Sikit Jer..

Tuesday, February 10, 2009
Nama Pesakit: Puan Nor Afida Anuar
Nama Doktor : Dr Aina

Aku sengih memandang tag nama yang diletakkan di dinding bersebelahan katil aku. Tidak mengapa, mereka mendoakan gamaknya.

Pagi Sabtu itu, seawal pukul 8.45 pagi nurse yang bertugas sudah datang membawa katil bergerak, mahu membawa aku ke dewan bedah. Ketar tu memang la, tapi aku buat-buat cool. Mak aku dan adik-adik aku kan ada, so kene kaber la. Hey..aku kan tabah orangnya! Aku akan okay... definitely! Itu kata aku dalam hati. heee..

Walaupun waktu tu aku boleh berjalan apa bagai, tapi aku tetap disuruh berbaring di atas katil bergerak tu. Seorang nurse menyorong katil bergerak membawa aku masuk ke dewan bedah. di tingkat 5 katanya. Mak dan adik-adik aku disuruh menunggu di ruang menunggu. Masuk jek, aku tak disorong terus masuk ke ruang bedah. Tapi diletakkan di satu tempat menunggu untuk persiapan pembedahan aku rasa. Dalam 15 minit ada la aku terbaring jek kat situ tatau nak buat apa. Dah la sejuk bangat dalam tu. Last-last, aku pejamkan mata. Purak-purak tidur.

Tiba-tiba aku 'dikejutkan' oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai doktor bius.

"Afida, Saya doktor Rashid, doktor bius awak hari ni. Ada pakai lense?"

Aku geleng.

"Pakai gigi palsu, barang kemas?"

Aku geleng lagi.

"Pernah dibedah?"

Geleng lagi.

"Pukul berapa Afida last makan semalam?"

"Pukul 9 tak silap, supper", aku.

"Okay bagus, nurse boleh bawak dia masuk sekarang", arah doktor Rashid.

"Afida, selawat banyak-banyak eh, insyaAllah semuanya okay", doktor Rashid cuba menenangkan aku. Mungkin nampak aku sedikit ketakutan kut.

Aku dibawa masuk ke bilik bedah oleh seorang nurse lain. Dalam perjalanan ke sana, dia tidak habis-habis mengingatkan aku untuk selawat banyak-banyak. Minta Allah permudahkan pembedahan itu. Dalam hati pula, aku berdoa sebaik mungkin. Cuak seh..

Masuk bilik bedah, suhu dingin mencekik-cekik kulit badan. Selimut tebal biru yang digunakan untuk menyelimuti badan aku itu seolah langsung tidak mampu menahan suhu dingin dewan bedah itu. Doktor Aina, doktor yang bertanggungjawab untuk melakukan pembedahan itu tiba-tiba masuk disusuli beberapa orang pembantunya. Menenangkan aku buat seketika. Arghh..baik betul la Doktor Aina tuh..

Doktor Rashid pula, melakukan sesuatu kepada pergelangan tangan kananku. Disuruhnya aku genggam dan lepas, mencari nadi untuk dicucuk jarum bagi memudahkannya memasukkan ubat bius aku kira. Akhirnya berjaya , tapi aku rasa ada sedikit sakit seolah digigit semut di pergelangan tangan aku tu.

Tiba-tiba, ada seorang pembantu menyarungkan mulut aku dengan alat bantuan pernafasan. Oksigen katanya. "Tarik nafas dalam-dalam"... Doktor Rashid pula dalam masa yang sama memberitahu ubat yang bakal dimasukkannya itu sedikit menyakitkan. Memang menyakitkan. Seolah ada sesuatu pedih yang menjalar masuk melalui pergelangan tangan aku tu, terus ke hujung lengan dan tiba-tiba...ya Allah...semua jadi kelam. Hitam..

Kepala aku jadi berat. Bibir aku seolah bengkak. Sakitt. Aku masih tidak mampu membuka mata sepenuhnya. Tangan aku terasa begitu payah untuk digerakkan. Tapi aku berusaha untuk merasa tempat yang dibedah. Sudah dibalut! Aku rasa seolah aku ingin terus memejamkan mata. Tapi ada seorang nurse yang mungkin perasan aku sudah hampir sedar seakan ingin mengajak aku berbual-bual.

Doktor Rashid dan Doktor Aina datang menjengah sekejap, ketika nurse itu sedang sibuk memperkatakan sesuatu kepada aku, yang aku sendiri pun antara dengar dan tak dengar.

"Okay, dah boleh bawak dia masuk ke wad", dengar suara Doktor Aina sayup-sayup.

Aku disorongnya lagi di atas katil bergerak itu untuk dibawa ke wad As-Saadah yang terletak di tingkat 4. Dalam mata antara pejam dan katup itu, tiba-tiba aku perasan mak aku dan adik-adik aku kini sudah ada sekali mengiringi katil bergerak aku. Arghh, mak aku menangis! Part ni paling aku tak suka. Haduhhh...

"Kak Nor okay mak..Kak Nor okay.. sikit jer ni", aku dalam hati.

Selepas operation tu, masa di wad, mak suruh aku tidur. Namun mata aku seolah tidak mampu untuk lena walaupun otak aku terasa letih dan pening yang amat. Tapi aku tetap cuba memejamkan mata. Moga-moga aku bakal temui lena itu.

Kedengaran mak aku menelefon ayah aku di kampung mengatakan aku sudah selamat keluar. Aku keluar dari bilik bedah lebih kurang 11.30. Itu antara butir perbualan mereka. Owhh, agak lama rupanya aku di dalam sana.

Masih..lena itu tidak aku temui. Seorang nurse masuk ke bilik. Meminta untuk diperiksa tekanan darah. Normal. Selepas itu Doktor Aina pula masuk menanyakan keadaan aku. Masa tu pening-pening lalat sudah mulai menghilang, namun lekas aku bertanyakan perihal keluar hospital, erkk heee. Katanya, kalau aku dah tidak ada apa-apa, petang ni pun dia boleh keluarkan aku. Tapi better pagi besok la, nasihatnya.

Azan Zohor kedengaran di corong speaker yang membolehkan seluruh warga hospital yang terletak betul-betul bertentangan dengan IJN itu tahu akan masukknya waktu solat Fardhu Zohor. Mak menanyakan sama ada aku boleh menunaikan solat normal, atau mahu berbaring di katil. Aku cuba bangun dari katil dulu. Pening pun sudah hampir hilang. Aku kata, aku solat macam biasa la. Lagipun dah makin okay. Risau mak aku melihatkan aku terkedek-kedek masuk bilik air yang cuma terletak di sebelah katil.

"Kalau pening dalam bilik air tu panggil yer kak nor", pesan mak. Aku angguk lemah. Kononnya lar. Orang lepas operate mana boleh nak angguk-angguk ganas lagi kan? eheh.

Cuma yang aku perasan, lepas daripada operation ni, banyak kuasa yang aku hilang. Tangan kanan aku seolah sudah tidak mampu untuk mengangkat benda-benda berat. Hari pertama operation, nak pakai baju sembahyang pun perlukan bantuan mak aku. Nak pakai baju biasa lagi la. Kalau nak sikat rambut, basuh muka, bla bla bla, banyak yang aku lakukan dengan tangan kiri. Nak buat macam mana. Terpaksa jadi kidal sementara.

Even nak angkat lappy ni guna tangan kanan pun, mak aku dah belebel habis-habisan.

"Ala takpe, sikit jek sakit nih", ayat kaber aku.

Aku ingatkan jadi 'mutant' ni lagi banyak kuasa yang aku dapat. Rupanya lagi kurang, haihhhh!

Apa pun, terima kasih yer buat semua yang sudi melawat, SMS, telefon. Kak Nass yang telefon dari New Zealand, mekasih Kak Nass, dan kepada semua yang mendoakan. Terima kasih banyak-banyak.

p/s: Nampaknya Pilihanraya kecil bakal berlaku lagi!! Harapnya lepas ni tade la makcik tu nak kutuk pas 'dok rok cettong' lagi! Heh! Dalam sakit-sakit, sempat lagi nak berpolitik nih..eheh

Till then

WaAllahualam
Wasalam..

23 comments:

Khairi said...

tahniah fida. selamat kembali. walaupun saya taktau butir-butir sakit awak tapi gembira awk dah kembali sihat.

insyaAllah ada masa nak jumpa lagi. tengok fida yang lebih sihat mcm mana mutantnya hehehe..

Afida Anuar said...

Hee, x perlu tau butirnya khairi. Sikit jek sakit ni pun.heee

InsyaAllah, ada masa tiada aral nanti leh jmpa lagi..tp bila tu tatau la..erkk..

kut2 time lawat anak awak nnti noo;)

Tirana said...

Alhamdulillah dah selamat...
Kak tirana boleh bayangkan situasi Fida sebab kak tirana ni dah dua kali kena operate..hehehe.. alhamdulillah masih bernafas sehingga kini.

natni said...

harap puan segera sembuh
kami merindui mu
ding donggg

^___^

NaZRaHKu =) said...

Smoga cepat sembuh kak fida..
tetibe teringat mase saye operate hr tu..hhuhu..

