Rumah Bujang!!??

Tuesday, August 12, 2008
Aku jalan, dia pun jalan.
Aku mempercepatkan langkahku, dia pun mempercepatkan langkahnya.
Hati aku terasa lain macam.

"Tak boleh jadi ni", kataku sendirian

Aku berhenti. Mak aii, dia pun berhenti!
Aku memberanikan diri memandang dia yang kelihatan berada di sebelahku.

Ceh, bayang aku rupanya! Haihhh, kacau daun betul la. Buat malu je kalau ada orang tengok gelagat aku! Heh!

Aku mempercepatkan langkah ke food court arena, kelihatan ramai pulak orang yang lepak kat food court tu petang ni. Tanpa memandang manusia-manusia di dalam food court tu, aku meluru ke kedai yang biasa aku pergi tu.

"Pakcik, nak nasi putih, tomyam dan telur dadar satu. Bungkus ye!", pesan aku.

Pakcik merangkap tokei kedai tu memandang aku yang kelihatan kalut-kalut ni sambil tersenyum. Aku senyum je la balik. Mungkin dia sudah biasa memandang muka aku setiap hari. Maklum lah,time lunch aje, memang kedai dia la yang aku serbu. Dia mencatatkan pesananku di atas sebuah buku. Aku tengok, tulisan dia lagi cantik dari tulisan aku. Heh! Tak boleh jadi ni. hahaha

"Ok dik, duduk dulu yer, nanti siap pakcik panggil", aku dah agak itu jawapannya.

Aku mencari tempat paling strategik. Depan tv. Masa tu depa tengah pasang tv9. Cerita Indonesia. Soleha. Cerita peberet adik-adik aku yang kat rumah tu. Ye la, setiap kali telefon depa petang-petang, musti diaorang cakap tengah tengok 'Soleha'. Aisehhh...tengah layan cerita Soleha tak sampai sepuluh minit, Pakcik tokei kedai tu panggil.

"Adik dah siap!", panggilnya.

Aku meluru ke arah panggilan itu. Cerita Soleha yang baru aku tatap itu tergantung di minda aku kesudahannya. Pakcik tokei kedai tu dah tersenyum melihat aku meluru sambil memasukkan bungkusan tomyam yang aku pesan ke dalam plastik.

"Berapa Pakcik?"

" Rm5.50 dik. Nanti senang la yer, balik rumah tak payah la masak", tegur pakcik tokei kedai tu cuba beramah mesra.

"Erkk, bukan untuk saya ni pakcik, ni untuk orang rumah saya, dia teringin nak makan tomyam sini untuk berbuka puasa", terangku.

"Owhh untuk orang rumah ke? Adik dah kahwin la ni?" tanya pakcik tu lagi.

"Erkk, maksud saya untuk member rumah saya pakcik,saya tak kahwin lagi la", aku sudah pening dengan jawapan 'orang rumah' itu.

"Rumah bujang la ni!!" pakcik tokei kedai tu lagi.

"A'aa, rumah bujang," kataku mengiyakan aje pernyataan pakcik tu.

Dalam hati aku mengomong sendirian, apa kaitan rumah bujang lak ni. Cakap je la bujang kan senang. Ni rumah bujang pulak!! Haiyaaaa...

p/s: Gamak-gamaknya, rumah kahwin ada dak??? Ngeeeee

Moral of the story: Kalau dah kahwin nanti, adalah disarankan untuk para isteri agar selalu masak untuk suami mereka. Kerana air tangan isteri itu sendiri akan mengukuhkan kasih sayang dalam rumah tangga. Kalau sekali sekala nak makan luar tu, no hal la. Tapi kalau tiap-tiap hari asyik ajak suami makan luar jek, bimbang-bimbang kasih sayang antara suami isteri itu tidak terpateri kukuh..Huh!! gagagagagaga..

Peringatan untuk diri aku dan untuk semua... Moga dapat dilaksanakan kelak dengan jayanya. InsyaAllah.

WaAllahualam
Wasalam..

19 comments:

agHoo said...

pakcik tu nk mngorat la sbnrnya...
xpaham2 pulak huhu..

natni said...

aloooo
kak fid kalo gtu org rs umh org umh kawen la...hahahahaha

Kehelan said...

heheeh... cepat sgt pakcik tu masak tomyam!!! 10 minit jek...
simpan dlm termos ke apa??

tny fida jugak laa... bila lg nak masak utk suami???

semoga dipermudahkan!!:)

putrixue said...

ekekekekek...

kesian fida...kerana diriku yang memesan makanan, terus dilabelkan beli makanan utk orang umah...ekekekek

anilsam said...

aku pulak org tanye, 'dah ada keluarga ke?' duhh mak ayah aku tu bukan keluarga ke... pelik tol.. mungkin itu bhs yg lebih sopan n kurang kemungkinan utk di misinterpret berbanding dgn 'dah kawin ke?' hihihi...

Khairi said...

fida nak masak utnuk suami? wah?

bila nak mkn nasik minyak ni?

Afida Anuar said...

