Ringan Yang Menjadi Berat..

Monday, October 06, 2008
Aidilfitri pada kali ini sudah menampakkan tirai pelabuhnya walaupun bulan Syawal masih banyak lagi berbaki, namun kembalinya warga desa ke ibu kota bagi menyambung tugas dan budak-budak ke sekolah seolah sudah mengakhiri suasana di hari lebaran. Suka duka aidilfitri sudah sama-sama dilalui, sama-sama dirasai. Kadang-kadang bila teringatkan kisah lebaran kali ini, ada yang mencuit hati, ada yang membuatkan aku tersenyum, tak kurang juga yang membuatkan aku menangis. Apa pun, ianya telah menjadi kisah kehidupan yang telah terpahat dalam sanubari hati ini dan seterusnya akan menjadi satu kenangan yang takkan dilupakan,cheewahh... Tahun depan insyaAllah, jika aku masih lagi dipanjangkan umur olehNya, maka Ramadhan dan Syawal 1430H akan ditempuhi lagi. Harapnya berlainan versi la plak. Aminn..

Besok pagi-pagi hari aku akan bertolak balik Putrajaya. Hari Rabu baru aku start keje. Saje ambik cuti lama sikit kali ni. Boleh spend masa lama skit dengan famili. Tapi tu pun, ramai adik-beradik yang dah pulang ke tempat masing-masing. Adik laki aku dah balik Shah Alam pagi tadi. Yang sorang tu dah pi KL semalam. 2 orang adik perempuan aku dah balik asrama. So memang semakin sunyi rumah. Tapi tak mengapa, sunyi atau tidak rumah tu belakang kira, yang penting masa aku yang dihabiskan di rumah ni. Dan aku percaya, pasti ini yang bakal terjadi besok. Huh! Kalau la aku tidak perlu lalui itu semua....

Dan seperti biasa la, mak aku amik cuti hari ni dan besok bagi melihat kepemergian putera puterinya pulang. Mak owhh mak, buat susah-susah je...... Kadang-kadang bila dah berada di kampung ni, buat aku terfikir, kan best kalau aku boleh berada di sini selama-lamanya. Tak payah susah-susah nak balik KL. Malasnya nak balik besok... Ada sesiapa yang boleh menggantikan tempat aku pulang ke KL dak besok?? Aku nak stay kat kampung lagi nih! gagagagaga...

p/s: Time duk KL, hati tak sabar-sabar nak pulang ke kampung. Kenapa time duduk kat kampung ni, hati tak rasa tak sabar nak pulang ke KL? Ngeeee

WaAllahualam
Wasalam...

6 comments:

Palie said...

mula2 Kadang-kadang bila dah berada di kampung ni, buat aku terfikir, kan best kalau aku boleh berada di sini selama-lamanya. Tak payah susah-susah nak balik KL. Malasnya nak balik besok...

lepas tu Time duk KL, hati tak sabar-sabar nak pulang ke kampung. Kenapa time duduk kat kampung ni, hati tak rasa tak sabar nak pulang ke KL? Ngeeee

adehhh.. x paham aku mana satu sebenarnye yg ko suke ni fida.. poning palo den ekau ckp pusing2..

Kehelan said...

slm... kay pun malas nak balik sana... bestnya kalu ada org support nak tmpung perbelanjaan tiap2 bulan...

ihihihih

saizulhafiz said...

balik2 la fida..sujoy nk buat kelas ni.hahahaha...ades xde keje pape pn arini.bosan aku dok opis kalau tahu aku cuti lagi.ngeh22

Afida Anuar said...

PALIE-> palie palie... tu maknenye ko x paham isi tersirat yang aku luahkan...ngeeee...

maksud aku..kalau boleh aku nk berada di kampung lama-lama. Klu keje kt kampung pn best... jiwa aku ni jiwa kampung palie..bukan jiwa bandar...tenang kampung lain rasanye...

yg kt statment bawah tu... klu aku berada di bandar, hati ni rasa tak sabar nak balik kmpung. Tapi time aku berada di kampung..hati aku tak pernah terasa tak sabar nak balik bandar...ngeee...

kan itu sudah terang lagi bersuluh aku cakap aku suke duk kg..mana aku cakap pusing2..ko kopalo ekau yang pusing2 ni palie...ngeh ngeh ngeh...

KAY-->kan best kan kay.. ngee... tau..nnti dah kawin de la orang tulun suport. dun wori...:D

SAIZUL--> ahhaha...bnyk la ko sujoy..dia pn dah kat India.. moral of the story..ambiklah cuti lama sket:D

aziz said...

xpe2 nanti kalau dh duk kat india mesti ko dh tak ingat balik kg.. hahaha..

Afida Anuar said...

uikss ajishe..ni aku ke ko yang bakal ke sana...ngeeeee

 

Browse