Hafeeny said...

Alhamdulillah..smg cepat sembuh.
take care!

Kehelan said...

celoteh Fida telah kembali!!

alhamdulillah, selamat semuanya!

M@YaZ said...

eh .. kak fida operate? Sakit apa ni? Tak story telling kat kami pun? Alhamdulillah, Semua dah selamat ek? Tak kuat ek? Hem, lendir2 gamat la nak bagi sihat dan kuat ;)

saizulhafiz said...

agak2 la lepas operate trus tgk politik.hahahaha...alhamdullilah ko slmt.best x operate mesti siksa kan..hahaha

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->huhu..Alhamdulillah semua selamat..Kak Tirananye musti kes melahirkan anak sampai kene operate 2 kali..kan?erkk..

Intan-->Mekasih iNtan..puan afida dah okay sket.Cuma kerja2 yg teruk2 tu kene postpone jap..kete pn xleh bawak lagi nih..whuaaaaa

Nazrah-->InsyaAllah naz..heheh..itu la, masa nak operate tu teringat2 cerita naz..heeee

Ifah-->mekasih ifah.

Kay-->Celoteh si mutant telah kembali..eeheh..alhamdulillah kay, smeua selamat..

Aizat-->Tak story telling apanye..petang tu yg akak bgitau tu..erkk... hee,itu lah makan lendir gamat la ni..yum yum:P

Saizul-->hahahah, tertengok bab politik saizul... nak kata seksa tu..erkk.. sket2 la kut...mu penoh operate..mu tau la kan gane2 keadaan;)

natni said...

uwaahha kak fida
kembalilahhhhhhhhhhh
fenin nye keadaan dsini

hehehehehe
O_o

Afida Anuar said...

huh..fenin?? alamakkk lg la rasa macam enggak mau kembali dah intan..erkkk...heeeeee

eh, sape yg ganti billability aku eh?erkkk...

:.Yus.: said...

salam akak..alhamdulilah akak selamat..mg akak cpt sembuh..jg diri leklok..jgn agkt brg2 berat.berjela2 nasihat..hehe

erk bl akak kata sakit ms masukkan ubat tu..trs yus terigt ms bt ct scan dl..kn inject sakit jgk..terasa kesakitan itu skrg ni..aduii....

miSs dee 4 dino said...

fida..
welcome back..tengah sedap2 baca entry kamu boleh lak ie nie restart..sabar je lah..agak seram lah..saya semakin takut..huhuhu..masih berkira2 mau gi ke x nie..adoi..nyway..take care tau..ingat..awak masih lum kuat lagi..jangan nak ganaz2 ok!

agHoo said...

sakit apa yerk??bleykah ingin diketahui??

Afida Anuar said...

Yus-->erkk,nasihat dr orang dekat ni akak tak dengar..angkat brg yg terlalu berat tu takde la, adehh cam org br pas beranak pulak..heeeee

Miss dee 4 dino-->heee..apapun ida,langkah pertama itu penting..plis, ada masa pi jumpa sama itu incik doktor yaa!

Arif-->Sakit kus kus..heee...nnti la bila jmpa aku bgitau ek..erkkk....

M@YaZ said...

"Saizul-->hahahah, tertengok bab politik saizul... nak kata seksa tu..erkk.. sket2 la kut...mu penoh operate..mu tau la kan gane2 keadaan;)"

Semua laki pernah operate. Wakakkaka [gelak sengal sambil guling2]

~~Noli said...

semoga slmat kmbali ke cni kakak..
duk kg igt etek ke noli yer.. =)

diana said...

Semua laki pernah operate. Wakakkaka [gelak sengal sambil guling2] <--jat sengal..

syukur ye sifu blogger ni dh selamat..

mcm mana keadaan bedah ni ek..takut~~

Afida Anuar said...

Aizat-->adehh, ajat2, leh plak terpikir tang tu.. yg operate lelaki tu lain la..yg saizul operate ni lain..heeee kan saizul kan? eheh

Noli-->ingt2 bakpe dok ingat nyer..
heee

Diey--> rasanya time masa bedah tu tak menakutkan slps bedah..erkk. Sbb masa tu satu apa pun kita tak sedar..tp time lepas bedah ni, nak jaganye..aduhhh

M@YaZ said...

haha .. betul la. Setengah orang siap kena bius lagi. Hoho. :P

Sesungguhnya saya sangat sengal bila busan melanda hati :D

Afida Anuar said...

Haha..kat part tu jek yg dibiusnya..bukannye bius langsung tak sedar:P

haduhhh kat umah ni pn buhsan jugak, tp bosan2 pun besttt...heeeeeeee

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse