Bukan Orang Terengganu..

Tuesday, October 14, 2008

Kemengantukan itu jelas terasa pada waktu tengah hari cenggini. Arghh...menguap lagi! Haishhhh, kaber-kaber. Tau la teringin nak tido,aku berkata kepada diri sendiri.. aku tengok jam, dekat 1.30pm. Pi semayang Zohor la dulu. Sat-sat lagi dia telefon la tu. Aku yang masih menantikan panggilan darinya, dan tak pasai-pasai hari ni, disebabkan penantian itu, aku terpaksa bawak hp yang tak mantap ni ke surau. Biasa aku tinggal je kat cubic.

Selesai solat, doa serta aduan diri yang lemah ini kepada Sang Pencipta, aku berkira-kira untuk melelapkan mata sebentar di surau yang separa 'beku' ini. Kemengantukan itu berjaya aku layan. Itu la aku, sapa suruh tak tidur lepas sahur. Dah ada masa yang panjang lebar untuk tidur lepas sahur dan subuh, tapi aku degil. Pi layan inspiron 1420 biru gelap. Pastu sekarang ni, mula la..duk menguap sana. Menguap sini. Huh! Serabai betul la...

Aku berjaya juga melelapkan mata. Tapi tidak lena. Aku paksa lagi diri yang mengantuk ni untuk lena. Masih tidak berjaya untuk melenakan diri. Tiba-tiba..ada bunyi dari hp aku yang tak berapa mantap tu. Owhh, panggilan yang aku tunggu-tunggu dari tadi! Aku tergesa-gesa membangunkan diri dan terus mencilok tangan dalam beg baju sembahyang bagi mengambil hp yang separa mantap itu.

Hampa.. Nombor pemanggil yang tertera di screen bukan lah nombor insan yang aku tunggu-tunggu. Dinding bercat putih di sebelahku gamaknya perasan akan kekecewaan yang terpancar di wajahku tatkala bercakap dengan insan yang aku tak nanti-nantikan itu. Aku mengelak dari bercakap dengannya lebih lama. Kataku, aku berada di surau. Dia mengerti. Perbualan kami ditamatkan.

Dalam kekecewaan aku menunggu panggilan telefon, tiba-tiba ada kakak dari kampeni depan kampeni aku masuk ke dalam surau.

"Assalamualaikum, selamat hari raya", ujarnya mesra kepadaku. Masa tu hanya aku je yang berada dalam surau.

Aku menjawab salamnya sambil tersenyum dan mengucap kembali ucapan selamat hari raya itu. Kebiasaannya jika kami bertembung di surau, hanya senyuman yang dibalas. Lepas aidilfitri gamaknya. Atau muka akukah yang menggambarkan betapa aku merupakan seorang yang mesra rakyat pada ketika itu, lantas dia terus menyapa aku dengan mesranya? hurmm..

Banyak yang kami sembangkan tadi. Pasal raya. Pasal keluarga. Pasal anak-anak dia. Pasal kerja aku. Pasal kerja dia. Mesra la pulak! Heee..

"Raya baru ni balik mana?" Akak yang aku agak sebaya dengan mak su aku.

"Terengganu kak", aku

"Owhh, jauhnya... tapi kan, kenapa akak tak dengar sleng terengganu pun. Tak macam orang Terengganu pun adik ni", akak tu

"Heee, kalau saya cakap Terengganu kan, takut akak tak paham pulak", aku

"Bukan lah, maksud akak, biasanya kalau orang Terengganu ni, dia cakap luar pun, mesti ada kedengaran jugak sleng Terengganu tu sikit-sikit, adik ni takde langsung" akak tu lagi.

"Entah la, dah biasa lagu ni kut", aku sambil tersengih.

Dalam perjalanan pulang ke opis, aku terfikirkan apa yang akak tu cakap, dan sebenarnya bukan akak tu sorang aje yang cakap aku ni tak seperti orang Terengganu. Ramai lagi dah aku dengar kata-kata yang seperti akak tu ucapkan sebentar tadi. Hurmm... Ala, diaorang tak dengar lagi sleng Terengganu aku kut. Bukannya apa, kalau aku speaking Terengganu kang, susah pulak depa nak paham.

Jangan ada orang cakap sleng aku sleng Indon sudaa. Heh!!

p/s: Time aku pergi sembahyang asar baru orang yang ditunggu-tunggu tu telefon. Huh!! LAMBAT!

Sori la, citer panjang lebar bab tidak penting. Kemuncak entry kat bawah ni jek. Ampunn semua. Idea tu yang datang. Until next entry:D

Wasalam..

18 comments:

@naBest said...

OoooOO...surau cs yg sejuk gile...yg tahap beku...yg agak2 orang boleh mati kebekuan tu, ade gak org nk tdo ke???? huhuhu.. hebat!!! hehe

MasteR_ PeacE said...

hahaaa....ckap ganu lar best..hahahaa...tp cni ramai org ganu kak...

Khairi said...

perenggan pertama mmg Kay El habis.

Perenggan kedua mula nampak sikit2.

Perenggan seterusnya.. konfirm, fida org terengganu har har har..

p/s: itu konklusi sy masa menerima ziarah fida tempoh hari :p

Afida Anuar said...

Ana->hahaha..skrang dah tak beku sangat. Dah kurang dah sket bekunye ana. Tu yg best klu nk lelap seminit dua:D

Fiey->Cni pn ramai gok orang ganu Fiey:D

Khairi->sebb dah tau Khairi dan isteri pn orang ganu gok..seme puok2 pantai timur ctu. ngeee... tu yg mudoh je nok tubik sleng ganu tu..

perenggan pertama tu biasa la, testing testing:P

-reha- said...

kak fida tgu kol dr sape???

erk..maaf la bertanye...

Afida Anuar said...

Heee...dimaafkan:D

tunggu kol dr doktor Incik Kembang, Tembam dan Hitam la reha.. dr pagi akak tunggu.Petang tu baru dapat berita. Buat orang risau sungguh..haihh..

Ngeeeeeee

unicorn said...

orang pun selalu konfius dgn aku...ramai ingt aku orang putih. sbb aku ckp ade slang London..haha

Afida Anuar said...

Yer yer..aku pung masa awal2 kenal mung dulu ingtkan mung ni omputih..speaking kuar sleng london uuuu..last2 bile tau mung org dungun jek..ngeeeeeee... hampeh:P

Kehelan said...

org dungung sleng london?? fuhss...

bila nok ajok naik cik kembang kempis tuh??

Afida Anuar said...

Itu arr kay...klu kay dengo dier speaking mmg london habess arr...hikhikhik..kutuk yoe...

erkk, itu la...dia dok kempis doh kay..kembang jek sokmo..ngeeee

Afida Anuar said...

Bile nok ajok naik? bile2 jer kay..dialu2kan...gaggaagga

miezi said...

sy paham je slang ganu :D

fatal1ty said...
This comment has been removed by the author.
fatal1ty said...

sini lg rama org ganu ;)

Ke mana sje kite pergi..kite membawa budaya kite!!

Terengganu negeri cantik,
Budaya menarik..heheh..

Afida Anuar said...

Mizi--> hehe kalau faham bagus..bole arr nok jd orang ganu:D

Padil-->ctu mmg arr, doh nama pung Ganu, mmg ramai arr orang ganu..
Terengganu negeri cantik ek..agaggaga

aziz said...

la org terengganu ker? aku ingat org german.. hehehehe...

agHoo said...

eh,sama model la laptop kite huhu...
mu cakak ngn sape hok sapa xperasang sleng ganu tuh duk bunyi kang kang kang xpasang lagi ker??huhu...

na na na na ganu kiter..!!

Afida Anuar said...

Ajis->hehehe...hampir2 jd orang Jerman dulu ajis..ngeee..

Aro->owhh same ke, bereh..klu de pe2 problem aku roger mung arr gtu..

hahaha..mung je ckp bunyi kang kang kut..aku ckp bunyi keng keng..erkkk..heeee

 

Browse