Jiran Depan Rumah..

Monday, October 13, 2008
" A wise man remembers his friends at all times; a fool, only when he has need of them"..

Teringat aku suatu kisah dengan orang depan rumah. Kisah yang sudah lama berlaku. Tapi aku lupa untuk kisahkannya di sini. Sekarang baru aku teringat kisah itu dan tangan ini terasa gatal untuk mencoret kisah itu. hehe.

Selepas pakcik guard yang tinggal di depan rumah kami pindah time kami baru menetap di sini dulu-dulu kala, kami tidak pernah kenal dengan orang baru yang tinggal di depan rumah kami ni. Cuma kami tau ada orang baru yang pindah masuk rumah tu. Bayang pun tidak pernah nampak. Yang kedengaran hanyalah bunyi bukaan mangga dan bunyi hempasan daun pintu rumahnya. Tau la kami dia sudah balik dan bila kedengaran bunyi hempasan pintu dulu kemudian baru diikuti bunyi kunci mangga, tu tandanya dia baru nak keluar. Begitu lah seharian hidup berjirankan hambaAllah-hambaAllah yang tidak pernah dikenali. Cuma yang kami tahu, jiran depan rumah kami ni lelaki sebab kadang-kadang kedengaran suara sembangan mereka yang menyerupai suara lelaki. So dari situ la kami assume depa ni lelaki, heh! Cuma raut wajah mereka la yang belum pernah kami perhatikan.

Pernah ada suatu masa, bunyi riuh rendah rumah depan rumah kami ni dengan suara budak-budak. Owhh, dah berfamili rupanya jiran depan rumah kami ni. Tapi lepas 2 hari senyap. Pastu lepas sebulan kedengaran lagi suara budak-budak. Lepas tu senyap. Takde dah budak-budak tu.

"Famili diaorang datang gamaknya", getus aku suatu hari kepada teman-teman rumah.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Begitulah keadaan kami tidak mengenali jiran di depan rumah sendiri sehingga lah tiba suatu petang, time tu aku dan Im baru je balik kerja . Tetiba kelihatan rumah depan rumah kami riuh rendah dengan suara lelaki-lelaki yang begitu jelas. Pintu besar rumah depan rumah kami terbuka rupanya.

Sempat aku mengarahkan mata aku mengintai keadaan dalam rumah depan rumah kami itu. Jelas terpampang adegan kemas-mengemas yang sedang dilakukan oleh dua lelaki.

"Eh ada orang baru pindah rupanya," cetusan yang terbit di hati ketika itu.

Rupanya gerak-geri kami yang baru pulang dari kerja itu amat disedari. Yer la, rumah depan-depan. Nampak sangat la ketika itu seolah kami baru pulang.

"Baru pindah ke?" aku bertanya apabila melihatkan seorang lelaki yang sedang membelek kotak-kotak yang banyak di depannya itu membalas intaian aku dengan senyuman.

"Owhh, bukan lah. Dah nak pindah ke tempat lain dah ni", salah seorang member dia menyampuk.

"Dah nak keluar baru bersua muka dengan jiran depan rumah" dia.

"Itu la pasal",aku mengiakan.

Lepas bersembang dua tiga patah, aku dan Im berlalu masuk ke rumah. Tak elok la pulak nak bersembang lama-lama. Kalau ada bini dia ka, anak pompuan dia ka, mak dia ka, tak pe jugak rasanye kalau nak beramah mesra lebih lama. Ni semua laki yang tak dikenali. Mintak maaf la. Bukannya sombong, tapi cuba menjaga.

Haih, jiran dah nak belah baru nak kenal jiran. Hurmm...Adat di bandar gamaknya. Tambah lagi rumah cap pangsapuri atau flat. Pagi-pagi dah keluar. Petang baru balik, pastu terperap dalam rumah sampai esoknya. Wiken pulak, bertapa depan laptop. Kadang-kadang kuar jenjalan. Bila nak kenal jiran satu level ni pun aku tak tahu la.Tu baru satu level, belum masuk satu block A ni lagi. Haihhh.

Kalau kat kampung, mau meriah ada orang baru pindah. Awal-awal dah tolong angkat-mengangkat mana yang patut. Sakit demam dihebah. Diziarahi. Hurmm. Meriahnya..Aku rindu kampung aku la:(

p/s: Sepanjang setahun lebih menyewa di rumah ni, kat level ni aku cuma kenal Kak Ros dengan sorang lagi famili kat hujung sana. Tu pun kenal sebab terjumpa Kak Ros time gi terawih tahun lepas dekat surau kat bawah. Pastu berkenal-kenalan. Orang Kelantan rupanya, dan famili tu pulak sebab selalu bertembung dalam lif. Tapi tak sempat nak bertanya nama. Jiran lain takde pulak nak bertembung time nak naik or time nak turun lif ke. Hurmm.......takde jodoh la tuh gamaknyer :)

Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam

5 comments:

geneticthylon said...

jiran depan berpindah rupanya.. mungkin mendapat arahan berpindah kerja di lokasi baru agaknya.

Afida Anuar said...

Mungkin juga. atau mungkin dia sudah menjumpai banglow yang lebih besar untuk didiami..hurmm.

unicorn said...

dalam Islam, 40 buah rumah kiri, kanan, depan, belakang, atas, bwh dikire jiran..kalo kira2, umah aku pun termasuk dlm jiran mg gok laa..aku dok equine je.jd, sila-sila lah hantar kueh..hehe

putrixue said...

ala fida...

umah depan kita tu ada orang ke x,
mesti kita susah nak jumpa nye...huhuhu

Afida Anuar said...

Yoe->hahaha..yer la yer la..ngaku la mung jiran aku.
nk antor kueh tu bole je. Tapi doh tinggal serdak2 n habuk2 ni. Dok kisoh ke klu aku ato serdak n habuk-habuk kueh? ngeeeeee

Im->Susah kan? nk wat camne..takde jodoh..ngeeeee

 

Browse