Taff...

Friday, March 04, 2011
Semalam Intan tanya kat saya, macam mana dia nak jadi taff (baca: tough) macam saya. Intan kata saya taff. Tak tahu la kenapa Intan kata saya taff, padahal rasanya saya tak taff pun.

Mungkin Intan nampak luaran saya je yang taff, tapi dalaman, Allah saja yang tahu macam mana saya berperang dengan rasa yang ada, apa pun alhamdulillah, atas segala mehnah dan ujian yang menjadikan saya, saya.

Saya cakap kat Intan, fikir positif. Tak kira la apa orang nak kata, tak kira apa keadaan yang datang dan bakal mendatang, cuba fikir positif. InsyaAllah jadi taff. Oh, satu lagi saya lupa nak bagitau kat Intan...senyum..

"Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati duniamu berseri"...

PS: Ada bakat jadi pakar motivasi dak?...he he.

32 comments:

nahmy said...

bakat jd pakar motivasi? ada-ada..
kekadang teringat kat kuih karipap (baca:curry-puff)

Pn Kartini said...

assalamualaikum my dear:)

Sesekali bakat terpendam ditonjol..memang berbakat memotivasikan orglain..bagus bagus!;)


p/s: sedang memotivasikan diri jugak nihh!

nurkass said...

"senyum membahagiakan"
"senyuman mu amatlah berharga"....

emmm..
kdg2 kita perlu berpura2 utk taff sedangkan yg didalam ni rasa nak bernanah..haihhh..

dan kdg2 lupa nak senyum..leh gi tu..haha

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Semoga saudari dianugerahkan kesihatan yang baik dan hati yang tenang...

Boleh tukar karier tu sahabat. Itulah sebaiknya membangkit semangat dan amal kelakuannya serta memimpinnya ke jalan Allah..

Senyum..:)

Noli said...

tetiba sy terbayang akak body ketul2...opsss..haha..sori kak... ;)

Khairi said...

Ada. Ada juga bakat jadi cikgu. hehe.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabat..

saya setuju..yg penting fikir positif dan isi jiwa dengan ayat al-quran..jika jiwa kosong, mudah rasa patah hati huhuhhh

Bijen M. said...

Kena pergi gym selalu.

IMANSHAH said...

mak pun taff nyah!!hahahahahaha

guaruan semata

Mutiara Bernilai said...

"senyum lah dari hati,
duniakan berseri"


nah, senyum lebar2 buat Afida tersayang!! ^_________^

natni said...

ok i try to curik some of ur +ve aura..

hopuli i can get ur taff-ness as well

*menaip smbl tsenyum lebar & bfikiran +ve*

^____________________________^

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Eh! betul ke Afida ni taff? Biasanya orang yang suka merenung bintang2 dan bulan mengambang ni jiwanya mudah sensitif wpun ceria dimata umum. Tetapi andaikata kalau ternyata begitu tanggapan natni, oklah sebab keceriaan seseorang itu dinilai juga dari aspirasi seseorang. Lebih2 lagi kalau kawan rapat dah kata begitu, maka begitulah rupa seadanya. Jadi motivator? Eh, bukan ke dlm istilah IT, kerja jadi Modulator-Demodulator (ModEm) selama ni? Kira motivator le tu dlm sistem analog dan digital vice versa...

Afida Anuar said...

Nahmy-->serius nahmy? bole la isi borang tuk jadi motivator pulak:)

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie..sekali sekala kak, dah orang tanya kan, kita bagitau la mcm mana..hehe..insyaAllah akak pun taff..fida tau;)

Kass-->kass, jangan pura2 taff...kene taff betul2..hehe..insyaAllah kass,moga taff selalu..ohh jangan lupa senyum;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara. Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat di sini. Moga saudara di sana pun dikurnia kesejahteraan berpanjangan...

hehe, tukar karier pulak yer sahabat.., insyaAllah..anggap ni kareer sambilan lah;)

Noli-->Nooliiiiii..hehe..nakal!

Khairi-->Macam la awak pernah tengok saya mengajar..heh,takde bakat langsung.ekeke

Sahrom-->Yes sahrom..kene dekatkan diri dengan Pencipta kita,baca nota2 cinta dari Dia.. insyaAllah..

Bijen-->tak pernah pegi gym..errr

Imanshah-->hehe..iyo la tuh:P

Mutiara-->hehe..thanks mutiara. fida pun senyum panjang baca komen mutiara ni;)

Intan-->Good tan..good. u taff, i know. cuma tak tunjuk je dop?

