Dia Panggil Aku 'Ibu'....

Friday, September 05, 2008

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-5 umat Islam menunaikan ibadat puasa. Sekejap benor rasanya masa itu berlalu. Pejam celik-pejam celik, dah 5 hari puasa. Pejam celik-pejam celik lagi, dah nak raya. Pejam celik-pejam celik lagi, anak dah nak ke sekolah. Anak nak gi sekolahh?? Heh!! Kalau anak Mas, cam tak lame lagi dah. Tapi kalau anak aku...tak lame lagi gak tu. Cuma lambat sikit la dari anak Mas kalau bab masuk sekolah ni..gagagagaaga.

"Haihh..apa aku merapu nihhh??", aku

"Bukan merapu tu. Kenyataan la tuh...ngeh ngeh ngeh", dia

Hahaha...kalau mendung je sepanjang hari begini lah jadinya aku at last. Layan je la....

Kepala terasa seakan mahu meletup hari ni. Bosan tahap gaban. Tahap kesatria baja hitam. Tahap oltromen taro. Semua ada. Haha,apa nak buat. It's me then, insan yang masih cuba melalui satu proses hidup sebagai manusia normal. Heh! Masih cuba?? Manusia tak normalkah aku selama ni?

Dari segi fizikal, aku normal Alhamdulillah. Cuma dari segi kehidupan aku yang tidak bergelar ibu lagi la kut yang tak normalnya. InsyaAllah kalau dah bergelar ibu suatu hari nanti, normal lah kehidupan aku. Lengkaplah kehidupan aku sebagai seorang wanita. Cheewahh..Kalau mahu lagi lengkap tahap mantap kelas pertama, dapat gelaran nenek atau moyang. Baru mantap!!! Moyang?? Heh!!

Aku bercakap pasal gelaran 'ibu', 'nenek', 'moyang' ni seolah-olah aku dah kahwin. Haihhhh....Yer! Aku tak kahwin lagi...Ampunnn.. aku berangan jek suatu hari nanti aku dipanggil dengan panggilan tu. "IBU"... bila la tu ek? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

Entah aku punyai umur yang panjang atau tidak untuk dipanggil dengan semulia-mulia panggilan 'Ibu' itu pun aku tidak tahu. Kita hanya merancang, tapi Dia Yang Maha Menentukan. Dia yang menentukan ajal maut jodoh pertemuan kita semua. Ada kawan aku zaman sekolah rendah dulu, dah dipanggil mengadapNya 11 tahun yang lalu. Tidak sangka kawan yang sama-sama bermain dengan aku,yang rapat dengan aku sejak darjah satu, dia hidup hanya 14 tahun. Umurnya ditakdirkan 14 tahun. Senyum tangisnya hanya untuk 14 tahun. Aku pun tidak tahu time aku main tali skipping dengan dia dulu-dulu, yang beberapa tahun lagi dia akan 'pergi' selama-lamanya. Al-Fatihah buat arwah Sharifah Norbaizura bt Syed Bidin.

Saat aku 'pergi' nanti, saat yang tiada seorang pun yang tahu bila waktu dan ketikanya. Even aku sendiri tidak tahu bila ajal aku. Entah seminit lagi, sejam lagi. Entah besok atau lusa. Entah sempat atau tidak mendengar panggilan 'IBU' dari mulut insan bergelar anak. Dan yang paling aku risaukan, bukan panggilan itu sempat atau tidak kedengaran di telinga aku, tapi amalan aku ni, cukup ke tidak bekalan kebaikan untuk dibawa ke dunia sana. Timbang tolak amalan,tengok-tengok amalan keburukan aku melebihi amalan kebaikan. Nauzubillah.....

Kalau difikirkan soal kematian, kecut je rasa perut tu. Nak nangis pun ada. Rasa macam nak buat amal kebaikan selalu. Tapi tu la. Time keinsafan menyelubungi diri, ketakutan itu menjelma. Time-time lain?? Time lagha? Time bersuka ria. Habis hilang semua air mata ketakutan tu. Manusia ni cepat alpa. Manusia ni cepat lalai. Manusia ni cepat lupa. Manusia ni ingat umur dia masih panjang, boleh buat macam-macam. Manusia ni.. dan akulah manusia ni itu. Alahaii...

p/s: Nanti bakal anak Mas mesti panggil dia 'IBU', pastu Mas mesti ajar anak dia panggil aku Makcik.. Ni Makcik Fida. Salam Makcik... Makcik??? Heh!

