Ampunnn Pak Polisi....

Monday, August 04, 2008
Alhamdulillah, setel pun masalah. Ok aku sambung taip blog ler pulak... Semalam, hampir berapa jam entah terbuang begitu saja gara-gara terperangkap dalam jem dekat MRR2. Memang gile jam la. Ada pulak la kereta yang rosak tersadai kat tengah-tengah jalan tu, kesian. tapi hal tu menambahkan lagi kerumitan jem. Kalau la aku tau MRR2 tu tutup, takde la aku setuju dengan jalan yang adik aku ambil tu. Tapi masalahnya kitaorang tak tahu.. huhu. Nasibb-nasibb. Patutnya kitaorang sampai kat Gombak dalam pukul 5pm. Ni pukul 6.30 lebih baru sampai.

Alhamdulillah sempat menunaikan fardhu asar. Tu pun dah kira asar gajah dah tu. huhuhu.. Teringat kat mak aku zaman kitaorang kecik-kecik dulu, kalau kitaorang adik beradik sembahyang subuh pukul 6.30 tu, dia kata dah subuh gajah. Kira dah lambat dah la. So lepas tu, aku pepandai lak letak sendiri. Kalau lambat sikit 6.45 ke, aku panggil subuh dinosour. huhuhu...

Eh sambung bab MRR2. Gara-gara MRR2 tutup, adik lelaki aku tak habis-habis mengutuk pak polisi trafik yang menjaga di tempat penutupan tu. Kata pak polisi takde kerja la, apa la. Menambahkan jalan jem la. Suka tengok kete banyak la, dan macam-macam lagi lah. Hah! tak pasai-pasai dapat dosa free. Aku paham, dia nak tepati waktu untuk sampai ke tempat yang dituju. Tapi nak buat camne kan? Huhuhu. Aku pulak tak habis-habis nak cool kan dia. Yer la, pak polisi trafic tu pun hanya menjalankan tugas dia. Kalau takde hal apa-apa takkan MRR2 tu tutup. Tapi masa tengah gila jem tu aku fikir. Ni musti ada kerosakan lagi kut. Takkan saje-saje je dia nak tutup. Tapi aku tengok laluan arah bertentangan ok lak, tak tutup. huhuh

Tak sempat pulak aku nak tengok buletin utama semalam pasai apa MRR2 ni ditutup sebab aku sampai umah, berita dah pun habis. huhu. Tup tup hari ni ada terbaca dalam paper pasal kisah penutupan MRR2 ni. Boleh baca lebih lanjut bagi sapa-sapa yang tak baca lagi. Headline yang tertulis ~MRR2 retak lagi Tiga batang prategasan putus secara tiba-tiba di rasuk jejambat~

Tapi bukanlah perihal MRR2 yang aku nak fokuskan. Cuma aku kesian kat pak-pak polisi yang menjaga lalulintas ada dekat 2 tempat kut. Dah la hari Ahad kene kerja, di tengah-tengah panas, dengan kesibukan kereta. Motor pulak yang dibawa macam pelesit kat tengah-tengah sesak tu. Cam bahaya kepada pak-pak polisi traffic yang menjaga tu. huh! Pastu kene kutuk pulak dengan adik aku yang tidak dapat menempatkan diri di tempat pak polisi tu. Ampun yer pak polisi.

Betul la, pak polisi trafik hanya menjalankan tugas dia. Kalau takde pak polisi trafik yang buat road block tu, amacam? kereta berduyun-duyun guna MRR2. Sekali runtuh MRR2. Nauzubillah. Alamak!! lain pula gambaran yang datang di minda ini. Abaikan hal ehwal runtuh tu.

Moral of the story. Jangan lah cepat kutuk pak polisi kalau nampak dia buat road block. Bukan dia nak buat sangat road block tu, cuba tanya dia kalau tak caya. Musti dia kata nak duk rumah relek-relek, nak gi jenjalan cam korang. Tapi tu kan tugas dia sebagai pak polisi trafik, dia dah menjalankan tanggungjawab dia. Dan kita as orang awam, patut beri tabik hormat pada pak polisi trafik tu. Kira kalau nampak pak polisi trafik angkat la tangan. Pak polisi tengok pun, cam ringankan sikit beban dia menjaga arus traffik yang semakin hari semakin menggila. Bagi aku la.

Tapi jangan la pulak kasi tabik hormat kat pak polisi trafik sampai kene kasi bunga, kene tunduk, bertafakur seperti apa yang Pak Lah buat dekat tugu negara bebaru ni. Takut boleh bawa kepada syirik. Mufti pun dah keluar kata haram. Tahun lepas aku dah dengar berita ni, tahun ni ada lagi. Pak Lah oo Pak Lah. Mufti Perlis dah gesa Pak Lah bertaubat. Pak Lah segera la bertaubat, dan sapa-sapa lagi yang buat upacara tu. Jangan lepas ni Kak Mashitah Ibrahim kita keluar fatwa dah la, kata upacara tu harus. Hahaha, awal-awal aku dah warning Kak Mashitah. Boleh click di link ni nak baca berita lebih lanjut. Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat.

Ok, kepada semua pak polisi trafik, selamat menjalankan tugas! Kepada Pak Lah, segera lah bertaubat dan kembali kepada aqidah Islam yang sebenar. Moga Allah memberi petunjuk kepada Pak Lah dan kita semua.

WaAllahualam
Wasalam

9 comments:

saizulhafiz said...

erm jgn la mrh2 polis..dia kerja mcm kita gak.kena consider la.bukan dia sngaja nk buat sekatan.kang jmbtan roboh hah korg jgak yg mati katak..bersabarla..hehehe..

Afida Anuar said...

huhuh, aku tak marah pun saizul. Aku hormat pakcik2 dan abg2 polis tu. Lalu kt seblah dpea aku yang kat tempat seblah pemandu angkat tangan kasi hormat. Adik aku wat dek jer.. huhuhu

fatal1ty said...

ingat nok balik ganu..lalu mrr2..hehhee..;-)

Afida Anuar said...

Uishh jauhnya sy nok balik ganu lalu kut ctu. Kalu sy balik ganu, sy lalu ikut Mrr2 hok se lagi la. Kat ampang tu...

Lambat nye lagi nok balik kg.. Rindu doh rasa kt semua orang, kucing2, ayam itik semua.huhuh

princess said...

pak polis?..bkn kat malaysia panggil tok ke?..hehehehe..itu pak digunakn kat indon..hehe

agHoo said...

aku penah bercita2 nak jadik polis trafik dulu..smart pkai uniform n naik motor besar huhu

Afida Anuar said...

Mira--> haha, sje je nak panggil pak polisi. tau pak polisi tu kt Indon je panggil camtu. owhh kat Malaysia dipanggil tok ek? nampak cam tua sangat jek panggil tok tu.. ekekeke

Aro--> Whuaaa, kalau cita-cita ko dulu nk jadi polis traffic tercapai. Sudah pasti ko akan dapat tabik hormat dari aku.hihihi

saizulhafiz said...

baca blog ejat...mcm suatu cahaya terang dh,,,rmai nk boikot paklah..hehe

Afida Anuar said...

awal-awal pagi aku dah baca dah kisah tu. Cuma tatau nak komen apa. uhuhuh
Uikss. mung kate cam suatu cahaya terang??

 

Browse