Merdekah Kita??

Saturday, August 30, 2008
Sunyi dan sepi nya hari ni. Mati fikiran kejap aku dibuatnya. Itulah silapnya, time semua orang terpacak kat sini, aku balik kampung dan time semua orang balik kampung, aku pulak yang terpacak kat sini.. Hahaha. Kalau la minggu lepas aku tak pulang ke kampung, sudah pasti 'balik kampung' itu termasuk dalam agenda hidup aku pada wiken ni. Hurmm..whatever la..

Kawasan parking yang sebelum ni sentiasa penuh, kini lengang. Yang ada hanya beberapa buah kereta yang sama nasib dengan kereta aku. huhuhu. Nasib la, dah tuan nak bertapa kat sini. Kereta pun terpaksa bertapa jugak la. Kesian..kesian...

MERDEKA!!! ...MERDEKA!!!...MERDEKA!!!... terdengar Pak Lah melaungkan laungan merdeka. Jeritan 'MERDEKA!!' Pak Lah yang terakhir membuatkan aku tersentak seketika. Pak Lah kasi ending 'MERDEKA!!!' baekk punya! Hahaha, abaikan. Aku saje je. Ngeeee... Makk aii, banyak pulak lagu-lagu patriotik versi depa yang depa nyanyi selepas count down tu. Sambil mengibarkan bendera kecil. Kelakar pulak melihat gaya depa jika ditilik-tilik dan dikaji. 'Merdekanya Depa'!!!!

Namun dalam melihat sambutan merdeka yang diadakan di negara kita saban tahun, membuatkan aku terfikir. Beginikah gayanya bangsa yang sudah 'merdeka' dari penjajah selama 51 tahun menyambut kemerdekaan?? Hurmm... Merdekakah aku?? Merdekakah mereka?? Merdekakah kita sebenarnya???

Yea yea..kita sudah merdeka. Tapi dari segi zahirnya saja yang merdeka. Dari segi sambutannya saja yang merdeka. Dari segi konsert-konsert yang diadakan saja yang merdeka. Dari segi lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan saja yang merdeka. Dari segi kibaran bendera saja yang merdeka. Tapi jika dikaji sehalus mungkin, amatlah memalukan kerana minda kita masih lagi dijajah. Minda kita masih lagi mengikut telunjuk orang. Minda kita masih lagi kosong tanpa isi yang berguna. Minda kita hanya lah minda yang memikirkan suka ria, konsert dan hiburan, bunga api besar-besaran dan macam-macam lagi perencah-perencah yang tidak berfaedah pada hari ulangtahun kemerdekaan.

Dan saban tahun, MERDEKAAA!!...MERDEKAA!!.. MERDEKA!!!... itu yang dilaungkan. Tapi 'isinya'...kosong...tiada erti. Bagi aku la. Bagi kamu pula bagaimana? Kamu mungkin mempunyai pandangan lain pulak kan?

Apa pun, salam kemerdekaan dari aku buat semua. Ok tu je coret-coret di tengah malam yang sunyi sepi ini.

Wallahualam
Wasalam

4 comments:

Al-BIMA SAKTI said...

BERSUKA RIA SUDAH MENJADI SEBATI DENGAN APA SAJA AGENDA DI MALAYSIA INI.BUKAN SAJA ACARA SEJARAH DISELITKAN HIBURAN, ACARA AGAMA PUN KALAU TAK ADA HIBURAN MACAM TAK SAH. ADUHAI...

Afida Anuar said...

Zaman dah berubah Incik Al-Bima..
Negara dah majuu...
Aduhaiii..

Al-BIMA SAKTI said...

Salam;
selamat berpuasa...

Afida Anuar said...

Salam..
Selamat berpuasa juga...

 

Browse