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur,eh jangan sangka saya yang suka merenung bintang di malam kelam ni lemah. Saya memang taff,errr. Tak sensitif pun,tak mudah terusik...hehe..Tak caya tanya intan, kan tan kan? hehe. Ke bab modulator demodulator la pulak jadinye yer, mantap Tajnur ni, bab tu pun boleh selit kan sini. Layannn

Adinda Amy Sensei said...

kak afida.....senyum seindah suria...gemilang cahaya dgn senyumanmu...

natni said...

tajnur, haah kakak afida nih mmg taff.. pecayalah~

;P

kak ummu said...

assalamualaikum Fida
1st time baca tajuk entry fida
ingatkan sejenis masakan kuih muih. :).
suka akak baca entry Fida ni
taff..itu anugerah dariNya,kan Fida.
terima kasih perkongsian pengalaman Fida ttg ibu Fida yang menghidap kanser.inshaAllah akak kan jadikannya inspirasi untuk akak juga.
dan pastinya kecekalan ibu Fida, sedikit sebanyak,inshaAllah ada pada Fida.

Afida Anuar said...

Amy-->thanks dik, amy pun jangan lupa senyum;)

Intan-->Iyer Tajnur, percaya la..haha, ada2 je intan ni

Kak ummu-->Waalaikumusalam kak..mesti akak ingat adik beradik curry puff ni..hehe. Sekadar perkongsian je kak, moga ada manfaatnya buat semua..

shameel Iskandar said...

hadapi dengan senyuman.
apa yg terjadi tetapkan terjadi. kalu ini diyakini maka tafflah kita

miSs dee 4 dino said...

as salam fida,
cuba jd positif? saya sedang mencuba tp sumtimes xmampu jugak..sememangnya awak seorang yg sgt taff..

Afida Anuar said...

Salam ida.. lamanya ko menyepi, hehe. Pi kenduri leli nanti?

ohh insyaAllah, semua orang mampu ida, btw, saya takde la taff sangat pun rasanya..err (pulak dh)..hehe

Afida Anuar said...

Shameel-->boleh pulak tertinggal komen shameel,hehe.. thanks shameel,itula yang saya pegang... insyaAllah..taff;)

miSs dee 4 dino said...

salam fida,
saya yakin kamu sangat taff..kenduri leli plan pergi macam mana?

Afida Anuar said...

Entah dak2 ni, mcm memasing pi sendiri je. Lan pi sendiri, nooril,eija,muni dari kg, Im pi ngn kakak dia, yoe tak sure, yg lain tu Allahu'alam

Rancangnya nk tumpang wan king dan palie,tatau la macam mana. Kalau tak leh,kitaorang satu rumah tumpang kadd.

Rasa malas dah nak drive incik hitam tu..hehe

miSs dee 4 dino said...

ala..saya xde kad...
saya kalau nak gi musti kene follow org..ada plan nak sharing hadiah ke x?

Afida Anuar said...

suh leli post kad kat kamu...ke kamu nak saya tulis alamat kat sini? aa sudah, berhubung melalui komen pulak..hehe..

Dewan Bandaraya,
Jalan Speedy,
36000 Teluk Intan
19march..

hadiah,tak dengar berita pulak, saya ingat nak kasi personal la awak;)

miSs dee 4 dino said...

owh, ok.tq..nti saya update yer..if perlu follow kamu bolehkah?

mamawana said...

Assalam,

Salam blogging. Nice blog.

Kamsiah said...

salam
bagus fida...memberi semangat pada rakan2 yg rasa 'down'....

Afida Anuar said...

Ida-->Bole je kut, no hal ida... nnti roger2 eh.

Mamawana-->Assalam..thanks mama... mama punya blog pun cun;)

Kak Kamsiah-->Salam kak, hari tu je bagusnye..hehe, jangan puji lebih2 kak. dah kembang ni..ahaks..

Naim said...

ada bakatlah jadi macam Dr. Fadzilah Kamsah. Hmm....

Mohamadazhan hjDesa said...

salam

dalaman kena tuff juga :) ya berfikir positif permulaan setiap hari :)

Afida Anuar said...

Naim-->hehe..iyer la tuh Naim...eh tp mana tau kan, satu hari nnti..hehe

Azhan-->salam..insyaAllah..taff dalam, taff luar..thanks..

 

Browse