"Minah Tu Hensemmm"... Erkk..

Sunday, February 01, 2009
Pagi Sabtu semalam, Cik Laili menelefon meminta pertolongan aku untuk mencukupkan ahli team futsalnya untuk game sempena famili day Cyberjaya, yang berlangsung di Kelab Komuniti Cyberjaya. Ada member yang menarik diri di saat-saat akhir katanya, dan akhirnya terpaksa meminta aku menggantikannya.

Pada awalnya aku agak keberatan, kerana sudah berbulan-bulan aku tidak mengaktifkan diri dalam bidang kefutsalan. Apatah lagi training diaorang untuk game tu pun aku tak pernah ikut. Namun demi kawan, dan juga demi minat, aku pergi. Jadi bidan terjun orang kata.

Aku sampai sana dalam pukul 9, punya la ramai orang sampaikan aku terpaksa park Incik Hitam di tepi-tepi jalan dan terpaksa berjalan sejauh 1 kilometer (1 km ke?erkkk..aku rasa la) untuk ke gelanggang futsal yang terletak di hujung kelab.

Sampai di luar gelanggang, makk aii.... punya la banyak team futsal yang ambil bahagian dari serata Malaysia rupanya. Siap ada jersi masing-masing. Abes larr, aku dah mula cuak, namun seperti kata captain, "Takpe, kita main untuk suka-suka". Aku menurut perintah.

Bila tengok kebanyakan team perempuan yang bermain..fuhyooo!! Kagum aku, seolah memang diaorang dah kerja sebagai pemain futsal. Mantapp woo... aku rasa kalau lawan dengan team lelaki pun, mau kalah team laki nih, tu kalau team laki, kalau team aku ..lagi lah. Takpe-takpe... teringat kata-kata captain kitaorang, "Main untuk suka-suka"

Dalam pukul 11, team kitaorang dipanggil untuk masuk ke gelanggang 2, lawan dengan team apa-entah-nama, lupa dah, heee. Bila tengok pasukan lawan, gerun woo.. depa siap dengan jersi masing-masing, dengan short, rambut pun mengalahkan lelaki. Kadang-kadang aku konpius, eh ni kitaorang lawan team perempuan ke, team lelaki.. erkk whatever...

Main punya main untuk game selama 6 minit tu... jeng jeng jeng.... team kitaorang kalah woooo. Teruk juga kene belasah!! Memang benar la kata captain..kitaorang memang main untuk suka-suka. Aku rasa berada di gelanggang futsal semalam , macam kitaorang buat lawak pun ada kat dalam sana, bukannya bermain futsal.. hahahaha. Dah la rules untuk game hari tu langsung aku tak tahu. Pengadil tengok kitaorang main pun , mungkin tergelak-gelak dalam hati.. aku rasa lar...

Apa pun, kitaorang balik awal, tak sempat perform untuk second game. Belasah jek.. hahahaha. Balik pulak dengan rasa lapar... singgah jap makan nasi beriyani gam johor dengan kawan-kawan.. Sodappppppppp

p/s: Captain perempuan dari team yang kitaorang lawan tu.. 'hensemm' uuuuuu.. erkk..

Till next entry

WaAllahualam
Wasalam.

5 comments:

Palie said...

ko kompom ke tu perempuan? siap pakai short ape sume.. ko x try rembat bola kat *tut* kalo die guling2 menahan sakit tu maknenye laki la tu.. hehehe..

haaaiiissshh perempuan zaman skang.. main futsal ok lagi.. tp sampai nk mngikut2 gaya laki dgn berambut pendek (sah2 la x pakai tudung kan).. pakai short lagikk.. camne la nk wat calon isteri? iisssskkkk...

Tirana said...

Hahhaha...hebat Fida main futsal.. Kalau kak tirana yang main, bukan kak tirana kejar bola tapi bole kejar kak tirana agaknya..hehehe..Team lain tu main nak memang...bukan main suka2..

:.Yus.: said...

wah k.fida..jgn main2..power tu..xpe akak kalah yg pntg pengalaman..kuar peluh tu yg penting..tp smpt ke kuar peluh..erk..hahahaha..

tp klu yus rsnya lgsg xgerak..mmg xreti n xde bakat.xlasak la bak kata org..men badminton je yg lepas..hehe

p/s:akak bl nk men badminton nih..dh lm xkuar peluh ni :P

Afida Anuar said...

Palie-->Nak terai rembat bola kat "tutt" cemane, bola pun asyik melepas jek..erkk..heeeee

Kak Tirana-->hehehehe, tak hebat mana pun kalau kak tirana tengok fida main... bola lak asyik melepas jek.. owhh fida kene kad kuning, sbb jatuhkan lawan...heeeeee

Yus-->power berlari-lari dalam gelanggang jek yus..main bola tak power pun..heeee

p/s: itu lah, teringin nk main badminton kt komuniti belakang umah kita nih..jom jom...

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse