Bangkit dan Kuih Bangkit..

Monday, February 02, 2009
Banggg!!!!!

Cikgu Amir merembas buku teks matematik tambahan betul-betul di depan mata aku. Aku terkesima. Namun aku sudah dapat menghidu kenapa dia bertindak sedemikian rupa.

"Kamu tahu markah ujian kamu berapa?", tanya Cikgu Amir garang.

Aku menggelengkan kepala.

"10%!!!"

"Selama saya mengajar matematik tambahan, tak pernah seorang pun student saya dapat 10%!!!", rungut Cikgu Amir.

Aku diam tunduk memandang meja. Memang salah aku. Selama 2 minggu aku tidak datang sekolah akibat chicken pox, satu buku pun aku tak sentuh.

"Saya cuti 2 minggu lepas cikgu. Saya tak sempat nak 'catch up' semua bab yang cikgu ajar", aku bersuara tersekat-sekat,.

"Saya tak suke dengar sebarang alasan. Ujian lepas ni saya nak tengok awak lulus! Faham!!", gertak Cikgu Amir.

Aku mengangguk laju. Benar-benar takut dengan gertakan Cikgu Amir itu.

Petang tu, kebetulan jiran sebelah rumah aku memberi kuih bangkit. Serius banyak gila aku makan. Tak sangka pulak, hasil dari memakan kuih bangkit, aku berjaya bangkit dari kegagalan dan cuba membuat latihan matematik tambahan dengan bersungguh-sungguh. Hasilnya, markah ujian matematik tambahan selepas itu ... aku berjaya dapat 'A'!!!!

"Syabas Afida!! Cikgu bangga kamu mampu bangkit kembali!", cikgu Amir.

"Ni kes saya makan kuih bangkit banyak sangat lar cikgu!", aku dalam hati.

heh!

MORAL OF THE STORY: Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Usaha dan usaha lagi, insyaAllah berjaya... (Aku yang pandai menasihati orang ~lalalalala~)

p/s: Tapi semalam aku gagal lagi!!! Tolong jangan tanya apa yang aku telah gagal itu...yang penting, tolong la beri aku kekuatan untuk aku 'bangkit' dari kegagalan itu. huh!

Nak kene makan kuih bangkit banyak-banyak lagi ke? erkkk..

Till then

WaAllahualam
Wasalam..

10 comments:

Tirana said...

Fida...

Kak Tirana ada satu balang kuih bangkit kat dapur tu..entah dari mana hubby kak tirana dapat..Tiba-tiba aje dia bawak balik..hehehe.. Kalau dekat boleh bagi kat Fida..kot2 boleh bangkit dari kegagalan..ek gagal ke? Apa yang gagal? Dalam rumah ni tak ada siapa yang suka kuih bangkit..hehehe

:.Yus.: said...

sekali gagal bkn bererti kalah bt selama2nya tp jgnla diulang kegagalan itu..

kuatkan diri utk bangkit.kerana walau byk kali kita bangkit tp ttp xsama dgn apa yg pernah kita lalui..

erk..betul ke ek ayat tu..cm pelik je..huhu

syahza said...

toin pun nak kuih bangkit.. tolongggg mcm xde semgt nak keje ni

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->Lar..fida suke bangat kuih bangkit..eheh.. klu la kak tirana berjiran jek.heeee..bukan gagal apa akak..cuma rasa macam..erkk..takpe la abaikan..hehehhehe

yus-->heee, anggap la ayat tu betul yus! eheh

Cik Toin-->jom kita gi cari kuih bangkit!..ehehhehehhe

unicorn said...

kalo mkn kuih yg gune tepung naik sendiri?

Afida Anuar said...

erkk kuih yg de tepung naik sendri tu dok terai lagi lar yoe... cuma mu terai..heeeeee...

~~Noli said...

ade yg mkn kuey bangkit tp dok bangkit2..ni kes sbb mkn kuey bangkit ms tdo..erkk..terlekat(bace tercekik..hihi)!!

LeLs said...

ade lagi tak kuih bangkit,kak fida??

hehe~

Afida Anuar said...

Noli--> Ada jugak yg makan kuih bangkit masa tido (baca: tercekik)? dahsat2.. heeee

Lels-->Takde la lels..ni yg nk kene cari ni..sbb tak bangkit2 lagi nih..huhuhu

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse