Jom Lari

Wednesday, February 25, 2009
Aku nak lari. Tapi aku tak tahu nak lari ke mana. Walaupun ada sedikit persiapan yang aku buat untuk melarikan diri, tapi.... aku masih di sini. Tempat ini, tapak ini, bumi ini, huh. Aku rasa kalau dalam perlumbaan ni, mesti aku dapat nombor paling last. Orang lain dah mulakan larian, tapi aku....

Masa kecil-kecil dulu, masa tengah jahil, lepas kene marah teruk dek mak ayah, pasti aku terfikir nak larikan diri sebab ingat mak dan ayah dah tak sayang aku lagi. Tapi takde la aku lari betul-betul. Cuma terlintas di fikiran jek. Padahal hakikat sebenar....sayang lah yang membuatkan mereka marahkan aku, nakal sangat aku nih!!! haihhh. Kadang-kadang bila diingatkan kejadian mahu melarikan diri pada zaman itu, kelakar jugak sebenarnya. hehe.

Owhh yer, seingat aku, aku tidak pernah memenangi tempat pertama dalam apa jua sukan larian. Aku memang tidak dikurniakan bakat dalam bidang larian. Apatah lagi untuk mengalahkan Ziana Zain, ratu pecut sekolah aku waktu dulu. Jangan tak tahu, Ziana Zain tu kawan aku.

Namanya Nor Ziana binti Zain. Tapi ni bukanlah Ziana Zain penyanyi bersuara lunak merangkap pelakon cerita sembilu tu. Ini Ziana Zain lain. Kecik-kecik molek orangnya. Tapi sekali mengatur langkah untuk berlari...fuhh, aku rasa pelari kebangsaan Uganda pun boleh kalah. eheh..

Serius la aku rasa macam nak lari. Badan pun boleh jadi sihat ni .

"Tapi Fida..warm up dulu eh!"

16 comments:

It4Ch1 said...

aku slalu gak lari. tapi lari duk kat luar tepi umah. bile da abes majuk masuk balik. haha

Khairi said...

lari setempat je fida, takde masa, masa mandi leh pe.. :p

miSs dee 4 dino said...

fida..aku join ko eh..aku pun rasa nak lari nie..tp kita warm up dulu la..cepat2..

Tirana said...

hahaha...betul kata khairi..lari setempat..tak payah susah2 lari jauh2..kalau lari setempat sambil tengok tv pun boleh lari..hehehe tapi kalau nak lari dalam bilik air masa tengah mandi macam yang khairi syorkan tu kena hati2 takut bedebub jatuh..hehehe..maklumla lantai bilik air tu kan licin..

syahza said...

tapi kan cik pida, kalo berjalan perlahan-lahan pun bagus juga.. x perlu berlari nnt kene kejar ngn aungg auungggg (bunyi anjing cacat, kalo x tahu.. hehe)

unicorn said...

lari-lari anak je dulu....dh nmpk nnti, baru pecut

M@YaZ said...

Lek je kak .. Dok je kat XXX ni .. haha .. sampai kena buang ;)

Afida Anuar said...

Mus-->lar, duk tepi rumah jek...x mencabar langsung..ehehe.

Khairi-->lar,spt kata kak tirana, lantai licin khairi..heee. Penah buat masa kecik2...n penah jatuh lam bilik mandi sbb licin...gedebukk..aduhh..heee..

Ida-->cepat ida cepat..tp aku x bawak kasut sukan arr..kaki ayam aci kut..erkkk

Kak Tirana-->selalu buat lari setempat ni dalam bilik. Tapi bilik tu lantai papan. bila berlari jek..erkk...heeeee

Cik Toin-->hahaha..mmg tatau pun camtu rupanya bunyi anjing cacat...ehehe

Unicorn-->hurmm..klu nak lari-lari baby aci..erkk...

Ajat-->ni bukan pasal nak lari dari kampeni XXX la..ni mmg nak lari..exercise..tuk sihatkan badan eceh poyo jek aku nih:P

aziz said...

buat pe nk lari.. naik kete la.. kete kan ade..

:.Yus.: said...

akak dh lm xmen badminton..bl next game?..jom jogging ujung mgu nih..hehe

Kehelan said...

tak pernah terpikir nak lari dr rumah...

tak pernah terpikir nak berlari2 anak...

selalu lari nak kejar komuter je cam smlm...

smpi tepat 6.05 ptg, org dh abis naik tren... lmbai2 manja kat driver tren suh tunggu...


hihihihih

miezi said...

semoga berjaya

Afida Anuar said...

Aziz-->naik kete tak jadi la nk sihatkan badan ajis:P

yus-->jom badminton. Klu badminton automatik leh joging. kan ke komuniti kat sblah tu dah bukak.. apa lagi kita book satu court..mau?erk..nnti roger2 balik eh..

Kay-->perghh lambai2 manja uu..sah lepas ni, dia musti tunggu kay..heeeeee

Miezi-->Terima kasih incik miezi.

arif said...

wat letih jerk lari..jalan2 sudey hehe..

Afida Anuar said...

Arif? Arif Aro atau Arif anak Ustaz Hasan ni? erkk.. ker org lain..hehehe
Ramai sgt nama arif..uhuh..

LAri la bagus, jalan2 lambat. Nnti kene tinggal..baru tau..eheh

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse