Random and Weird Facts About Me:-)

Tuesday, August 05, 2008
Nasib baik tag ni simple..hikhikhik. Boleh arr nak jawab sikit-sikit. Kalau panjang agak-agak konsider gak la nak jawab ke idak.huhuhu. Okay,Cik Kay dan sape-sape yang sudi singgah, dengarnye jawapan tag ni:-

7 random and weird facts about me.

1. Semua jam-jam yang aku ada, aku akan cepatkan 10 minit dari waktu sebenar. Tak kisah la jam tangan ke, jam henset ke, jam dalam kereta ke. Kononnya nak kasi ontime la sikit. Tapi bila aku nak baca waktu, aku akan tolak jugak sepuluh minit tu. huhuhu.

Macam aku dah set nak bangun tidur pukul 6. Tapi bila aku tengok jam henset aku walaupun dah menunjukkan pukul 6, tapi aku tahu baru pukul 5.50. Hasilnya, aku akan sambung tidur balik 10 minit lagi. hahahaha.

2. Aku suka sup. Suka sangat-sangat. Tak kira apa jenis sup. Kira makanan yang berkuah la tapi bukan berkuah santan. Contoh seperti tomyam. Kalau makan tomyam, tak makan isi dalaman dia pun aku tak kisah.Asalkan dapat makan kuah dia. Sebab tu kalau buat tomyam ke, ikan singgang ke or sup nasi ayam or apa-apa yang ada sup la, aku akan lebihkan kuah dia. Sebab nanti nak 'ratah' kuahnya pulak banyak-banyak. huhu.

Pastu kan, aku selalu kene tegur dengan mak kalau masak ikan singgang. Sebab lepas makan kuahnya habis licin, tapi ikannya tak luak seekor pun. Bergolek-golek dalam periuk dalam periuk tanpa setitik kuah. huhuh. Kesian kat ikan-ikan tu tak leh berenang.huhu

3. Aku tak pandai nak jalan dengan betul kalau pakai high heel. Sebab tu aku tak pernah ada kasut high heel ni sebab tak pernah beli pun sebenarnya. Kasut aku tapaknye leper jek. huhuhu. Aku rasa, bab kasut ni aku cam Cik Kay la. Kalau dah pakai kasut tu, pakai kasut tu je la sampai buruk. Kira selagi boleh pakai, aku pakai. Well, it's me then..huhu. Handbag pun camtu. huhu. Takde koleksi cam orang lain:(

4. Kalau aku sembang dengan adik perempuan aku yang darjah 2 tu dengan telefon, aku tak pernah menggunakan bahasa Ganu. Semua bahasa yang digunakan adalah bahasa 'Keyeel', dan dia pun akan bercakap ikut dialek 'Keyeel', tapi dengan cara nya yang tersendiri. Boleh dah la kalau dia nak jadi orang Keyeel pun. hahaha

5. Aku cepat bosan kalau mengadap tv. Tengok tv sejam pun dah bosan. Tapi kalau mengadap pc, walaupun 5 jam terasa amat sekejap. Sib baik kerja 'mengadap' pc.hikhikhik. Tengok wayang lain cerita la;)

6. Aku suka kalau time hujan, dan aku suka hujan. Tak dapat diterangkan sebab musabab aku suka. Tapi aku memang suka hujan. Bukan Hujan band tu yer. Ni air hujan yang turun dari langit...huhuhu

7. Aku suka sangat makan durian. Aku juga suka makan lepat durian. Tapi aku tak makan tempoyak. Tak pernah pun terai nak makan tempoyak, sampai ke hari ni, tak tahu macam mana rasa tempoyak tu. Tapi lauk-lauk yang berasaskan tempoyak aku suka jek, cam gulai tempoyak tu, singgang tempoyak, ke apa.. huhu.

Dan banyak lagi sebenarnya random facts about me ni. Tapi Cik Kay nak 7. Aku kasi 7 je la. hhihihi.

Nampaknye bab tag ni, cam kene tag orang lain pulak.
Okay la, sape-sapa nak buat tag ni, dipersilakan. Sapa-sape je la....

Ok tu je tuk hari ni kut. Sampai kita ketemu next entry pula InsyaAllah.

WaAllahualam
Wasalam

17 comments:

kay said...

wuahahaahah... best2!!! kita serupa!!

tempoyak best laa... tp tak makan pun gulai tempoyak ikan patin... huhuh...

mula2 buat nih... cam takde idea... bila dh buat... mcm3 rasa nk tulis...

huhuh....

kay said...

oh ya... ada masa ek korang update blog time office hour... bijak betul membahagi masa!! hehehe

Afida Anuar said...

Haha, betul2. Sebab tu awal-awal tadi malas nak buat. Tp bila dah setat taip tu...banyak la pulak rupanye pasal diri ni...ekekeke

Penah makan gulai tempoyak ari tu. Best best..hikhik...

Masa kosong banyak je terluang kt opis ni Kay. Lagipun skrang ni projek n training dah habis. Memang free gile2 la.

