Family Arrangement...

Wednesday, October 15, 2008
Alhamdulillah, Incik Tembam,Kembang dan Hitam sudah kembali (back in action,kata Im) hee. Hari tu dah back in action time balik kampung sambut raya, maklumlah nak beraya sesame katanye. Heh! Lepas balik KL selasa lepas, Incik Tembam, kembang dan Hitam terpaksa masuk hospital sekali lagi disebabkan Insurance Approval masih lagi belum dikeluarkan, tambah lagi aku nak cat sedikit body dekat bahagian belakang yang orang sagat masa parking lama dulu. Alang-alang dah masuk hospital..

Genap sebulan accident itu berlaku, Incik Tembam, Kembang dan Hitam pun sudah pulih sepenuhnya,alhamdulillah. Hari ni, 1st time Incik Tembam, Kembang dan Hitam kembali bertugas. Lega melihatkan dia di sisi. Lega melihatkan ketabahan dia, dan yang paling penting, lega melihat dia senyum kembali.Heh! Sebenarnya bukanlah perihal Incik Tembam, Kembang dan Hitam yang aku ingin coretkan untuk hari ni. Tapi bab family arrangement in marriage. ( dah ramai dah bukak mata luas-luas bila dengar perkataan kawin ni yer, heeee)

"Aku rasa la kan, nanti kau akan kahwin based on famili arrangement arr", Si Member A pada suatu pagi.

Terkejut aku dengan statement yang keluar dari mulutnya itu. Tiba-tiba je. Tiada angin, tapi pokok bergoyang. Tiada api tapi ayam BBQ itu masak. Heh!

"Kenapa kau cakap macam tu?" aku yang masih lagi terkesima dengan kata-katanya.

Atas dasar apakah yang dia menilai suatu hari nanti aku akan bertemu jodoh disebabkan family yang (arrange in malay apa ek?, ngeee) erkk arrange. Mungkin juga dia mempunyai sixth sense yang dapat membaca minda aku yang pada suatu masa dulu aku pernah cuba diarrangekan marriage oleh saudara-mara...tp itulah kata orang, kalau dah tiada jodoh, kemana-mana la jugak (terbalikkan dari kata-kata "Kalau dah jodoh tak kemana", maka "kalau tiada jodoh, kemana-mana"..hehe, aku nyer ayat).

Memang betul pun kata-kata rekaan aku itu, disebabkan tiada jodoh dengan dia yang tidak pernah aku kenali, maka aku telah kemana-mana, sampai ke negara Taj Mahal sana. Tapi sayang, aku tak pergi pulak lawat Taj Mahal yang femes gile tu. Huh, rugi betul la..Uikss, sampai ke Taj Mahal jadinya kisah family arrangement ni, hee.. Abaikan kisah Taj Mahal yang cun itu yer.

Apa pun, jika ditakdirkan suatu hari nanti aku kahwin based on family arrangement atau dengan calon pilihan hati sendiri atau dengan bantuan teman-teman, itu semua tidak menjadi masalah bagi aku kerana aku yakin dengan perancangan yang telah ditetapkanNya. Kalau masanya sudah tiba... aku akan mengangguk tanda setuju. Ngeeeee

Pinjam kata-kata dari email yang Nisah dapat.. boley cikgu? Dah post dah baru tanya..ampunn..

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu berada di atas jalan dakwah.Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.”

p/s: Aku tidak mampu untuk menjadi Aisha di dalam novel Ayat-Ayat Cinta yang berusaha mencari jodohnya melalui bantuan Pakciknya. Kerana aku tidak akan pernah mampu. Yang aku mampu hanya berdoa dan berdoa dan berdoa. Sesungguhnya hanya itu usaha yang mampu aku lakukan. Betapa lemahnya hambaMu ini..

Merapu-rapu di tengah malam jek aku nih..Until next entry

WaAllahualam
Wasalam..

16 comments:

agHoo said...

gerak hatiku rasa cam mu nih kawen taun depang ar sedak..ke guane?

natni said...

huhu, tgk gmbo je jantung da dup dab dup dab da..mn x nye k.fid kn cuti ry lama so mn la tau kalo ade kabar gumbira ke...ngeee

im waiting
^________^

Afida Anuar said...

Aro-->hahaha..mung pung ada gerok ati gok ek. Hurmm..tu arr, klu tahun depan sedak gok sket wase..heeee...

Intan-->berdebar tengok gambar tu intan? tu br gambar tangan..hehehe.. Sabo sabo..nnti klu ada berita gumbira akan dikhabarkan. Kita bergumbira dengan berita gumbira ajat dulu ek:D

Khairi Mohd said...

Tulisanmu ini lahir dari hati. Detik hati suci insyaAllah merupakan "ketukan" syurgawi memberi isyarat bahagia.

Siapa yang mampu menyangka gelombang itu hadirnya dari urusan Tuhan (jodoh) yang semakin tiba untukmu.



"Fida, nasik minyak sepinggann!!"

" Siap!! " Katanya Fida.

Kay said...

:)

Afida Anuar said...

Khairi->tu br sikit yang dilahirkan dari hati khairi..banyk2 kang,takut lak orang nk bc..hehehe..

Eh mebe bukan nasi minyak kut..nasi bukhari ke, tak pun nasi beriani..hahaha Fida berangan!

Kalau betul2 nasi minyak abiss la...

Kay->:D

Khairi Mohd said...

kalau betul2, nasik apa pun abesss... burrp!! Alhamdulillah..

Anonymous said...

sepertinya, saya macam berada di tempat kejadian...

kan kan kan?

Adam. said...

Taj Mahal tercipta sebabnya?

Cinta!

Kelly Castle kat kg. aku kt perak tu pon,tercipta kerana..

Cinta?

Cinta itu pengaruhnya kuat.Ambil sahaja yang putih-lah.

Afida Anuar said...

Khairi-> Uikss, nasi pun tade lagi dah burpp.. Alhamdulillah..

Im-> Yer, anda memang berada di tempat kejadian sewaktu Si Member A itu bertanye..ngeee

Apitto-> Cinta cinta cinta... betapa cintanya Apit kpd Amira...ngeee...

NHY said...

"boley cikgu?"

boleh je. bukannya cikgu yg tulis sendiri pun ;)

tp kn, kalau kamu kawin via 'aturan keluarga' pun i think would be fine. kalau sudah jodoh kamu. . ^_^

*nnt nk usha encik siti @ parking lot*

Afida Anuar said...

btul2..kalau sudah jodoh..

wahhh nk usha Encik siti pulak, jangan dia jatuh hati sama kamu sudaa.. gagagaga.

jangan marah cikgu, gurau jek:D

Anonymous said...

aturan keluarga? uhu

Afida Anuar said...

hihi, betul edot, aturan keluarga. time tulis entry ni tak dtang ke kepala arrange tu aturan..eheh..

Husna said...

family arrangemnt?hmm..mcm prnh jadi kt nurul 1 ketika dulu..tp x menjadi pn..kehkehkeh
p/s: Jodoh itu rahsia Tuhan..hehe

Afida Anuar said...

tak menjadi jugak ek? heee..

jodoh itu memang rahsia Tuhan...

p/s: Jangan tanya nurul bila nak kawin sebab jodoh itu rahsia Tuhan...kata nurul..heee

 

Browse