Sesedap Rasa..

Thursday, August 21, 2008
Alhamdulillah, kenduri sepupu perempuan belah mak aku berjalan lancar. Seawal pukul10 pagi kami anak beranak sudah berkumpul di rumahnya di Bukit Tepu, ke apa entah nama kampung tu..huhu. Lupa sudaa..Letih perjalanan semalam aku buang jauh-jauh walaupun dalam masa yang sama mata seolah ingin tertutup rapat. Badan ingin direbahkan di katil. Tapi disebabkan aku sudah lama tidak pulang ke kampung, time ni la aku kene ambil kesempatan untuk berinteraksi dengan semua sanak saudara yang datang. Cheewahhh...kononnya la. Bagi ayat sedap sikit. gagagaga

Aku dah budget, kebiasaannya kalau kenduri sanak saudara ni, aku memang amik port bahagian cuci pinggan. So aku pun pakai la baju kurung biasa-biasa jek sebab ingat nak jadi orang dapur. Sekali mak cik aku dah prepare semua. Dah upah orang untuk buat kerja-kerja semua. Kira kitaorang datang pun memang duk relek-relek la. Sembang-sembang keluarga. Cuma dalam masa yang sama, touch up la mana-mana yang patut. Tengok-tengok orang yang datang. Salam dengan para tamu. Amik gambar. Tu je la kut kerja aku time kenduri tu. Kira takde la penat sangat. Tapi disebabkan semalam tidur aku tidak berape nak proper, maka nampak jugaklah mata aku yang merah sebab tahan mengantuk tahap cipan tu. Nampak jugak la, muka aku yang penat gile, sampai ada yang menegur. Adehhh..layann je la.

InsyaAllah, hari ni pulak bersamaan hari Jumaat 22hb August 2008, aku dan keluarga akan bertolak balik ke KL selepas solat Jumaat bagi menghadiri majlis konvocation adik aku Afnan di UIA keesokan harinya. Another penat day. Tapi bila diingat this time is our famili time, penat tu aku biarkan je la. Ada apa dengan penat? Takde apa sangat pun. Cuma kalau penat itu dilayan lebih-lebih, maka akan naik kepala la si penat itu. Kan?kan?

Tapi nampaknya sekarang ni penat itu mesti di layan. Bukan mahu melayan penat itu lebih-lebih, sekadar sesedap rasa jek. Melayan penat sekarang bermakna, sampai di sini entry kali ni. Jumpa lagi next entry. Assalamualaikum.

p/s: May May, i rasa keropok lekor tu i tak dapat nak bawak la. Lagipun hari ni i balik kl, pastu takkan hari Isnin i baru nak bawak pi opis. Musti tak elok dah keropok tu. Nanti ek time i balik raye ke, i bawak keropok lekor banyak-banyak macam hari tu. Same goes to Hid, Lili n Mekdi... Tak pun, kalau ada keropok tu, i beli sikit before bertolak nanti. And then bila sampai KL i tumpang letak dalam peti ais umah kazen ke, pastu senin bawak gi opis. Tengok la mana yang patut. Kalau Senin ni takde keropok lekor, sorry yer kawan-kawan;)

WaAllahualam.

13 comments:

agHoo said...

bukit tepu ke bukit depu??

Afida Anuar said...

Erkk..bukit depu la kut... gagagaga.. eh incik aro ni orang ganu kah??

agHoo said...

isk isk isk..ambe org panji alam,lening menetap di chendering kuikuikui..

Al-BIMA SAKTI said...

issyy...isyy... sedaknye kepok lekor... lama doh dok makang.... asyik duk makang kepok kereping jer... hik..hik..hik...

Afida Anuar said...

Aro--> Lor..orang ganu kite jugok la Incik Aro ni.hehehe.dok tau pung. Satgi leh arr meh jalan raye dumoh..cendering dekat jer tu ngang umoh saya. Sy duk pulau ruse je Incik Aro...

Al-Bima Sakti--> Memang sedak pung kopok lekor. Bakpe la duk makang kepok kereping sokmo.. balik arr ganu...gi beli kopok lekor banyok2 kat losong nun...ngeeee

agHoo said...

lor yeke...kwn bersepoh duduk kt pulau rusa tuh huhu..raya ni watla open house huhu

Afida Anuar said...

owhhh..setiap kali raya memang wat open house pung. 30 hari sepanjang bulan syawal... hihi...
gi beraye umoh kawang tu meh la jugok beraye umoh ambe...

natni said...

welkam back =)
sronot x cuti
mao juge kepok, xkn may2 jek
heee ;)

agHoo said...

dulu skoloh mn kak fida?

Afida Anuar said...

Intan--> Sonok2 sangat..tp x puas sebb sehari jek kt kampung. Ye la may may je la, sbb dia pesan. Cik intan tak pesan.

Aro--> Masa sekolah rendah, ambe bersekolah di sekolah rendah kebangsaan Manir.
Masa sekolah menengah, ambe bersekolah kt smka tok jiring lok. Ada member2 sekolah ctu ke Incik Aro?

norhaliana said...

Hi fida.. :)

agHoo said...

ler..mestila ada huhu...
ambe lu skoloh smaasza huhu

Afida Anuar said...

yana--> Hi yana. Long time no see..

Aro-->Owhhh..smaaza ke..dekat jah tuh..ngeee

 

Browse