Best Duk Hospital!!??

Wednesday, September 03, 2008
Hampir 2 minggu aku berkampung di hospital bagi menemani mak aku. Time membuang ketumbuhan di payudara sekali ,dan time operate untuk membuang payudara sekali. Merasa tidur atas katil hospital walaupun aku tidak sakit. hahaha. Dan yang sebenarnya, bagi aku la, best jugak jaga orang sakit ni.Lebih-lebih lagi orang sakit tu merupakan orang yang paling kita sayang.

"Best jugak kan mak duk hospital ni"..aku waktu dulu-dulu ketika masih berkampung di hospital.

"Bagi orang sihat macam Kak Nor, memang la best. Tapi macam mak ni, best hapenye"..mak

Tersenyum sendiri aku mendengar kata-kata ibunda tercinta. Betul la, mak aku sakit. Memang la tak best jadi orang sakit. 6 jam sekali doktor datang cucuk. Tangannya penuh dengan kesan cucuk jarum untuk dimasukkan ubat. Tiub apa entah nama menjalar sepanjang tangan. Nak mandi susah. Nak berak susah. Nak solat pun susah. Beberapa jam sekali nanti ada nurse pelatih yang datang kasi ubat. Beberapa jam nanti pula ada doktor datang buat follow up check up. Memang la tak best duduk hospital, kalau sakit!

Kalau tak sakit..erkk. Bagi aku, yang bestnya time duk hospital ni, aku dapat tengok bermacam ragam orang sakit. Kadang-kadang kalau mak aku nak berehat or dah tak perlukan bantuan aku buat sementara. Aku akan jalan-jalan tengok gelagat orang sakit. Dari satu wad, ke satu wad. Dari satu tingkat, ke satu tingkat. Ni dekat wad awam la, tapi tengok saje je, buah tangan takde nak diberi takde pun...huhu. Dan yang paling aku suka, kebetulan masa tu mak aku ditempatkan di tingkat 7 dan aku suka lepak dekat balkoni kat bahagian belakang hospital ni. Sebab, mengadap pantai Batu Buruk. Mengadap Laut Cina Selatan. Suka tengok laut. Malam-malam pulak lepas mak aku dah tidur dan kalau aku rasa berani, selalu gak la aku pi situ. Lepak-lepak tengok pemandangan. Tengok bintang yang berkelip-kelip indah atas laut. Cantiiikkk!!! Hilang sekejap ketakutan dan kebimbangan tu.

Satu lagi part best duk hospital ni sebab dapat kenal-kenal dengan orang. Kenal dengan 'misi-misi'. Kenal dengan doktor-doktor. Masa kat wad tu,mak aku dapat yang sebilik 4 orang. Ada seorang akak ni,sebelah katil mak aku. Sakit kanser macam mak aku. Tapi dia lagi teruk. Peringkat akhir katanya. Kedua-dua belah payudaranya telah dibuang. Tabahnya dia Ya Allah. Keluarganya lagi tabah. Suaminya, anak-anaknya. Dia juga yang banyak bantu aku dalam menguruskan keadaan masa mak aku baru lepas operate. Apa yang patut aku buat dan sebagainya. Memang banyak la yang dia sudah bantu dan banyak juga yang aku sembang dengannya pasal kanser payudara ni. Dia kata mak aku bernasib baik sebab dapat kesan peringkat awal, macam dia dah peringkat akhir. Walaupun dengan kemo or apa saje treatment, still dah terlambat. Dan 2 bulan lepas mak aku keluar hospital, 'misi' yang baik dengan mak aku tu khabarkan yang akak ni dah meninggal dunia. Innalillahh...

Makcik yang depan katil mak aku pun, sakit kanser gak. Bukan kanser payudara tapi kanser usus, tak silap aku la. Aku cuba recall balik kejadian 2 tahun lalu ni. Hurmm.. Betul la kanser usus. Yer kanser usus. Pun peringkat akhir menurut anaknya. Selama ini, aku ingatkan sakit mak aku yang paling teruk. Rupanya ada insan lain yang lagi teruk. Sama seperti akak tu, makcik tu meninggal tak lama selepas itu. Ingatkan time tu hanya aku yang diuji hebat. Rupanya ada insan lain yang menerima ujian lagi hebat dari apa yang aku terima. Besarnya kuasaMu Ya Allah. Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang aku tidak ketahui.. aku redha atas segala yang berlaku.

Satu lagi yang aku rasa aku suka duk kat hospital tu sebab bangunannya betul-betul tepi pantai. Merasa angin pantai kalau pi lawat orang sakit kat situ. Macam dah sinonim dalam hidup aku sejak dari kecil, hospital dan pantai. Ada ketenangan bagi mereka yang sakit, dan juga ketenangan bagi mereka yang jaga orang sakit. hehehehe..

Sebab tu bila aku bertandang ke kota besar seperti Kuala Lumpur ni, aku tengok hospital-hospital banyak didirikan di tengah-tengah kota yang sesak. Sesak dengan hiruk pikuk kota, sesak dengan bangunan-bangunan. Sesak dengan lalu lintas. Kalau aku la, kurang ketenangan di situ. Tapi nak bina kat tepi pantai tang mana kat KL ni kan? Pantai pun takde.... huhuhu. Tapi bagi mereka yang memang asal usul bandar besar KL ni, mungkin tak rasa apa-apa kut dengan ketiadaan pantai itu. Apa pun bersyukur lah dengan apa yang kita ada.

p/s: Aku dilahirkan kat hospital tu la. Hospital Besar Kuala Terenggganu. Dikenali dengan nama tu waktu dulu-dulu. Kini dah bertukar jadi Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Okay, nampaknya takat tu coret-coret yang bisa aku coretkan untuk malam ni. Moga ketemu lagi di lain masa. Selamat bersahur nanti!!

