Bosan?

Tuesday, September 09, 2008
Masuk lunch hour, Mekdi ajak aku menemaninya ke post office Cyberjaya,nak post surat katanya. Ok gak, at least dapat memanaskan badan yang dari pagi dilanda kebekuan tahap maksimum yang menyebabkan badan seolah mahu bertukar kepada bongkah ais. Heh!

"Mak aii, ramai la pulak orang beratur hari ni", keluh mekdi.

Tapi mekdi dengan sabarnya menunggu gilirannya tiba. Aku pun decide la duduk dekat bangku yang disediakan. Lenguh jugak la kaki nak berdiri lama-lama ni. Tiba-tiba datang seorang jejaka macho duduk di sebelahku. Erkk, bukan sebelah la, selang sebelah kut. Hahahaha.

"Aisehh, kene kaber duduk ni", getus hati nakalku.

"Bulan puasa ni Fida, jangan nak koya lebih-lebih", hati baikku membalas getusan hati nakal.

Hahaha..kekononnya lagu tu la perihal keadaan yang ada dalam kepala sekarang ni. Tujuan untuk memantapkan entry hari ini. Tapi sebenarnya, aku buat donno je. Sebab style aku, kalau orang yang tak dikenali tu, memang agak malas aku nak usha ke,nak sapa ke, nak tegur ke. Lebih-lebih lagi kalau lelaki. So cara terbaik ialah buat tak tahu. Biaq pi la dia nak kate aku sunbunk ke, apa ke..huhuhu. Kalau perempuan tu, lain cerita la.

Agak lama juga la, kami mendiamkan diri. Melayan cerita-cerita yang menyinggah di minda. Dia dengan kisahnya. Aku dengan kisah aku. Cheewahh. Macam memahami je aku ni. Tiba-tiba dia menundukkan kepalanya. Dia pandang kasutnya. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah kaki tempat aku berpijak. Haihh.. tengok selipar jepun aku la tuh!! Lupa pulak tadi masa nak keluar nak tukar pakai kasut yang ada kat bawah meja. Argghh belasah je la. Selipar jepun pun, selipar jepun la. Sedang ralik dengan kisah selipar jepun.....

"Erkk,cik. Kat sini tempat makan satu ni je ke?", tiba-tiba dia memecah kebisuan antara kami.

Aku dah pandang semacam. Apa hal pulak mamat ni tanye pasal kedai makan. Tak puasa ke hape. Tengok gaya cakap memang melayu tulen. Takkan tak puasa kutt!!!

"Erkk, banyak. Kat sini, kat sport arena pun ada. Dekat depan sana pun ada. Banyak gak la", aku jawab je.

"Owhh, ingatkan kat sini je", jejaka macho itu. Macho ke? erkk bagi aku dia tak macho. Cuma kalau time dia senyum manis sikit kut. Ngeee...

"Cik memang keje sini ek?", dia lagi.

"A'aa.. opis kat depan sana je",aku

"Sini banyak kampeni IT kan?", dia lagi.

"Mostly kampeni IT la kat sini, tapi ada jugak kut kampeni lain," aku menjawab.

"Cik keje as developer ke?" dia lagi.

"Eh tak, software tester. Bukan developer", aku

"Owhh, memang minat la bidang IT ni?", dia lagi

"Erkk minat jugak la", aku

"Post office ni, hanya ni je ke yang ada kat area Cyberjaya ni?", dia lagi

"Setahu saya la, ni je yang ada,kalau ada kat area lain tu, saya tak tahu la", aku.

Banyak pulak soal mamat ni. Aku tengok mekdi. Ada 7 orang lagi kat depannya. Aisehhh. Lama lagi nak kene tunggu.

"Habis tu cik duk mana?" dia lagi...huhu

"Putrajaya. Dekat je", aku

"Putrajaya dekat ek dari sini?" dia lagi.

"Dekat je. Kalau gi keje tu dalam 15 km ada la", aku

"Owhh dekat je,"dia.

Aku agak dia ni musti dari dunia luar. Tak pun, orang luar yang tak biasa dengan area Cyberjaya/Putrajaya ni. Kalau orang-orang sini, musti dia tahu. Takkan makhluk asing menyamar jadi manusia kut. Mahu menyiasat bumi. Area-area dan jalan-jalan kat bumi. Pastu soal selidik manusia, dan aku yang sedang disoal selidik. Heh! gaaggagaga.. hahaha. Abaikan. Aku dah mula dah masuk bab makhluk asing.

Tapi dengan baju kemeja kemas, seluar slek, seolah macam keje kat sini. Aishh...ni yang buat aku konpius ni. Aku pun apa lagi. Menyiasat jugak la.

"Erkk Incik ni, tunggu kawan ek?", aku.

"A'ahh, tu kawan nak tuntut rebet minyak. Kaya la dia hari ni", dia sambil menunjukkan kawannya yang sedang beratur di kaunter 2.

"Owhh, Incik pun keje sini?", aku lagi.

"Eh bukan, saya datang dari Klang Lama. Keje kat UEM sana. Datang sini hari ni sebab nak kene
tengok-tengokkan server kat sini", dia.

"Owhh, Incik jaga server la ni!" aku lagi.

"Technical je", dia

"Tak bosan ek keje sini? Macam takde pape sangat kat sini. Bangunan opis je saya tengok banyak," tetiba dia menyoal lagi tanpa sempat aku nak mengutarakan my next question. huhu.

"Erkkk,bosan?? ada la kut. Tapi dah datang sini memang nak keje. Tak kisah la takde shopping complex ke, tempat main boling ke. Ok gak lagu tu. Kalau tak, habis la saya,tiap-tiap hari mau shopping, tiap-tiap hari mau main boling", aku

"Hahahaha", tergelak dia mendengar jawapan aku. Sembang dengan dia macam dah lama kenal. Tadi masa tak bertegur sape, mai aii, sombong tak hingat!!! Hikhikhik... well, it's me then;)

Aisehhh... sedang kami meneruskan intipati perbualan, member dia datang. Dapat rebet minyak RM625 hinggit, dan sekaligus intipati perbualan kami terpaksa dihentikan.

"Ok la, jumpa lagi cik. Assalamualaikum", kata-kata terakhir dari lelaki yang diclaim manis oleh aku. wink wink...

p/s: Dah ramai dah aku dengar orang kata bosan keje kat Cyberjaya ni. Tapi bagi aku ok pe keje sini. Seronok pun ada. Nak gi keje tak jam. Balik pun tak jam. Dari rumah aku la. Tapi kalau dari tempat lain tu waAllahualam la.

Today's entry done. Until next entry semua.

WaAllahualam
Wasalam..

13 comments:

Palie said...

nothing else to say, "fida yg semakin koya"..

tp xpela, mana tau cinta pandang pertama.. haa? sape tau.. fida dan jejaka macho disatukan... ngeeee...

Kehelan said...

aamiiinnn...

ala fida... kat cyberjaya takde apa2... kt putrajaya ada gk alamanda... tenang je yek putrajya tuh!! hikhikhik

hmm... best ek kije kat tmpt tenang aman damai... sama laa kat Rasa nih... tmpt kije ngn umah 15 minit jek kayuh beskal... bwk keter 5 minit jek... takde jam takde apa... kawasan perumahan dhn kawasan perindustrian sebelah menyebelah.. tp tak tau la knp hati ini nak berenti jugak...

Afida Anuar said...

Palie--> Well palie, it's me then.. Ala, aku rase ko lagi koya dari aku kut..gagagga

Weh..nk disatukan apa..bukannye jmpa dah pun pas ni..takde maknanye nk disatukan:P

Kay-->hihi..itu la..tenang2 putrajaya ni..kawasan pak lah..tenang ar. Kang kecoh2 kang..pak lah marah satgi..gaggagaga..

Nak berenti kay? klu dah suke nape nk berenti? huhuh..xpe2..buat lah yang terbaik untuk diri sndiri..

go kay go!!!

miszacasian said...

kak fida, nak tau tak..
dulu wa pun slalu kutuk cyberjaya[cj] nie..esp time wa study kt melaka dulu..so slalu la kutuk member2 yg study kt cj nie kata cj nie pdg jarak pdg terkukur la..
huhuhuh....

tp end up wa gak yg kerja kt sini..=P

tp bak kata kak fida, keja kt sini best gak..
takder jammed..tue yg penting!
n byk sgt company IT..
so pas nie klau nak hop pegi company lain, senang jer!
haahahahaha

=P

agHoo said...

kuat loyar buruk!!hehe

Afida Anuar said...

Wawa-->Best kan. Kalau kt tengah KL tu ngn jamnye lagi. Ngan ramai pendatang asingnye lagi. Sib baik takde makhluk asing..gagagga

Aro-->Uikss..loyar buruk apanye ni aro..ini adalah kisah benar.. kalu loyar buruk tu, rekaan semata-mata;P

nhy said...

fida, klaka la your meet-up ni ~ apsal ntah terasa nak gelak (ke sbb tgh mbyangkn air muka cik fida sewaktu mengadakan dialog ramah mesra bersama rakyat tempatan? haha. . )

so, next time mek g post office, blh la ikut lg ~ mana tau jumpa 'pelancong' lain plak, huhu~

niwtode said...

laaa, fida~ awat tak minta no tepon ke.. nombor rumah ke.. nombor plet kete pon jadila~ ngeh3

natni said...

chewah2
mesti bebunga2 ati k.fid kannn
heee nk gelak jugee
nway mmg sgt beh kje sni...
skrg ni rs cm sgt dkt lak dgn gumah
mcm seblah gumah je nih
heee

Khairi said...

fida dilamun cinta..

sapa2 nak gi pejabat pos cyberjaya takdak teman ajak je fida laju je dia mau hahahaha..

friends are everywhere, you need to set up a brief intro to know..

i would do the same :)

Afida Anuar said...

Nisah-->dialog ramah mesra bersama rakyat tempatan? hahahaha, statement ni lagi kelakar.cam aku ni ADUN kawasan tu la plak..gagagaga

Edot--> Aisehh Edot. Tak terpikir lak aku nak mintak bende tu seme.. Nanti klu jmpa kali kedua, aku mintak ek..ngeh33. Kata ada kawan sy nama edot nak...gagagaa

Intan-->hahaha,berbunga apanyer cik intan, dah berbuah dah pun..ngeh ngeh ngeh..
kan kan, best kan keje cni...


Khairi-->Hahaha..ye ye,sape2 nak gi jabat post cni ajak sy..

mud said...

koya ke fida nih?? tp la kan, penulisan dia semakin beridea dari hari ke hari.. teringat sewaktu mula2 blog dia ini ditubuhkan..dia mcm slalu lack of ideas..now, tgk dia tuh..well u know her better than me..kekekek..

Afida Anuar said...

Hahaha. itu dulu. Pengalaman banyak mengajar erti menulis blog..hahaha.. apa pun mekasih padil n semua sudi singgoh bc blog sy yg entoh pe2 ni..gagagagaga

 

Browse