Buat Yang Sudi...

Tuesday, September 02, 2008
Betapa di bulan Ramadhan ini, ingatan aku kepada keluarga dan kampung halaman begitu kuat. Seolah-olah melambai aku untuk pulang sekarang juga. Namun apakan daya. Aku masih di sini. Saat ini, hari ini dan mungkin hari esok. Aku tetap akan berada di sini.

Pernah suatu masa dulu, ketika aku masih lagi menuntut di UIA,aku memberitahu ibuku.

"InsyaAllah, kalau ada rezeki, Kak Nor nak keje kat Kuala Terengganu ni je la mak. Senang sikit kan, boleh tengok-tengokkan mak,ayah"

Tapi aku langsung tidak menyangka, sewaktu aku hampir menamatkan pengajian, ibu aku disahkan mengidap barah payu dara. Tuhan aje yang tahu sedih tangis aku saat itu. Bukan niat aku untuk meraih simpati sesiapa dengan menceritakan kisah ini. Tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman,suka duka aku bagi sesiapa yang sudi membaca dan juga sudi berkongsi. Erk...

Sebagai anak sulung, ayah terus mengkhabarkan berita itu pada aku setelah doktor mengesahkannya. Aku diam seribu bahasa. Aku buat-buat tiada apa yang berlaku. Aku buat-buat berita yang baru dikhabarkan itu seolah mak aku demam aje. Aku berlagak tabah, walaupun sebenarnya aku seorang yang lemah. Dalam hati Allah saja yang tahu...riuh kesahnya hati ketika itu.

Selepas tamat belajar, aku banyak menghabiskan masa ulang-alik ke Hospital Besar Kuala Terengganu (kini dah tukar jadi Hospital Nur Zahirah) bagi menemani mak aku atas urusan penyakitnya. Hampir 2 minggu aku merasa pengalaman tidur di hospital bagi menemani mak aku sewaktu beliau dibedah. Masa form 4 dah pernah tidur kat hospital, waktu tu mak aku keguguran. Cuma sehari je. Ni hampir 2 minggu gak la berkampung kat situ. Bukan tidak mengharapkan adik-beradik yang lain waktu tu, semua masih bersekolah. Hanya aku je, yang betul-betul baru habis belajar dan boleh diharap. Erkk...yer ke??

Kami sekeluarga memang sama-sama menahan air mata sebelum mak aku dibedah. Sama-sama tidak mahu menunjukkan kesedihan yang merundum di hadapan mak tersayang. Aku terutamanya, banyak mendiamkan diri. Kerana aku tahu, jika aku berbicara, aku pasti menangis. Aku jadi pendiam buat seketika. Dan ketika mak aku keluar dari dewan bedah, waktu itu mak masih lagi tidak sedarkan diri akibat ubat bius. Kami semua tidak dapat menyeka lagi air mata dari keluar. Setabah-tabah ayah aku pun, air matanya juga menitik melihatkan keadaan mak. Aku pula menangis sepuas-puasnya. Air mata yang aku tahan selama ni tersembur juga di bahu kawan mak aku yang kebetulan datang melawat ketika itu. Kata-kata penguat semangat yang diberikan kepadaku menambahkan lagi titisan air mata yang mengalir. Aku tidak tahu, ke mana hilangnya ketabahan dan kekuatan diri aku ketika itu.

Sejak pembedahan itu, mak aku semakin ok. Cuma tiap-tiap bulan kene buat follow up kerana bimbangkan kanser tersebut akan merebak ke sebelah kiri pula. Alhamdulillah, doktor tu kata kanser mak aku ni dikesan pada peringkat awal, tapi sebelah breastnya terpaksa dibuang. Kami sekeluarga tak kisah walaupun terpaksa dibuang. Yang kami harapkan, mak selamat... tu je yang kami sekeluarga fikir waktu tu. Kisah sepanjang di hospital, mungkin aku boleh forward ke entry lain pula, jika aku ceritakan di sini,aku kira berhelai-helai la jadi entry aku hari ni. Malas pulak nanti kan korang nk baca. kan? kan? hehehehehe..

"Semakin kita berumur, semakin kita perlu bersedia untuk berhadapan dengan detik itu. Detik di mana orang tua kita akhirnya akan pergi setelah menjalankan tanggung jawab mereka membesarkan kita semua. Itulah lumrahnya.", kata seorang sahabat pada ku.

Namun entah mengapa, aku langsung tidak mengiyakan kata-katanya. Sampai bila pun aku tidak akan pernah bersedia untuk menghadapi saat itu. Aku pernah membayangkan saat itu .....ya Allah, rasanya aku tidak sanggup menghadapi detik itu. Aku rasa sampai bila pun aku tidak akan pernah mampu. Dengan membayangkan nya saja pun, air mata tidak dapat dibendung, apatah lagi kalau betul-betul menghadapinya. Tapi adakah Dia akan tunggu kita betul-betul bersedia baru Dia menguji kita?

"Tidak Fida sayang..tidak.. Sama sekali tidak. Kamu kan tahu itu. That's why it is called a life", dia berkata-kata lagi..

p/s: Tetiba bangun pagi tadi teringatkan famili aku. Rindunya kat depa semua...Tambah-tambah lagi time berbuka puasa. Ya Allah....

Setakat tu kisah aku pada waktu dulu buat yang sudi membaca dan berkongsi. Sharing is caring then. Moga ketemu lagi di lain entry.

WaAllahualam
Wasalam..

8 comments:

Kehelan said...

:)

allahummaghfirlanaa zunuubanaa waliwaalidiinaa warhamhum kamaa rabbaunaa sighaaraa... aamiiin!!

Afida Anuar said...

Aminnn...

agHoo said...

innalillah....semoga diberi kekuatan

wanz said...

Salam k.fida..I understand how u feel because my mum is also a cancer patient..Ingatlh dimana ada kesulitan..disitulah akan datang ketabahan.. (",)

Afida Anuar said...

Aro--> Ya Allah berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk aku menghadapi segala dugaan dan ujian dariMu. Amin.

Wanz-->InsyaAllah Wan, tp akak rasa akak masih lagi lemah. Tak setabah yang akak diharap. Entah..tp harapnya, apa jua kesulitan mendatang bisa membawa ketabahan bersama..

sitizero said...

k.fida...
sedey lak bc entry k.fida ni...
semoga tabah hadapi hari2 mendatang tau.
:)

Al-BIMA SAKTI said...

dugaan itu permainan hidup. sabar itu keperluan hidup. tabah itu keteguhan hidup.

uhuk.., awak cite pasal kampung, kite pon tibe-tibe terrrindu kampung kite gak... uhuk...(sape nak ubat rindu kite nih..? uwaaa...)

Afida Anuar said...

Hid--> jangan sedey..aku ok..seyes. don wori..

Incik Al-Bima--> "dugaan itu permainan hidup. sabar itu keperluan hidup. tabah itu keteguhan hidup."

bestnye ayat ni...

Hahaha,sape2 yang ada kt seblah tu la Incik Al-Bima, suh dia ubatkan.

Nanti raye balik kg dok?? asal mane Incik Al-Bima ni? Kalau dekat2 ngn kg kite, jemput lah singgah beraye dumoh. ajak org umoh n anok2 sekali deh..

 

Browse