Macam Baru Lepas Bersalin...

Wednesday, February 11, 2009
Cuti sakit, doktor kasi aku berehat selama seminggu. Padahal doktor dah tanya aku, nak cuti berapa lama? Kenapa la time tu aku jawab seminggu. Tak jawab sebulan ke, setahun ke..erkk. Rasa macam nak cuti lagi lama laa..

Berehat-rehat kat rumah, tak banyak kerja yang aku boleh buat. Nak masak pun mak aku larang. Nak kemas-kemas rumah, sidai baju apa bagai lagi la mak aku kata tak payah buat. Macam puteri raja pulak aku rasa. Tapi semalam dan hari ni, aku cuba buat jugak apa yang patut. Rasa macam tak betah sangat la nak jadi 'puteri raja' ni. ..eheh

Bab makan lain pulak ceritanya, banyak yang aku kene pantang. Serba serbi tak boleh makan. Daging, ikan-ikan tertentu, udang, ketam, sayur-sayur tertentu, telur.. dan banyak lagi la. Whuaaaaaa....

Mak aku kata kene jaga makan, walaupun nampak luka kat luar dah hampir sembuh, luka kat dalam tak tahu macam mana. Sebab tu kene pantang. Aku akur, tapi semalam, dalam senyap, aku ngap jugak sebiji karipap daging...erkkk. Tak boleh tahan la melihatkan kerangupan karipap daging yang sedap itu. Akibatnya, semalam rasa jugak la berdenyut-denyut tempat jahitan tu. Sabar jek la. Dah degil sangat tak nak pantang, sapa suruh... padan muka aku! Tau dek mak aku nih...huhuhu

Owhh yer, aku pun terpaksa berpantang dari membawa Incik Hitam, apatah lagi memandi dan membelainya, haaihh... Nasib baik la mengadap lappy, ngadap tv, baca buku ni tak perlu berpantang. Kalau tidak...

Rasa macam orang baru lepas bersalin pun ada aku nih...erkkk

p/s: Kawan aku kata, dia tahu aku memang berpantang pun. Pantang tengok internet! haha!

Till then..

WaAllahualam
Wasalam.

16 comments:

miezi said...

camne operation? ok?
rehat cukup2 ye :)

Tirana said...

hehehe..berpantang macam orang lepas besalin ke? Kak tirana lepas bersalin tak pantang pun..lepas operation pun tak pantang..makan semua tapi makanan yang kak tirana ellergic memang kak tirana elakkan bukan saja lepas bersalin atau lepas pantang, sepanjang masa pun tak makan..hhehe

Afida Anuar said...

Miezi-->alhamdulillah. operation went well that day..cuba rehat cukup2 ni, itu la, rsa sminggu mcm tak cukup jek..erkk..heee

Kak Tirana-->Owhh, itu la. Kalau kat hospital pun, dia kasi jek makanan2 tu semua. Tp ni Fida ikut cakap mak n tok suh pantang2. Diaorang takut bahagian dalam tu lambat baik..huh..kalau ikutkan fida la akak, rasa macam semua nak ngap semua jek..heeee

:.Yus.: said...

cm org leps pantang..huhu..xpe2 atleast dh merasa skit2..nnt bl dh smpi ms yg betul nye..dh baisa dh..xdela tekejut...huhu

haih degil la anok mok nih..mok kabo duk diam2..nk wak keje gok..hehe :P

agHoo said...

besor x tumbuh-tumbuhan tuh??
xleh simpan ke?wat album huhu..

agHoo said...
This comment has been removed by the author.
agHoo said...
This comment has been removed by the author.
Afida Anuar said...

yus--> merasa sket2 jek... klu yg benar2 nanti tatau la..itu lah, anok mok ni mmg degil pn yus..ari ni lok akak ngap sekeping daging masak merah...erkkk..heeeee

Arif-->Kut yer pun nk tnye pasal tumbuh2an, tak payah la sampai 3 komen arif..heee.. xder la besar sangat kut..tp itu la, dia tak kasi pun ari tu. kalau tak leh wat album. Dia amik nk buat kajian katanya. 2 minggu lg tau la result tumbuh-tumbuhan tu jenis pe, parasit ke, menjalar ke, apa ke...heeee

M@YaZ said...

Pantang tak hapdet blog~!

Afida Anuar said...

Hahahaha... ye la ajat.. nama pn sifu of blog (perasan), mana boleh kalau tak apdet:P

p/s: Dianaagn yg kasi nama 'sifu of blog', eheh..

agHoo said...

hahahha pc mengong,tekan xkuar..last2 kuar sampai 3x wakakaka..

Kehelan said...
This comment has been removed by the author.
Kehelan said...

makcik... ooo makcik... tgk Fida nih degil... dia makan karipap makcik..

haaaa.... kan dh kena! makan laa lagi... makan la lagi...

ekekeekeke

Afida Anuar said...

Arif-->owhh pc mengong rupanye..ingtkn terlalu eager nk tau sampai kasi komen 3bijik..eheh

Kay-->erkk..makcik kata dia cam dengar de orang sound dia smlm, tp x clear..ekekeke..x cukup kuat la kay..heee...

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

 

Browse