Bukan Mudah!

Friday, September 19, 2008
Bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa seorang hamba. Aku masih mencuba walaupun ada ketikanya..aku rasa aku seolah kehilangan oksigen untuk bernafas. Kehilangan organ penting untuk membantu aku bernafas, dan yang paling aku risaukan, aku kehilangan kekuatan untuk bernafas!! Entah mengapa, sejak dua menjak ni, ada perasaan lain macam yang mula bersarang dalam diri. Perasaan yang aku sendiri tidak pasti dari manakah asal usul kemunculannya...apakah jenisnya, apakah tujuannya, sampai bilakah dia akan bersarang? Owhh....abaikan je la. Satgi back to the normal la perasaaan tuh. Dun woriii..

"Jangan back to the future dah la Fidaaaa!" dia.

Sejak aku eksiden ari tu, sudah ada sedikit rasa tidak best dalam diri. Bukannya apa, orang tua aku sudah mula hilang keyakinan terhadap keupayaan aku untuk drive jauh-jauh. Balik raya ni, kemungkinan adik lelaki aku akan datang dari Terengganu bagi mengiringi perjalanan aku pulang. Huh! Menyusahkan orang pulak aku rasa aku nih. Sebelum ni, sudah berkali-kali aku drive dari KL-Terengganu, Terengganu-KL, Alhamdulillah, okay je. Tapi bukan aku travel sorang-sorang la. Tak berani aku nak drive sorang-sorang kalau jauh. Mak ayah aku pun tak kasi. Selalunya ada peneman iaitu Mekdi, cuma kadang-kadang je ada member yang sudi jadi co-driver. Kadang-kadang pernah jugak adik aku jadi co-driver kalau kebetulan dia mai KL or dari Terengganu. Tapi bila dah eksiden sekali hari tu, terus.... mak ayah aku sudah tidak yakin dengan aku. Aku tahu mereka sayangkan aku, mereka bimbangkan keselamatan aku. Tapi yang sebenarnya, aku masih lagi yakin dengan diri aku sendiri. Yakin dengan keupayaan aku. Yakin dengan ketabahan aku. Akan tetapi, sudah termaktub ketidakyakinan itu lahir dari hati naluri kedua orang tua yang amat aku sayang... apa lagi yang mampu aku katakan!??

Adik aku nak datang ambil aku, it's not a big deal. Malah aku tidak kisah pun. Aku lagi bersyukur, at least ada juga co-driver. Cuma aku ada rasa yang aku ni betul-betul menyusahkan orang. Tapi orang tu bukannya sape-sape pun. Adik aku jugak! Bila lagi nak menyusahkan diri untuk kakaknye kan?kan?

Dan yang paling buat aku tidak senang duduk hari ini, adalah kerisauan mak aku terhadap aku sejak eksiden hari tu sampai beliau tidak lalu makan. Aku baru je tahu hari ni dari mulut adik aku. Ya Allah, betapa bersalahnya aku menyusahkan orang tua aku. Menyusahkan perasaan mereka. Apa yang harus aku buat?? Apa yang mampu aku buat agar tidak menyusahkan mereka memikirkan soal aku?? Penat aku pikir..namun apa yang aku mampu buat?? Hanya mampu berdoa...dan berserah kepadaNya. Hanya itu yang termampu, dan aku amat yakin...segala yang berlaku pasti bersebab,pasti ada hikmah dan hanya Dia saja yang Maha Mengetahui segala yang aku tidak ketahui. Segala yang kedua orang tuaku tidak ketahui.

Hari ni dapat call dari 'pakcik' yang uruskan kereta aku. Alhamdulillah katanya kereta aku tidak mengalami sebarang kerosakan dalaman. Hanya tayar, bumber, dan fog lamp yang perlu diganti baru. InsyaAllah, kalau tiada aral sempat disiapkan sebelum balik raya. Kalau tidak...... aku jalan kaki je la kut balik kampung raya nih. Mencabar per;)

p/s: Bukan mudah nak dapatkan test case sampai 100 test case kalau tidak bersungguh-sungguh menge'test' telefon ni dan wajib berfikir seperti seorang tester..bukan developer yer Cik Fida!!

Ok Selamat berbuka semua...

WaAllahualam
Wasalam.

8 comments:

noor munirah said...

Sabar Fida, org tua mmg selali memikir anak2 nye.. ko nnti pn gitu jugak laa.. huhu

Test telefon? Tadi aku lihat telefon baru di meja ofis ko.. itu kah telefon yg di test?

shauqi said...

lalalala

mylife said...

begitulah adat resam seseorg yg bergelar ibu atau ayah..hati sentiasa igt pd anak..xpernah lupa..apatah lg andainya pernah berlaku apa2 kt anak..insyaAllah doa byk2..blk ry ni cerita eelok2 kt mak..insyaAllah dia faham..

p/s: born to be a tester..hehe :P

natni said...

k.fid org aim yg plg minimum jek..dpt 90 je pon jd la..phewww tah cukop ke x ^_____^

Afida Anuar said...

Muni-->hahaha,tu tpon br yg opis provide..bukan tepon tu la..ni tepon tutttttt

Shauqi--> Lalalallala

Yus-->baek yus..depa paham dah kut...tp rasanye nnti balik kene belebel gak sepatah dua kate... bab gi jalan memalam sorang2..ngeee

Intan--> Ari tu dah tanye bos, cmne klu tak cukup..dia kate takpe..ngeee

Khairi said...

fida windu kat kete dia tuu.. sabor dik sabor..

dik la sgtt.. hehe..

LeLs said...

warrggghhhh......

nak jadi Tester...

bengong betul lah kompeni K***** ni....

sakit hati..!!

Afida Anuar said...

khairi--> Adik sabo doh ning..ngeee
entoh.. dik la sangat. Dokpe gok nok bahase adik pong, napok mude ckit..gagagagaga

Lela-->Sabo lel..bulan pose ni..
aku lak nk jd developer..
tercampak ke tester..
pasrah dengan segalanye..ngeee

 

Browse