik Al-Bima.. At least kita dikurniakan perasaan rindu itu. Walaupun kadang-kadang terpaksa diiringi dengan air mata, tp perasaan rindukan orang tua itu cukup indah. ohh...
Selamat kembali bekerja juga:)

diana abdullah said...

jgn jeles fida..pg ni dpt lagi memeluk mak den..ngeh3..:-P

saizulhafiz said...

haha..kalo keadaan opis xde keje baik smbg cuti lagi kan.beraya sakan namanye

Anonymous said...

dlm ramai2 beraya, takde yg terpaut di hati ke hihi

Afida Anuar said...

Diey-->tak jeles pun diey... den pun peluk mak den gak tiap2 kali balik kg:D

Saizul-->haha itu la.. jom beraye lagi.. nampak de orang bawak kuih raye ari ni..ngeee

Khairi-->hahaha...ada la sorang tu.. tp terpaut kejap jek..gagagagaga

Khairi Mohd said...

alah yg terpaut sekejap itulah namanya cinta monyet, berpaut di situ dan sini dari satu dahan ke dahan yg lain bergayut mencari pisang hehehehe..

Semoga dipermudahkan urusan dan chemical untuk menemui cinta sejati insyaAllah.

Afida Anuar said...

Monyet yang mencari pisang..kuikuikui..

InsyaAllah moga dipermudahkan misi itu aminnn...

p/s: Teringin nk makan pisang la plak..gagagagaga.

 

Browse