Hati...Bertahanlah..

Sunday, December 21, 2008
Aku ingatkan aku tidak betah untuk menyarung sedikit kebisuan dalam diri ini, rupanya ianya tidak lah begitu payah seperti yang aku sangka pada awalnya, (maklumlah, aku ni kan pot pet pot pet orangnya, heee). Aku cuma perlu biarkan hati sendiri je yang berbicara tanpa melisankan di bibir (as easy as eating kacang! uhuh).

Kalau hati sendirian jek yang berbicara, sudah pasti tiada insan yang berdampingan yang tanpa kita sedari mungkin tidak suka dengan isi-isi yang berhambur keluar dari mulut kita, kerana hanya kita dan Yang Maha Kuasa yang tahu apa yang telah hati kita bicarakan. Ingatlah, bukan segala yang kita lisankan melalui bibir itu, semua orang boleh terima atau suka, ada kalanya ia dibenci, dikutuk, dicaci dan dihina. So...sometimes, some things are better left unsaid. Aren't they? huh!

Dan, sampai di suatu tahap, dunia menuntut kita menjadi bisu. Ada kalanya dunia menuntut kita untuk berbicara. Dunia owhh dunia... kadang-kadang apa yang kita inginkan terasa amat mustahil untuk dikecapi, dan apa yang kita impikan tak semestinya akan kita gapai. Kawan menjadi lawan, lawan menjadi kawan. Semua itu mungkin dikata adat dunia. Tapi itulah dugaan dari Yang Maha Kuasa untuk menguji iman di hati.

Berbalik kepada cerita hati, rupanya hati yang berbicara sendiri itu ada kalanya mendamaikan. Ada waktunya menenangkan. Dan ada masanya, ia juga meletihkan. Itu lah hati.. hati aku, dan mungkin juga hati-hati kamu...

p/s: Hati itu boleh ibaratkan seperti kaca. Sekali ia retak, walau ia ditampal atau dilekat dengan gam atau pelekat yang paling canggih dalam dunia sekali pun, sudah pasti ia tidak akan cantik seperti yang asal. Oleh itu jagalah hati-hati yang kamu dampingi dari retak. Walau retaknya cuma satu.

Until next entry, selamat malam semua..

WaAllahualam
Wasalam..

14 comments:

Tirana said...

Adehhhh..kisah hati yang retak pulak kali ini. Fida ni banyak idea ek..hehehe

Luahan itu kadang-kadang perlu tapi tak semestinya pada manusia lain. Mengadu saja pada Allah, itu akan memberi kekuatan pada hati..

Afida Anuar said...

Heeeee...takde la banyak idea Kak Tirana, cuma smlm idea hati retak yg datang. Sy tulis je la,klu takde yg datang. Maka tak menulis la sy....hehehe.

InsyaAllah, Dia takkan pernah sy lupa untuk jadi tempat mengadu krn Dialah sumber ketenangan hati-hati manusia.


'dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang'

WaAllahualam.

Kay said...

letih bercakap dgn hati sendiri...

mengadulah pd Allah Yang Maha Mendengar...

Noli said...

noli ske mngadu pasal hati dlm c kecik..c kecik yg letih mndgr..hoho..

Anonymous said...

ada hati plastisin,

cincang cincang cincang.. sedih..

besok gumpal gumpal gumpal.. jadi seketul balik..

mustahilkah?

Afida Anuar said...

@Kay-->Kadang-kadang letih kay, kadang-kadang tidak. Tp bercakap denganNya tak pernah meletihkan:)

@Noli-->Owhh c kecik..akak tau sape..eheh..

@Khairi-->Hati cap plastisin? huh siapakah gerangan yang punyai hati sebegitu? senang kan klu hati itu diibaratkan spt plastisin... royok camne sekali pn, last2 leh bentuk jd elok balik...huh! tapi ada ke manusia yg punyai hati sebegitu? huhuhu

Anonymous said...

ok..kadang2 lepaskan apa yang terbuku..
tak semestinya betul..
memang bohong pun...
tapi itulah hakikat...hakikatnya penulis itu hatinya sangat halus.
yelah..kuasa Allah, sapa yang tau.
semoga kak nor bahagia sentiasa

...he..he..he
peace!

:.Yus.: said...

mengadu pd manusia kdg2 blh bt kita mkn sedih...

walau apa yg berlaku..DIA tetap sudi mendengar segala luahan hati hambaNya..malah Dia suka seandainya hambaNya mengadu kt Dia..

Afida Anuar said...

Ayah Su-->Jadi arr gune nama Anonymous ayah su..apa kata ayah su tulis nama ayah su lok..kat name/url tu..heee..
Amin..Alhamdulillah kak nor bahagia sokmo cni:D
Moga mok su ayah su pn bahagia di sana..peace!

Yus--> Akak Sokong..mmg betul... Dia takkan pernah letih mendengar luahan kita...

miSs dee 4 dino said...

fida,
banyaknye idea ko..suka aku baca..betul2.hati sekali ia retak..tampal lah dengan apa skali pun mmg xkan jadi mcm asal..

u make me thinkin..n thanks for that..

Anonymous said...

cukuplah dgn anon
easy come,easy go..

penyokong tetap..
coz i also never give up.....

Afida Anuar said...

@Ida-->Hee..idea-idea tu suka datang..aku tulis la.klu tak datang, aku tak tulis..eheh..
kan? mcam kaca hati ni..

@Ayah su-->hahahaha...easy come easy go?? takkan nk go dah..eheh..
ye..don't give up!

Johanna said...

Fida...mendalamnyer maksud fida..hehe fida leh wat novella..kalo sy msti x de idea nk tulis camtu..hehe

Afida Anuar said...

uhuh...sje tangan gatal2 nk tulis cenggitu..tak sampai tahap novel lagi la mami..ehhe

 

Browse