Patut kitaorang kene self stadi domain2 n bab software testing ni lagi mendalam. Erkk..mendalam ke?? hahaha.. apa-apa je la. Tapi takkan 9 jam duk opis nak ngadap bab tu jek. ekekek..

sbb tu 2,3 hari ni ada masa jek nak apdet time opis hour. hikhikhik...

Khairi said...

uiksssssssss... i am lost.. apa tag tag ni citer la sket.. ingatkan kena teged tu ..

oooo curi tulang yeee... hehehe.. fida betulkanla jam tu hehehe..

Afida Anuar said...

teged apa lak ni?? huhuh..tak penah lak dengar teged2 ni...ngeh33

Tagged ni maksudnya...kalau awk kene tagged, contoh Kay dah tagged awak. So awak buat soalan yang kay buatkan tu. Cam sy buat ni.

7 randoms n weird facts about me. So Incik kayree citer la plak perihal random n weird facts tentang Incik Kayree. tu jek..

Senang citer. Harapa paham la noo penerangan tu:)

Bukan curi tulang Incik Kayree, tp mengisi masa terluang. haha.

Jam mana ni? jam tangan? jam comment? Rasa dah betul dah jam blog ni, cuma jam kt shout out je yang koya lagi..hahahah

Kehelan said...

eleh... keri tu lg kuat curik tulang... huahuahua...

x yah betulkan jam fida... jam kay pun sama... jam tgn cepat 5 minit... jam hp cepat 10 minit...

time bgn tido yg best... otomatik bleh tau jam tuh cepat sebenarnya... bleh smbg tido semula... eheheh

time kuliah... lupa jek jam tuh cepat...

Afida Anuar said...

Owhh jam jam yang dicepatkan tuh.. hihi.. kalau betulkan nnti susah. Sy akan ingat masih awal 10minit. Bahaya tu!!...hikhikhik...

Owhh kay camtu lak. kt kuliyah lupe ek? Kalau sy mne2 pun mmg akan assume jam tu awal 10 minit. Tak kira la bangun tido ke, pi mana-mana ke..sejak dari sekolah menengah dah lagi percepatkan masa ni. So mmg klu tengok jam tangan or henset mmg akan tolak la 10 minit. huhuhu...

Al-BIMA SAKTI said...

cube le terai tes tempoyok. sedak sangak... sekali cube ingat sapa bile-bile.... heheheheekk...

Afida Anuar said...

Huhuhu..itu la..dok tau bakpe dok berani setabuk hame nok terai tempoyok tu.. rama doh suruh tera tes, sbb sedak... huhu.

tunggu la bila doh terbuka pintu hati nok makang poyok lok, sy makang arr;)

aziz said...

aku tau ko mengadap pc lame2 sebab ko nk mengarang kat blog ni kan? kan? kan?

Afida Anuar said...

Hahaha betul-betul..tp tu salah satu drpadnye aje. yg lain2 ada lagi. Tapi, boleh la nak bagi suku markah kt ko ajis..ngeh33

Khairi said...

baru baca.. kire weird gak la cik fida ni kan..

bf bleh tahan tak ni ngeh333...

satu tips saya bg..

Jgn carik bf yg sukakan sup jugak.. nanti berebut hehehe..

Yg suka hujan jugak takpeee.. hujan banyakkk...

bak kata pendekar mustar.. aniii... angkat kainnn... hujan dah turuuunnnnn...

Afida Anuar said...

Hahaha..weird ek? Iyer kan je la.. ngeh33..

Tatau arr bf leh tahan ke idak ni. Tak terai test lagi.haha.. harap-harapnye suatu hari nnti dia boleh terima segala kekurangan keburukan keganjilan diri ini seadanya diri ini. Cheewahh..

thanks for d tips. Tp kalau dah same-same suke sup, apa salahnya kan? Same-same berebut sup nanti..sweet pe..hikhik..

Palie / Fadhlie said...

"Tapi aku tak makan tempoyak. Tak pernah pun terai nak makan tempoyak, sampai ke hari ni, tak tahu macam mana rasa tempoyak tu. Tapi lauk-lauk yang berasaskan tempoyak aku suka jek, cam gulai tempoyak tu, singgang tempoyak, ke apa.. huhu."

sama la tu rasenye.. camne rasa gulai tempoyak.. camtu la rasa tempoyaknye.. hahahhaa.. so secara x sedar, ko dah rasa dah tempoyak upenye.. fida koyaaa...

Afida Anuar said...

Hahahah..ko lagi koya rupanye palie. Kan aku dah cakap. aku mne penah rasa tempoyak fresh2... so tatau la camne rasanya.

Yg gulai tmpoyak tu penah la makan. Tp tatau lak tu rasa tempoyak.

owhh begitu rasanye.. boleh la..hahahahaha. tp tggu pintu hati terbukak br nk terai tempoyak tu..ekekeke

agHoo said...

penah hampir muntah angkara termakan gulai tempoyak...kita satu geng xmkn poyok huhu...

Afida Anuar said...

Yea!!.. go go geng dok makang poyok! Ahakssss...

 

Browse