Aro--> Owhh nak mengorat ke? aku tak paham la bahasa kias-kias ni..erkk, bahasa kias-kias ke? hahahahah.. klu pakcik tu ckp nk ngorat,aku kene ckp "sori to say pakcik tp sy tak ebelebel dah..hahaha.."

Natni-->ni cik intan ke?nmpak cam rupa cik intan liyana..hihi. Owhh rumah cik intan, rumah kwin! bravo2..

Kay-->Itu la, tp tomyam dia sedapp kay..tengok tukang masak cam budak2 baye sy jek..huhu..
Erkk, nk masak tuk suami tunggu pas diijabkabul nanti la.br leh masak tuk dia. Amin, moga dipermudahkan. Cik kay pun same. Moga segala urusan dipermudahkan. Jgn lupa jemput sy kay,wlupun as teman sblogger ek!

Im-->Ekekeke, itu la..tp x kisah je. Beli makanan untuk orang yang berpuasa moga diberi sedikit ganjaran olehNya. InsyaAllah.

Mas--> Owhh ko lagu tu pulak. Aku xpenah pulak orang tanye lagu tu. Aku mmg straight to the point la.
Dah kawin belum? dah ada anak belum? dan satu lagi..kebiasaannya pulak, klau aku gi jenjalan dengan adik bongsu aku tu, musti orang ingat adik aku tu anak aku, siap leh tnye lagi, ni anak akak yang keberape? heh?
Tu lagi la, duhh jatuh sahamm..hahahahah

Khairi--> InsyaAllah, suatu hari nanti mmg sy akan masak untuk suami sy..ngeeeeeee. Harap2nye dapat ikut jejak mak sy. Walaupun sibuk,tp tetap spend masa masak tuk ayah sy, sampaikan ayh sy mmg tak boleh telan kalau makan lauk luar.huhuh

Bila nak makan nasi minyak?? gagagaga..besok pun boleh. Nasi minyak kat kedai kat kg saya Rm1.50 jek. Sodappp...hihi. gurau je.

InsyaAllah, tp tatau arr bila. Doa2 la moga dipermudahkan mana-mana urusan yang patut. Ni sy duk tunggu nasi minyak Encik Kayree dulu ni..hihi. Dah terbau2 ni..

Khairi said...

masak pun belum dah dpt hidu bau terer la incik fida ni :p

Johanna said...

Hehe...cian fida..sy ni plak terbalik,selalu org ingat belum kawin..kahkah..kalo jln dgn huby je mesti org kate bf,samp penah kena tegur dgn pakcik duk bedua dlm keta,padahal kteorg nk rest kejap kat highway..haha..sy sound blik pakcik tu...erm,mesti cos sy rendah kot..huhu..bila nak tinggi ni leh nampak matured..haha

@naBest said...

Err.. saye tau masak megi jer... Aci tak??

Afida Anuar said...

Mumi--> muminye muka baby face kut. Tu yang orang ingat tak kwin lagi. Sy lak, muka matang ckit kut. Tu yang orang ingat dah kawin lah, dah ada anak la..ngeeeeeeeeee

Ana-->Aci aci..takpe ana, ajat pandai masak. Nnti tiap2 ari dia ajar ana masak. Dun wori:D

natni said...

pos br pelis...btau tau haini kte p skola tadika...heee=)

Al-BIMA SAKTI said...

sepatutnya btullah tu(suami kena banyak makan yg isteri masak daripada makan yg tokei kedai masak).
Klu suami lebih banyak makan yg tokei kedai masak, lebih baik dia kahwin dgn anak tokei kedai tu. dok gitu cik fida...? hehehehe...

Afida Anuar said...

Intan--> Sabo intan, sabo..ekkeke

Al-Bima Sakti--> hihi, setuju tu Incik Al-Bima..huhu.

Afida Anuar said...

Kayree--> hahaha, itu lah the power of my hidung..dapat hidu segalanya..hahahaha
nnti jgn lupe jmput yer Incik kayree..ala, besut kelantan tu dekat jah..

Palie / Fadhlie said...

"Owhh untuk orang rumah ke? Adik dah kahwin la ni?" tanya pakcik tu lagi. dengan perasaan penuh keciwaaa.. rupa2nya gadis yg diminati secar diam telah berpunya

"Rumah bujang la ni!!" pakcik tokei kedai tu lagi. seraya itu, pakcik tersebut berasa sungguh gembira kerana dia masih mempunyai peluang utk memikat gadis yg diminati secara diam2 ini.. dengan ini bermulalah bibit cinta pakcik kedai dan pemilik rumah bujang.. sekian

Palie / Fadhlie said...

jgn xtau, hidung cik fida nie mancung seperti pelakon terkenal....









ahmad nisfu

dlm pilem bujang lapok.. bak kate sudin dlm pilem tu.. "lobang hidungmu tatap menjadi pojaan hatiku".. heehehe..

Afida Anuar said...

Palie....:p

Afida Anuar said...

Palie kutuk idung aku. Aku tau arr palie idung aku tak semancung hidung ko...

ni kate hidung cam pelakon terkenal..sob sob sob..

 

Browse