Kamu Yang Bawa Ku Terbang..

Friday, August 08, 2008
Aku tengok mata alien dekat board cubicle aku ni senget sedikit, tiba-tiba pulak.Heh!!Terkejutkah dia sampai senget matanya bilamana dia mengetahui yang aku mampu terbang?? Jangan tak percaya hari ni buat kali pertama aku terbang. Jauhhh aku terbang. Pergi mana pun aku tidak tahu. "Terbang pulak!!!"" Haishhhh

Sebelum ni, aku cuma tahu yang ada member jauh nun di Kulim sana yang selalu terbang. Mana-mana dah dia ni terbang. Utara la, selatan la, kejap balik KL pastu pi Kulim balik. Jangan marah noo orang Kulim, cuma nak menyatakan kebenarannn.. Ahaksss..

Hari ni baru aku rasa macam mana rasanye nikmat terbang tu. Macam mana rasanya berada di atas sambil melihat bumi di bawah yang langsung tidak dipijak. Semua manusia kelihatan seperti semut-semut kecil. Bangunan-bangunan kelihatan seperti kotak-kotak mancis yang tersusun. Kereta pula..kelihatan seperti apa ek??? erkk unexplainable..hihihi. Pokok-pokok yang menghijau langsung tidak kelihatan batangnya. Semuanya kelihatan hijauu... SubhanaAllah, betapa indahnya alam ketika berada di atas sana.

Sedang aku khusyuk dan leka terbang di atas awan sana, sebuah kapal terbang Boeing 747 datang menghampiriku. Kelajuannya terbang dan jaraknya yang terlalu dekat denganku membuatkan aku hilang imbangan. Tetiba.. gedebukkkkkkkkkkk... Jatuh aku ke bumi....... Adussssss sakitnyaaaa...

Dan akhirnya..tersedar aku dari mimpi jadi superwoman.. Owhh aku bermimpi rupanya. Bermimpi terbang! Aku kesat kedua-dua biji soket mata yang kabur-kabur akibat mimpi itu. Aku masih di surau lagi rupanya. Bukan di atas awan,hihi. Kelihatan Fiza dan Intan sedang melipat-lipat kain sembahyang. Aku tengok jam tangan. Pukul 2.15pm. Baru 15minit aku tidur
rupanya. Boleh bermimpi pulak! Nasib baik bermimpi yang best-best! Haihhh..

MORAL OF THE STORY. Kalau mengantuk tu, take 5 or 10 or 15. Baru segar sikit. Jangan duk tahan sangat mengantuk tuu! Sampai mata jadi merah menyala akibat tahan ngantuk! Takut nanti member-member tengok! Cam mata naga! Silap hari bulan boleh mengeluarkan api! Heh!!!

p/s: Mata aku selalu merah sebab tak tahan dengan air cond. Bukan sebab tahan ngantuk noo.. lalalalalalalalala.

WaAllahualam
Wasalam..

4 comments:

mud said...

2 3 hari ni asyik mimpi dan hilang ingatan jek..
ade wat salah ke?
owh ye ek, lame susah dok jegok kampung :p

Afida Anuar said...

haha..mimpi tu mmg tiap2 mlm..no hal bab mimpi tu..
cuma hilang ingatan ni..erkk..
mebe kut..lame dok balik kg..hikhikhik

shauqi said...

comey gile kucing nih..

Afida Anuar said...

Chumeell kan shauqi..ada gaye2 dia terbang..huh!

 

Browse