Terai Not To Kerai..

Friday, February 27, 2009
Try not to cry little one
You’re not alone
I’ll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I’ll throw with you.....

Aku rasa aku ego orangnya, errrkk... Aku tak suka simpati orang pada aku dan aku tak suka orang memandang aku dengan penuh belas kasihan. Kerana aku merasakan belas kasihan itu bisa melemahkan semangat aku yang sudah sedia tabah, eceh (perasan tabah uu, hehe)

Dan lagi, aku tak suka bila semangat aku jadi lemah. Kerana semangat yang lemah itu, begitu menggoda air mata untuk keluar. Dan bila air mata mengalir keluar... hurmm..Dia je la yang tahu keharuan dan kebiruan rasa hati itu.

Tapi bila menangis atas sejadah, lain pulak jadinya, kan? Lagi menambahkan ketabahan hati. Lagi memulihkan jiwa yang remuk. Lagi menyembuhkan keluh resah jiwa. Ajaib betul la air mata yang Dia cipta ni. Bisa melemahkan..dan bisa memulihkan. Maha Suci Dia Yang Maha Mencipta..

Air mata yang keluar saat menguap mengantuk tu...lain cerita la pulak. Nak panggil air mata apa tu ek? ke air mata tidur? ngeee...

Lagi satu "Air mata buaya" , pernah dengar? erkk...

15 comments:

Kehelan said...

semua org ada ego masing2... ada yg pandai uruskan ego, ada yg tak...

ada ygego dia membawa kpd kebaikan, ada yg membawa kpd keburukan diri sendiri...

tp kan Fida... kalu rasa tiba2 nak menangis tuh... jgn ditahan2, lepaskan aje...

menangis tak semestinya menunjukkan kita lemah...
menangis tak semestinya menunjukkan kita kalah...
menangis tak semestinya menunjukkan kita lelah...
menangis tak semestinya menunjukkan kita resah...

menangislah... nnt ia akan buatkan kita tabah...

tp jgn selalu pulak... :)

:.Yus.: said...

kadang2 menangis itu perlu...dgn menangis dpt menghilangkan sebak di dada..

dlm byk2 air mata..air mata d sepertiga mlm paling berharga..airmata keinsafan mengenang dosa kita terhadapNya

Tirana said...

Haaa..tau dah fida tak suka simpati so lepas ni tak payah la tunjuk simpati kat dia..hehehe

Fida, tak pernah dengar lagi air mata buaya. buaya pun menangis ke? Kalau air mata buaya darat pernah la tengok..hahahaha

It4Ch1 said...

biarlah tangis tika sembahyang dan membaca al-quran. kenangkan betapa kerdilnya kita berbanding kebesaran tuhan yang satu.

(sebak tika tulis komen ini)

syahza said...

nangis2 ni nak jd kassim selamat ke hape?

air mata boyer.. dh berkali2 kulihat... rasa nak lempang jerr

miSs dee 4 dino said...

huhu..kwn aku mase skolah dulu pernah cakap "ida, jgn menangis..airmata tuh mahal..xelok bazirkan" mahal erk??aku pun xtau..aku nie sng sgt ngs..over sensitif agaknye..oppss..!

NaZRaHKu =) said...

saya setuju dgn Kehelan..air mata tu bukan tanda kita lemah..

bagi saya, sebenarnya air mata itu adalah anugerah dari Maha Pencipta yang mengerti hati dan perasaan seorang wanita..yang di luarnya mungkin nampak lembut tapi di dalamnya keras..

air mata adalah sumber kekuatan yang Allah kurniakan pada wanita..untuk mengharungi saat suka dan duka dalam kehidupan..yang menjadikan wanita lebih tabah dan kuat..

sebab tu lah tangan yang menghayun buaian ni mampu mengoncang dunia!

Afida Anuar said...

Kay-->erkk..selalu aku tahan jek klu ada orang..nnti dah sorang2 dia jatuh jugak..whuaaaaaaaaaaaa..

Yus-->kenapa akak klu nangis lg sebak kat dada, sampai kelu nak berkata-kata..eheh

Kak Tirana-->erkk..heeee. Air mata buaya ni, air mata lelaki yang menipu perempuan. Konon dah insaf apa bagai..tp..konon air mata tuk pujuk perempuan...cenggitu la kut takrifnya kak tirana;)

Mus-->aku pun sebak membaca..erkk

Cik toin-->kassim selamat? siapa itu kasim selamat? heeeee. Cik toin, lain kali klu jumpa lg air mata buaya tu..lempang aje biar jadi lempeng;).

Ida-->oversensitip ek ko..hurmm. yer ke? cam tak caye jek..heeee

Naz-->benar apa yang ditulis itu...
klu masuk pertandingan komen ni, naz dah menang nih..ehehehe

miSs dee 4 dino said...

fida..i am..tp bile bersama rakan2 yang best macam ko..aku jd terlebih gembira..so xobvious la..hikhik

AL-BIMA SAKTI said...

semangat yg lemah
akan timbul pelbagai masalah
penyakit mudah menyerlah
kecekalan tak akan kebah
akan mudah gelabah
akan mudah rebah
pendek kata tak hebat dan tak gagah... he he he he...

baanu said...

terai-ing 2 pinish tesding past2...

Afida Anuar said...

Ida-->aisehh..mcm tu ka?? aku kawan yg best?? adehh malu la puji depan2 cenggini..ahakss..
pssssssttt.ko pun same:D

Al-Bima Sakti-->yer, stuju..sbb tu la cuba maintain tabah ni(konon)..erkk
heeee

Baanu-->yeaa..i'm done with my part..~lallalalalalal

Anonymous said...

kak no
yap..dunia remaja yang lengkap
suka,duka dan airmata!
may be..akan pegi to next world..
yelah tu.. tangan yang hayun buaian...kalo solo? gimana?
nak hayun ape? tangan yang hayun buaian tu ade laki-laki disebelah!
he..he..........peace!

Afida Anuar said...

Ayah su,dulu hayun buaian adik tade laki pun kat seblah..bole jek hayun:P

Yer la yer la, kak nor paham maksud ayah su tu..insyaAllah akan tiba masanya nanti... sabo sabo..eheh

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse