Aku Pun Punyai Perasaan..

Sunday, September 07, 2008
Petang tadi, aku menggagahkan diri bawa sebaldi air turun dari tingkat 14 untuk membelai sedikit body kereta yang sudah kepudaran rupa akibat dimamah kekotoran yang begitu mencengkam jiwa. Heh!

Dalam aku belai membelai, teringat cerita di zaman dahulu kala. Cerita ketika aku mengajar sementara di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam. Seorang guru, tak silap aku Cikgu Roslan dan Cikgu Sharifah bercerita mengenai kereta. Mengenai kereta pun ada perasaan yang perlu dijaga.

"Erkk, perasaan?? Perasaan lagu mana tu??"

Kejadian ni betul-betul berlaku kepada Cikgu Roslan. Ketika tu dia sedang bersembang dengan orang rumahnya di beranda rumah pada suatu petang, bersembang konon-kononnya mahu menukar kereta baru. Di hadapan kereta lamanya.

"Sekali lepas tu bila nak start kereta, dia buat hal. Tak pernah-pernah buat hal. Kereta pun rupanya ada perasaan juga", kata Cikgu Roslan

"Padahal bukan betul-betul pun nak tukar kereta baru", tambah Cikgu Roslan lagi.

Kejadian yang sama menimpa aku suatu masa dulu. Tapi bukan melibatkan kereta. Kerana pada waktu tu aku masih belum berkereta. Tapi melibatkan Mr. Lappy. Aku dulu memakai Mr.Lappy cap kepala kembar. Lama juga la, dia bersama aku saat suka dan duka. Menolong aku di saat susah dan senang. Aku begitu bangga memilikinya waktu itu dan aku tau, Mr Lappy aku pun bangga memiliki aku sebagai pendamping rapatnya.

Suatu hari, ketika aku mengajar sebagai cikgu sementara di sekolah yang terletak lebih kurang 15 km dari rumah aku tu. Ada sedikit tugasan rasmi sekolah yang menuntut aku membawa pulang laptop milik sekolah untuk diselesaikan di rumah. Laptop tu cap toshiba. Mantap wooo... Memang mantap dari Mr Lappy aku lagi la. Dah la masa aku buat tugasan tu, aku letak laptop-cap-toshiba-yang-mantap tu betul-betul di sebelah Mr.Lappy aku.

"Bestnye la kalau dapat laptop yang mantap camni", kata aku tanpa berniat mahu merendah-rendahkan keupayaan Mr Lappy aku.

Lepas tu, kerja sekolah dah selesai, dan aku mahu 'on' kan akunye Mr Lappy, sekali....dia wat hal. Memang tak leh nak 'on' langsung. Aku dah cuak. Tak pernah-pernah dia buat hal seteruk tu. Sebelum ni ok je, kecuali bab kene serang virus tu dah biasa. Pastu aku budget.. Mr Lappy merajuk kut sebab kata-kata aku tadi. Lepas proses pujuk memujuk berlaku, masih tiada harapan untuk dia kembali. Aku redha, dan sampai sekarang, dah hampir 2 tahun Mr Lappy meninggalkan aku. Aku akan tetap merindui Mr Lappy cap kepala kembar itu yang pernah bersama mengharungi hidup bersama aku. Huh!!

Fida... Fida..

Hehehe...tapi selalu je kan dengar cerita yang satu spesis macam cerita aku ni. Ke korang tak pernah dengar??? Gagagagagaga...

MORAL OF THE STORY: Jangan sekali-kali merendahkan sesiapa hatta benda yang tidak bernyawa sekali pun. Heh!

Ok la, besok nak bangun sahur lak. Sampai di sini dulu la coret-coret untuk dikongsi semua. Moga berjumpa lagi di lain entry.

WaAllahualam
Wasalam.

11 comments:

Anonymous said...

aku pnah ckp nk tuko DVD ROM yg baru kat CDROM aku yg lame. baru ckp je, tros die takmo kuar kan tmpt letak disc tu.. tak psl2 aku kene beli baru~

M@YaZ said...

Aku selalu cakap depan PC aku yang ada kat opis ni. Aku nak PC baru. PC ni lembab nak mampos. haha. Tapi still ok sampai sekarang. ampeh tul. Hari ni semua PC sebaya dengannya kebanyakkanya blue screen. Tapi PC aku gak power. Tak paham~

Afida Anuar said...

Edot-->Hah! tngok,CDrom ko yang lame tu pun ada perasaan..ekekeke. Selamat berpuasa edot!!

Ajat-->Sbb tu kes tak payah kuar duit sendiri. Cakap nk PC baru, kampeni bagi. Kang free, sbb tu dia x wat hal..hahaha

Cuba terai test cakap lagu tu kat laptop ko.. tengok laptop ko ada perasaan dak..ngeeee

Khairi Mohd said...

kucing pun ada perasaan..

Khairi Mohd said...

lebih2 lg time nak mintak ikan hehehe dah jd dua komen plak :p

Afida Anuar said...

Hahaha..dua tiga pn takpe keri..

Dua tiga kucing berlari..
mana nk same si kucing hitam..

erkkk...klu bende tak hidup pn kadang2 ada perasaan, apatah lagi kucing, bende yang bernyawa...

woo..rindu kt comel n hitam kat umahh..
huhuhu

NHY said...

cik fida, berpinar la kepala saya dok mikir psl cap kepala kembar. . apakah la. .

"twinhead" kan sedap nk baca =p

dulu my car pun x nak start masa nk g uni for fyp p'tation, w'pun x kena marah dsb b4hand ~ camne tu? =S

Khairi Mohd said...

fida.. jom buka pose umah sy sabtu tu tp sy tak masak la kita round param kat situ je hehe

Afida Anuar said...

Cik Nisah-->owh sori la buat kepala cik nisah berpinar di bulan pose ni. Bukan maksud pun. Sje je. hihihi. teringat zaman u dulu ada teman memanggil laptop tu kepala kembar. tu yang diapplykan kt entry ni..huhuh

Kayree--> InsyaAllah,no hal time tu leh je gi. Masih dalam perbincangan dengan sue lagi ni.

Kay said...

Fida... sila baca shoutmix anda sejurus tiba di rumah yek!!! :D

Afida Anuar said...

baek bunda...ngeh33

 

Browse