Aku suka memerhatikan gelagat manusia di atas pentas kehidupan. Tapi dalam aku tidak sedar, aku juga merupakan seorang pelakon di pentas itu, dan ada juga manusia lain yang memerhatikan gelagat aku. Owhh apa yang aku cuba sampaikan ni? Aku pun tidak tahu apa yang aku cuba sampaikan. Yang aku tahu, banyak sungguh perkara yang berlegar-legar di minda pada ketika ini sehinggakan aku tidak mampu untuk menyusunnya satu persatu bagi diterjemahkan ke alam nyata. Forgive me then...
Semalam, aku memenuhi jemputan kenduri perkahwinan seorang kawan x-uia; Apek dan Kaymee di HK. Hong Kong?!!?? hahaha Hulu Klang je la. Buat Apek dan Kaymee, Salam Pengantin Baru moga bahagia ke anak cucu dan moga sentiasa berada dalam rahmat Allah.
On the way aku bertolak balik ke Putrajaya, Palie SMS bagitau dia dan Peja baru sampai Putrajaya. Dah alang-alang aku pun on the way balik ke sana, aku pun teruslah ke Alamanda bagi berjumpa tetamu dari jauh ni:p Yer la, sorang dari Kulim. Sorang dari Damansara. Jauh tuuu... Tengok-tengok, aku sorang je yang muncul, Yoe, Pian, Kak Zura dan lain-lain tidak dapat datang kerana ada maslahat. It's ok then.
Rupanya Peja bawak adik perempuan dia dan kawan adik dia datang shopping barang kat situ. Selain itu dia juga bawa bersama CPS WRGnya..Mantapp!!.. Berkilat beb! Erkk, berkilat ke?? hahaha. Lepas makan-makan, para tetamu suruh aku bawa diaorang pergi ke Masjid Putrajaya untuk solat asar. Lepas solat asar, kitaorang semua bergambar la dengan kamera terbaru Palie, SONY dslr.. ke apa, lupa dah aku nama kamera tu. Mahal wooo, beribu-ribu lemon.... memang mantap arr.
Ramai pulak orang kat Masjid Putrajaya kali ni. Baru la aku teringat rupanya dah masuk cuti sekolah. Dengan beberapa pasang pengantin yang ingin mengabadikan kenangan berlatar belakang Masjid Putrajaya pun ramai. Pelancong-pelancong asing pun ramai even warga tempatan pun ramai. Ralik kitaorang bergambar, tak sangka masa begitu cemburukan kitaorang. Dah dekat pukul 6.30pm. Diaorang terpaksa mengkanselkan plan untuk ke MAHA yang diadakan kat Serdang kerana masa telah suntuk.
Ingatkan diaorang dah nak terus balik coz plan ke MAHA kansel. Sekali adik Peja ajak tengok fireworks daaa... Malam ni team Chinanya show. Yang Malaysianye show aku dah miss. Aku terpikir gak, nak pergi ke idak. Ok la, sekali sekala, lagi pun malam minggu. Sementara tunggu fireworks setat kul 9.30mlm. Aku ajak la adik Peja dan kawannya datang bertandang ke rumah aku untuk solat magrib dan mandi manda. Peja dan Palie, depa magrib kat Masjid je sementara tunggu kitaorang siap-siap.
Sampai kat rumah, elok-elok orang dah azan. Rupanya Muni ada kat rumah. Aku ingtkan Muni balik umah abang dia. Tengok Muni bersiap-siap mengingatkan aku, malam ni malam Nisfu Syaaban. Ya Allah..alpanya hambaMu ini. Terlalu alpa dengan kehidupan dunia. Terlalu alpa dengan kesibukan dan perkara-perkara yang tidak membawa diri ini kemana-mana. Ya Allah...
Kealpaan itu aku sangat sesali. Namun kerana tamu-tamu yang berkunjung ke rumah, dan tamu-tamu yang masih menunggu di Masjid Putrajaya, penyesalan itu terpaksa aku sembunyikan buat sementara.
Lepas solat magrib dan mandi-mandi. Aku, adik Peja dan member dia sampai balik di Masjid Putrajaya untuk jumpa Palie dan Peja. Sekali tengok masyaAllah, lautan manusia makin ramai yang mengunjungi masjid tu. Kereta pulak bersesak-sesak. Lagi banyak dari petang tadi. Yang mengunjungi event yang diadakan di luar masjid, aku kira lagi ramai dari yang mengunjungi masjid untuk solat. Dalam hati aku sempat terdetik, malam-malam Nisfu Syaaban ni makin ramai pulak yang bersesak-sesak menghabiskan masa, dari duduk di rumah beramal ibadat. Dan aku sedar..aku juga salah seorang daripada manusia yang bersesak-sesak itu. Gelagat orang ramai yang aku perhatikan, dan aku tahu gelagat aku juga diperhatikan. Forgive me..
Lebih kurang pukul 9, kitaorang sudah berada di kawasan PICC. Namun kerana lautan kereta yang membanjiri kawasan itu menyebabkan jam yang amat teruk. Tapi nasib baik ramai anggota RELA yang mengawal aliran traffic menyebabkan jem terkawal. Kira ok la..
Dengan malam tanpa sebutir bintang, kami semua meredah malam gelap bertemankan cahaya lampu untuk menyaksikan pertunjukan bunga api tu. Ramainya ummat manusia datang untuk melihat event ni. Bermacam-macam gelagat boleh dilihat. Bermacam karenah yang bisa diterjemahkan. Manusia..ohh manusia.. dan semustinya aku juga salah seorang daripada manusia-manusia yang punyai gelagat itu.
Lebih kurang setengah jam menunggu, akhirnya semua lampu-lampu jalan dipadamkan, dan pertunjukan bunga api pun bermula. Berlatarbelakangkan musik cina, bunga api-bunga api itu kelihatan bertaburan di langit dengan pelbagai bentuk dan warna. Betapa ciptaan manusia itu cantik, tapi lagi cantik bintang-bintang yang bertaburan di langit ciptaan yang Maha Agung. Aku lagi tenang melihat bintang berbanding bunga api itu. Aku lagi tenang mendengar music alam, berbanding music yang dimainkan sepanjang pertunjukan itu.
Namun, ini lah kali pertama dalam hidup aku menyaksikan pertunjukan bunga api. Pertama kali juga sampai di area PICC. Pertama kali jugak habiskan masa dengan depa di area Putrajaya ni. Pertama kali juga dapat usha WRG Peja, dan Sony Palie..ngeee.. Tapi kesian arr kat Palie tidak dapat mengambil best shot untuk bunga api itu. Nak berguru dengan Saizul, dia dah kat mane-mane dalam lautan manusia itu. Abaikan je la. Namun Palie dengan segala daya menggunakan segala ilmu kamera yang dia ada pada malam itu. Hasilnya, sama-sama kita nantikan tatkala shot-shot itu sudah berada dalam flickernya.
Mak aii, sudah panjang rupanya coret-coret pada petang Ahad yang mendung ini. Dan hasilnya, ini lah sedikit sebanyak kisah aku bersama kealpaan, kisah di hujung minggu, kisah sebuah persahabatan dan satu lagi sebuah kisah kehidupan tercatat dalam diari hidup. Aku...dan kisah itu. Dan kisah aku yang akan datang, even untuk sesaat lagi masih lagi dalam penantian. Aku akan sabar menanti kisah-kisah akan datang itu menjengah hidup ini jika aku masih punyai masa untuk kisah itu. Pandang ke hadapan baru ada kemajuan...
Have a good day! Today and tomorrow and next next next day onwards..
WaAllahualam
Wasalam...