Dia Menyanyi lagi...

Sunday, October 12, 2008
Dalam hujan renyai dan guruh yang berdentum kedengaran suara merdunya. Yer, aku harus mengakui suaranya merdu. Merdu sangattt! Layak benar untuk digelar seorang penyanyi terulung. Tapi sayang... suara merdunya hanya diperdengarkan kepada penduduk block A ini.. penduduk yang sudi mendengar dan menghayati, seperti aku di kala ini, ngeh ngeh ngeh:) Entah lagu apa yang dinyanyikannya, aku tidak berapa pasti. Tapi bestt la lagu-lagu tu. Arghh biarkan lah dia... dia pasti mahu meluahkan perasaannya melalui lagu di saat hujan yang indah ini.

Dan....dia juga pandai memetik gitar. Lagu itu dinyanyikan bersama alunan gitar yang aku kira hasil petikannya. Sungguh sempurna sekali petikannya mengikut rentak lagu-lagu nyanyiannya, sambil diiringi irama hujan.... terasa nyaman dan damai sekali. Aku memandang hujan sambil menikmati anugerah Tuhan yang dikurniakan kepadanya itu. Dan petang ini bukanlah pertama kali dia mengalunkan lagu-lagu nyanyiannya. Sebelum raya tempoh hari, aku diperdengarkan dengan lagu-lagu raya. Tersengih aku sorang-sorang mendengar keletah dia bersama teman-temannya menyanyikan lagu-lagu raya. Haihh....

Dan tadi, bila mana dia berhenti menyanyikan lagu-lagunya itu, entah mengapa hati aku mendesak.. "Nyanyilah lagi..nyanyilah lagi"..heh!

Aku rasa dia ni tinggal di tingkat atas rumah kitaorang. Tak pun, di tingkat bawah. Hurmm....

p/s: Fida, kan bagus dengar orang mengalunkan bacaan Al-Quran berbanding mendengar si dia yang menyanyi itu...

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam..

4 comments:

Khairi said...

Kadang2 suara gemersik mampu menghantar getar cinta..


ngeh333...

Ingin aku ceritakan seseorang yang jatuh cinta kerana suara?

hehe..

Afida Anuar said...

Hahaha.. x abis2 nak sakat bab cinta..tapi sy tak rasa pun getar cinta itu ptg smlm..ngeeee:p

Jatuh cinta sebab suara? citer la..citer la:D

nazrahku said...

salam kak fida..xpenah dengar pon..hehe..

Afida Anuar said...

Ada..umah naz mengadap belah sana kut tu yang susah nk dengar, kalu umah naz mengadap sama ngn umah akak ni musti naz pn dengar..ngeeee

 

Browse