Selamat berbuka..

WaAllahualam
Wasalam.

11 comments:

M@YaZ said...

Post desperado nak kawen bunyi dia :p

Afida Anuar said...

Hahahahaha, apa desperado nak kawinnye ajat, desperado nk dengar anak aku panggil aku ni 'Ibu' la.

gagagagaga

M@YaZ said...

apa kata amik anak angkat kalau macam tu :p

aziz said...

ni dh wajib kawen dh ni.. hahaha..

masz14 said...

uit sebut nama aku.. padan la aku tersedak je malam ni.. kihkihkih... itu lah, makin dewasa, makin kuat naluri utk bergelar ibu tu kan? pastu tang masa depan yg tak pasti tu, aku rasa semua org lalui situasi camtu. ntah hidup aku ni sampai bila? dlu2 aku masa kecik slalu pk, sempat ke upsr? pastu bila dah habis upsr, bygkan amik spm thn 2000, lama lg tu, tgk2 sampai dah thn 2000, pastu dgn boifren pulak, susahnye nak kawin, byknye halangan, dpt ke jadi suami isteri dunia & akhirat? pastu lagi, sampai bila boleh bersua muka dgn mak ayah? sampai bila mereka ada dgn kita? dr kecik mak ayah jaga, skang ni dah berkeluarga pun tak dpt byg kalau kehilangan diorg. pd aku, cara nak handle perasaan ni, mesti kena selalu sabar, n yg paling penting skali, mesti kuat usaha.. nak kawin, nak dpt zuriat.. bukan senang oooo... tp takleh cepat mengalah n berserah pada takdir.. aku tatau ler ko dah ada teman yg serius ke, dah ada perancangan nak kawin ke, tp jgn putus asa.. kan aku ada citer dlm blog, klasmate lama aku n hubby, sampai kitorg kawin tu takde boifren lagi, pastu jumpa lagi sorang skoolmate kat kenduri kitorg, terus fall in love, dah nak kawin, n who knows thn depan dah boleh dpt baby! hebatnyaa ketentuan Allah.. so teruskan usaha fida, utk jadi isteri dan ibu yg solehah... ok la itu je bebelan aku di malam yg hening ni...
p/s: anak aku nnt panggil aku mama la... bukan ibu.. ibu tu ayu sgt tak sesuai dgn aku.. hehehehe...

AL-BIMA SAKTI said...

pesan imam al-ghazali: yg dekat itu mati...

oh ya, menantu mok mentua orang ganu(dungun). sedara mara ramai kat pulau rusa tu...ntoh-ntoh kena sedara dok..?

Kay said...

sy pun org dungun juge!!

Afida Anuar said...

Ajat--> Anak angkat lain Ajat..anak sndiri lain..gagagga

Ajishe-->Hahaha,ok la aku kawin la nanti...

Mas--> Wow..pnjangnye bebelan ko..hikhikhik..betul betul, naluri seorang ibu tu mmg kuat..owhh mama ek dia panggil ko nanti. Sah sah la dia panggil aku aunty. Hahahahahahah

Al-Bima Sakti-->sy pun ada sedare gok org dungun tu. Entoh2 ada kene sedare kita ni... nnti mai beraye ke pulau rusa tu, meh la singgoh umoh. Kalau tnye org kg ctu, umoh Anuar hok jual baju atas stesen bas, ayoh sy la tuh. Ramai org kenal n bole la suruh org kg tunjuk umoh. masuk lorong ckit jah belah hulu sblum jambatan manir tu, terus nmpok umoh sy...

Kay--> sy org kuala kay..hhikhikhik

AL-BIMA SAKTI said...

isya-Allah... boleh cari tuh... dok jadi masalah..

Anonymous said...

masuk simpang tuh ade pokok tebu depan umah..umoh cik fida lah tuh..kekeke

Afida Anuar said...

Al-Bima--> Yer senang je nk cari umah sy Incik Al-Bima. Jemput la mai deh..

Padil-->hihi..mekasih padil. Jemput jugok mai umah sy deh padil..

 

Browse