Cerita Tentang Milo Panas...

Thursday, October 30, 2008
Air milo panas bercampur sedikit serbuk kopi yang diisi dalam mug bercap FedEx Express di sebelah inspironnya masih lagi tidak disentuh. Dibiarkan asap panas dari air separa manis itu tenggelam dalam dinginnya aircond opis. Yer, opisnya memang dingin. Dingin yang tahap mencengkam tulang-belulangnya. Kadang-kadang dia konpius dengan kedinginan yang begitu melampau yang sampai tahap beku. Dia ni berada di Malaysiakah? atau di Kutub Utara sebenarnya, hurmmm. Heh! Kutub Utara pun tak pernah dijejakinya. Masakan dia boleh tahu kedinginan itu tarafnya dingin Kutub Utara. Dia ada sixth sense kut!

Dia begitu ralik dengan kerja-kerja di hadapan screen 12 inci ciptaan DELL itu. Satu demi satu tetingkap dibuka dan kadang-kadang ditutup. Nasib baik dia mendapat bantuan daripada processor cap INTEL yang mantap. Betul-betul membantunya bekerja lebih pantas dan tangkas. Katanya kembar dua processornya itu. Tapi tidak pula diberitahu kembar itu kembar siam atau kembar biasa-biasa. Nanti la, dia pastikan.

Kedua-dua belah tangannya begitu pantas dan ralik menari-nari di atas keyboard nipis kaler silver atau lebih tepat lagi kaler perak. Sungguh penat kata kedua-dua belah tangannya,tapi langsung tidak diendahkan. Dia perlu siapkan kerjanya itu. Pukul 5 petang wajib dihantar. Itu kata muktamad dari bosnya.

Tick tock, tick tock.... 10 minit sudah berlalu sejak air milo panas bercampur sedikit serbuk kopi itu diletakkan di sebelah inspironnya. Air milo panas bercampur sedikit serbuk kopi itu pun sudah tidak lagi boleh digelar panas. Sudah sejuk, tanpa disedarinya! Sesejuk jemari-jemarinya yang begitu asyik menari di atas keyboard. Sesejuk bulu matanya yang dari tadi menahan kesejukan aircond tahap beku itu. Kalau badan yang kesejukan boleh la dipakaikan baju tambahan, tapi kalau bulu mata yang kesejukan.... nak pakaikan ia dengan apa yer?

Akhirnya air milo yang disangka panas itu digapai juga dengan tangan kanannya.Perlahan-lahan dilekapkan mulut mug itu ke bibirnya. Bimbang air milo yang disangka panas itu akan mencederakan bibir mulutnya. Seteguk masuk ke kerongkongnya.

"Alah, dah sejukkk", rungutnya sendiri.

Dia bingkas bangun dari kerusi hampir empuk itu. Bergegas mahu keluar ke pantry bersama mug cap FedEx Express yang berisi air milo yang dicampur dengan sedikit serbuk kopi yang sudah sejuk itu.

"Eh kau nak buat apa dengan air tu Jafni", sapa Aiman teman seopis yang baru hendak singgah di cubicnya.

"Aku nak buang air ni Man, dah sejuk. Tak best dah", kali ni dia merungut di depan teman seopisnya pula.

"Kau ni Jafni, tak baik membazir! Tak luak lagi aku tengok air tu, kalau la air tu boleh berkata-kata, aku percaya dia pasti menangis bila dengar kau nak membuangnya", Aiman.

"Erkk....Abis tu kau nak? Kalau kau nak, ambiklah".

Aiman sengih nakal.

"Nak la tuh!"

MORAL OF THE STORY: Jangan membazir, membazir tu kan amalan syaitan.

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedangkan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra', ayat 27).

p/s: Air milo sejuk sapa pulak atas meja aku ni?? heee

I'll be here again. The same me...
Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam.

7 comments:

niwtode said...

betol ke Jafni yg nk buang Milo tu? name penuh, Jafni Hanan? kalo betol, die kwn aku kat UTM. kalo tak betol.. haha, malu aku~

Palie said...

ini kisah ko ke fida? dah bape entry dah ko cite pasal opis sejuk, beku, kutub utara.. gi la komplen kat org yg sepatutnye.. xkan la aircond pun xleh laras..

aku kat sini komplen jek kat service desk, die dtg, slowkan aircond, settle masalah..

unicorn said...

ni aircond mahal, palie...bukan boleh laras cmtu je..kena ada password, admin right ape sume

baanu said...

jafni ke?? 4m BIKD itu ke??

Afida Anuar said...

Edot-->Erk,salah tu edot, ni bukan Jafni hanan.. ni Jafni aku reka.heeee

Palie-->Kisah aku pun ciput jek..ni kisah khayalan aku lar..heee..spt kate yoe, aircond cni mahal, x leh main selaras cenggitu jek. heeeeee

Lagi satu, aku rasa dia nk kitaorng serasi dengan suasana di tempat sejuk n beku. So bilamana kene anto sana, takde la shock sangat. heeee

Yoe-->ehehehe..yer la tuh. Ada passwod n admin rite...gagagag

Baanu-->Ada budak BIKD nama Jafni ek? i tatau arr baanu.hehehehe

milo basi said...

uwargh!!! siot aa nasib xkantoi gelak masa baca blog ko pasal processor kembar tu... adeh..

Afida Anuar said...

milo basi?? WQU8603 aka lan strife kah di sebalik nama milo basi ini? heee..

lawak ke part tu weh? aku rasa biasa jek...hikhikhik...

 

Browse