WaAllahualam
Wasalam..

8 comments:

miszacasian said...

kak fida, duk spital bagi wa..
tak penah nyer best!
huhuhuhu..

samada jadi patient atau pun visitor, tetap tak best!
esp klau pegi hospital kerajaan..
hospital derang slalu nyer scaryyy!! erk~!

slalu ada hallway yg pjg² n cahaya samar² jer nk pegi ke wad..org pun tak ramai lalu lalang..especially kt HKL..huhuhuu..

tak suka tak suka tak suka!

Khairi said...

ma sy pernah kena brah tu jugak, berubat kg jer buang barah tu.. payudara selamat..

sygi payudara anda.. ;-)

Sudah ramai saudara seniorku yg kembali..

M@YaZ said...

Bg saya la kan kak fida, kalau masih sekolah best ho duduk hospital. Tak kira la sakit ape pun (tapi sakit yang boleh diubati secepat mungkin la kan). Dulu saya duduk hospital sebab sakit erm (rahsia). Masa tu sekolah lagi. Best sebab sanak saudara datang melawat. Semua kasik duit. Yey. Kalau dah besar2 ni, mesti tak dapat. :( Dahla dapat duit banyak dari duit raya.

Apapun kita kena percaya. Nabi pernah bersabda, tiada penyakit yang tak dapat diubati kecuali mati. Penawar yang susah untuk dicari. ;)

Renung2kan, selamat beramal~

Kehelan said...

dok spital tak best...

pernah dok spital sbb recet rebet kat spital parit buntar... misi dh nak pencen n garang2

pernah tido kat HTAA teman arwah nenek... misi yg muda2 dan baik2

yg sehat... bleh balik... pesakit dtg silih berganti... hari ni tgk org lain... esok org lain plak masuk... hari tgk org sakit biasa2... esok tgk org yg sdg berjuang utk hidup...

dan kdg2... innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun...

Afida Anuar said...

Wawa-->Entah la,bagi akak best duk spital tu. Sebb misi dia baik2. Doktor pn ramah tamah. Hospital kerajaan la tuh. Pastu akk dah penah pegi HKL, mmg menakutkan. Bagi akak, hospital kg akak tu takde la menakutkan sangat..ngeeee

Khairi-->Seblum tu pun,mak sy cuba berubat kampung gak pada awalnya,tapi entah...cam makin teruk jadinya. Last-last mmg x leh nak selamatkan lagi dah. Mmg kene buang. Sedey gak tngok mak berkeadaan begitu awal-awal dulu,banyak bende x leh buat. Nak pakaikan baju pn kene mintak bantuan,nk sikat rambut pn tak boleh, nak masak pn susah, dah tak drive langsung pas operate tu.Nak angkat bende berat lagi lah. Lame-lame, alhamdulillah, skrg dah okay,boleh buat macam2.Cuma tak sentuh streng kete je.

Ajat-->hahaha,akak x penah ada lagi pengalaman duk hospital as orang sakit. Pernah gak ckp kat mak nak merasa jd orang sakit. Tapi mak cepat-cepat hempuk. Marahkan puteri sulungnya yang nakal ni..hikhikhik..

Kay-->Misi kt sini best kay.Doktor pn best. Sbb tu yang best duk hospital ni. Tak mcm kt hospital kay kut..gagagaga..
Tapi itu la, penah tngok orang hampir meninggal. Masa tu ramai doktor2 datang keliling. Depa tutup dengan langsir, x nampak apa yang doktor tu buat. Tiba-tiba dapat tau, pakcik tu dah pergi. Innalillah.
Kadang-kadang, duk kt hospital ni boleh mendatangkan keinsafan dalam diri...

yus said...

ern..sbgi org yg ada pengalaman..xbest duk sepital sb byk pergerakan limited..sakit kn cucuk..sshkan org sb xlh bt seme bnd sorg2..kn mnt tlg org..even sekecik2 hal cm nk air ke..xsuke sshkan org..but at the same time menimbulkan rs insaf..sb bl dh skt br rs nikmatnya sihat itu.bersyukur Allah msh beri nikmat sihat.n ada hikmahnya Allah bg kita sakit..nk hapuskan dosa2 kita n Allah sayangkan kita..jg org sakit penah skejap je ms mak bersalin dl.dh lm dh..

selamat berbuka..

Al-BIMA SAKTI said...

afida,
anok mok mentua saya tanye, kampung afida katne...? die nok gi raye la tu...

Afida Anuar said...

Yus--> Masa yus masuk spital br ni sori la dok gi lawat. De kat kmpung ms tu... Btul yus, bile kita sakit br rasa nikmat sihat..

Incik Al-Bima Sakti-->Anok mok mertua?hihi org umah Incik Al-Bima la ni! sy duk kg pulau rusa je. Pulau Rusa belah hulu. Dekat ngn jambatan Manir. dekat je tu rasanye kalu nok mai beraye. Org umoh Incik Al-Bima ke, ke Incik Al-bima yg asal ganu? ganu kt aner tu?
Jemput la mai umah raye ni...insyaAllah rumah terbuka sepanjang syawal...

Selamat berbuka!!

 

Browse