Abang Motor..

Thursday, September 11, 2008
Hari ni buat pertama kalinya aku terlajak tidur. Sampai tak bangun sahur. Bila tersedar tengok jam dah 6.20am! Aisehhh..macam mana boleh tak terjaga ni. Aku merungut sendiri. Dah tak boleh nak makan dan minum dah la. Aku tengok air dalam jug kat tepi peti ais. Air tu tengok jek kat aku, heh!!

"Takpe-takpe, buka pose petang karang aku minum la ko banyak-banyak!!!", aku sambil berlalu ke bilik air bagi menyucikan diri untuk mengadap Ilahi..

Dalam 7.30am aku dah siap-siap. Tengok Im kelam kabut nak copy file dari laptop dia.

"Awal lagi Im, relek arr", aku cuba menenangkan kekalutan itu. Cheewah, kononnya la kan Im?? hikhikhik

Aku berlalu ke tingkap rumah. Ambil sedikit pemandangan awal pagi dari tingkat 14 ni,sementara nak tunggu Im menyudahkan proses copy meng'copy'nya itu. Matahari dah kelihatan sedikit di belakang bukit sana. Angin pagi pun terasa sepoi-sepoi bahasa je.

Ramai dah kakitangan kerajaan yang kebanyakannya bekerja di Putrajaya ni berpusu-pusu mendapatkan kereta masing-masing di parking lot. Dan pandangan aku tiba-tiba tertumpu pada satu kawasan di parking lot motosikal. Di mana seorang lelaki sedang cuba menghidupkan motosikalnya yang tidak mahu hidup.

Ditekan dan ditekan lagi tempat itu dengan kakinya. (Aku tak tahu nama apa yang digunakan untuk menghidupkan motosikal kat bawah tu,gagaga). Masih motosikalnya tidak mahu juga hidup.Dicuba berkali-kali..masih tidak berganjak motosikalnya. Senyap gitu jek. Di tengok jam di tangannya. Dicuba lagi untuk menghidupkan motosikalnya. Masih....tidak mau hidup.

Aku jadi ralik memerhatikan setiap gerak lakunya mencuba menghidupkan motosikalnya itu. Tiba-tiba dia turun dari motosikalnya. Mencari-cari sesuatu di sekitar motosikalnya. Tangannya mencapai sesuatu, tapi dari tingkat 14 ni, tidak jelas kelihatan apakah sebenarnya yang digapai lelaki itu. Diketuk-ketuk tempat untuk menghidupkan motosikalnya itu. Dari kuasa ketukan yang boleh kedengaran sampai tingkat 14, aku rasa benda yang digunakan untuk mengetuk itu adalah batu.

Dia naik balik atas motosikalnya. Dicuba untuk menghidupkannya lagi. Masih...tidak 'bernyawa' motosikalnya itu. Dilihatnya sekali lagi jam di tangan. Di cuba dan di cuba lagi, dan lagi dan lagi. Masih sepi motosikalnya tanpa bunyi deruan enjin.

"Arghh, kesian. Dia pasti akan terlambat ke tempat kerja", hati aku mula bersimpati.

Im masih lagi keluar masuk bilik bagi last touch up gamaknya. Aku masih lagi setia memerhatikan lelaki itu. Cuak, kecewa, sedih... mungkin itulah perasaan yang lelaki itu sedang alami di kala itu. Tapi dia masih, terus mencuba menekan tempat itu berkali-kali dengan kakinya.

Cuba lagi.. dan lagi... dan akhirnya.

"Alhamdulillah, hidup jugak motosikal dia", aku.

Terduduk kejap dia. Melepaskan penat menghidupkan motosikalnya yang dari tadi buat hal. Pagi-pagi dia dah diuji. Harap-harap dia tak lambat ke tempat kerja, dan kalau lambat pun, harap-harap tak dimarahi bos.

MORAL OF THE STORY: Jangan putus asa untuk mencapai sesuatu. Berusaha dan berusaha lagi sehingga berjaya. Walaupun susah, tapi dengan usaha, insyaAllah semua jadi senang. Dan kepada bos-bos diluar sana, diharap dapat menerima alasan datang kerja lambat sebab motor buat hal. Tapi kalau tiap-tiap hari alasan yang sama jek...gagagaga.. fikir sendiri la.

Ok, dah hampir waktu berbuka. Selamat berbuka semua.

WaAllahualam
Wasalam..

15 comments:

niwtode said...

bwh apartment aku tgl ni pon ade abg yg salu start skuter yg susah nak start. tiap hari die start banyak kali.. isk, kalo aku la... aku dah beli skuter lain! tp aku saspek la kat abg tu.. die tetap gune skuter tu walopon tiap hari wat hal. mgkn skuter tu la byk bg die kenangan manis.. ek?

putrixue said...

aaaaaa....

fida skodeng abg motor pepagi ek...ekekekek...
tak pasal2 nama ku jadi watak sampingan dalam entry ni..

mesti berpeluh-peluh lencun brader tu nk idupkan motor dia..maybe hari ni bukan hari baik utk dia...tu sumer dugaan..

akan tetapi, ketenangan sudah diganggu dengan vespa yg bunyi mcm motobot sejak akhir2 ni..
bot bot bot bot bot bot..

*peace

M@YaZ said...

perkataan yang seswai "ditendang2 starternya"

Al-BIMA SAKTI said...

kita sesungguhnya diduga dengan pelbagai perkara. yg penting, sabarrrr.... dok gitu weh..?

Afida Anuar said...

Edot-->huhuhu..mebe dia nk save duit nak amik merc kut..gagagaga..

Im-->bot bot bot bunyi vespa? adehh lawak-lawak, watak sampingan apanye. Watak utama tu:p

Ajat-->owhh ctu panggil starter..akak mne tau. Bwak moto pn tak pandai;p


Al-Bima Sakti-->btul2. Bmacang2 dugaan lening. Yg penting sabar. Terutama di bulan pose ni.

nhusna said...

Nurul pn selalu lmbt dtg opis..tp bkn sbb susah start keter..sbb bgn lewat..hehehe

Afida Anuar said...

Hahahaha..alasan tu klu bagi kat bos, mmg nak kene la tuh..ngeh ngeh ngeh.

Selamat berbuka husna..dan semua...

mud said...

Recently, lots of morale story in this blog.. An appreciation from the readers.. clap ur hand~~

Afida Anuar said...

Hahaha..macang-macang padil..hihi.
apa pun mekasih.sudi singgoh ..ngeee

mylife said...

such a good story..even bnd yg dceritakan cm kecik je..just about a guy trying to start his bike but the morale of the story is really wonderful..mengingatikan diri ini siapala kita tanpa Allah..semua yg berlaku hanya dgn keizinanNya shj...really a gud job k.fida :)

Afida Anuar said...

Hehe..mekasih yus.. sje je dah idea tu yang datang. InsyaAllah, klu de morale lain yang boleh dikongsi akak akan tulis lagi,.

agHoo said...

lama xbukak blog..tumpang lalu yerk kak fida ekekkekeke..

Afida Anuar said...

Hahaha..aku pun agak lame jugak tak lalu cini..sila sila lalu Aro..

tak lalu sini pun dah lame, apatah lagi nak apdet. Saje nak terai test nak rasa macam mana rasnye tak hapdet blog. best jugakk..ekekekeke. Gurau jek.

Buat pengetahuan semua pemilik blog ini ditimpa kemalangan jalan raya 2hari sudah. Alhamdulillah, beliau selamat cuma keretanya mengalami kecederaan dan terpaksa di rawat di bengkel berkenaan. InsyaAllah ada masa nnti pemilik blog ini akan membuat entry berkenaan kemalangan itu. "Kalau rajin la..", kata pemilik blog ini

Khairi said...

hoih.. ado pung ingatkan gi mano huhu.. salam perkenalan :)

Afida Anuar said...

Ado jo cni khairi. Br smpat bukak blog ari ni. huhuhu

salam perkenalan jugak la. Cam baru kenal jek:p

 

Browse