Gagal Lagi???!!

Thursday, August 14, 2008
Dada aku sesak lagi hari ni. Owhh, jangan la sakit lagi. Pleasee pleasee... Tiba-tiba aku dapat rasa peluh sejuk yang mengalir ke segenap susuk badan aku. Aku tarik nafas panjang-panjang. Aku cuba tenangkan diri aku yang gelisah. Aku pejamkan kedua-dua mata bulat aku. Macam-macam gambaran yang terjah di fikiran. Rasa sakit itu sedikit demi sedikit hilang. Tiba-tiba..

"Fida,bos panggil"

Aku cuak. Bos pulak panggil, alamak. Takkan nak lecture akunyer assessment yang lepas. Assessment yang lepas aku failed! Pagi tadi nyer assessment still unknown. Takkan fail lagi kut! Aku mengomong sendirian.

Aku berjalan lesu ke bilik bos yang jarak 5 kaki dari cubic aku. Arghh.. aku dah down. Sesak di dada yang terasa sebentar tadi seolah menyerang balik.

"Fida, please have a seat", kata bos dengan raut muka yang serius.

"Thank you", kataku perlahan. Aku cuba senyum tatkala mata kami bertentang, tapi tidak mampu. Lama aku tunggu dia memulakan bicara.

"What's wrong with you Fida? I don't wanna talk about your last performance because it's already done. But i wanna talk about today's performance. Do you have any problem?", katanya tegas

Aku dah agak dah. Aku failed lagi la ni. Aku tunduk. Dalam hati aku menyusun kata-kata yang ingin diluahkan.

" Erkk actually, i've tried my best. But i have no idea where they went wrong", jujur aku berkata-kata.

Aku dah pasrah. Betul la, pagi tadi aku dah buat sebaik mungkin. Mungkin inilah cabarannya dalam hidup sebagai seorang manusia. Gagal itu tetap termaktub dalam kamus sebuah kehidupan seorang manusia normal. Aku memang dah pasrah dengan segala ketentuanNya. Ya Allah berilah aku kekuatan...

Tiba-tiba terdapat segaris senyuman di raut wajahnya. Aku pelik. Aku terkesima. Dia ni nak marah aku ke apa?

"Congratulation Fida. Actually you're among the best. I'm so proud you've improved, and i'm so impressed with your performance this time. Keep it up!"

Heh! Bos ni betul-betul buat aku sakit jantung jap. Sesak di dada yang dari tadi membelenggu diri tiba-tiba hilang dalam kata-kata pujian bos tadi. Aku melirik senyuman panjang. Dalam hati bersyukur alhamdulillah aku berjaya kali ni. Yeay!! Fida,keep it up!! Fida,boost it up!!

For my teammates who are in 'blue and green zone' right now, Congrates! We've made it!!

p/s: Aku terpaksa mengubah sedikit situasi disebabkan security purposes. Kalau nak tahu security purposes tu apa, PM me, or email me or whatsoever la personally.Okay? Anggapla ini kejadian di bilik konference ye! Ngeeeeee

MORAL OF THE STORY. Kegagalan itu bukan lah bererti pengakhiran bagi sesuatu kehidupan. Kegagalan itu merupakan tangga kepada sebuah kejayaan. Gagal sekali, dua kali, 3 kali atau berkali-kali bukan lah bererti gagal untuk selama-lamanya. Yang penting, kita usaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Perbaiki diri ke arah kejayaan. Tanya la pada manusia yang paling berjaya dalam dunia. Pasti ada kisah kegagalan di sebalik kejayaan itu. So, jangan sedih atau down sekiranya kegagalan menjengah. Senyum, dan hadapinya dengan tenang. It's part of life situation then.. Cheewah, pandai je aku berkata-kata. Time aku fail tu, sedih gak..ngeeee

Sekian coret-coret di petang hari. Until next entry.

WaAllahualam
Wasalam.

11 comments:

kehelan said...

tahniah!!!

agHoo said...

kejayaan selepas kegagalan amat manis rasanya umpama mengopek kulit durian untuk diambil isi ranumnya...
wahh berbahasa pujangga skjap huhu..

Afida Anuar said...

Kay-->hehehe, same same..test kecik2 je kay,xder apa sangat pn=))

Aro-->Ko sejak dua menjak ni komen versi madah-madah ek! Ada apa2 ke ni.. ngeeeee

wawa said...

saat yg sgt cuak masa itu ok!

btw kak fida, congratz!
dari red zone anda upgrade ke blue zone..
dpt full mark plak tue!
tahniah² =)

azizscorpio said...

Belajar dari kegagalan membawa kejayaan. Syabas!

Afida Anuar said...

Wawa-->alahai siap ckp full mark lagi tuu..huhuh..bknnnye aku sorang yang full mark. Ko pn full gak wawa..ngeee...

AzizScorpio--> Terima kasih=))

agHoo said...

tgh berusaha jadik seniman jalanan neh huhu..

diana said...

hehe..ingatkan kene bediri atas krusi..ngeh3

Afida Anuar said...

Aro--> Wahh seniman jalanan tuu..mau berenti dr jd SE kah??ngeee

Diey--> ahahhaa..itu la..ingtkn kene denda berdiri..aisehhh buat gempak aje la bos ni..ngeh33

Al-BIMA SAKTI said...

biasanya tak ada kejayaan tanpa kegagalan,dan kegagalan itu  semangat ke arah kejayaan..!

Afida Anuar said...

Yer, betul tu Incik Al-Bima...

 

Browse