Calar...

Sunday, March 27, 2011
Semalam petang, Incik Hitam kena rempuh, huhu. Dengan budak perempuan berbasikal yang saya kira dalam usia 6 tahun. Alhamdulillah budak tu tak cedera, cuma terjatuh basikal dan terus meraung. Agaknya terkejut dengan kejadian. Saya pun terkejut, yer la kejadian berlaku sepantas kilat..tapi takde la saya nak meraung macam dia. keh keh keh..

Saya sebenarnya agak cuak dengan tangisan kuat dia. Tak pasai-pasai penduduk taman meluru ke tempat kejadian. Jantung saya waktu tu, rasanya antara berhenti dan berdegup. Allah je la yang tahu..

Masalahnya bukan salah saya, saya bawa Incik Hitam dah habis berhemah dah waktu tu. Maklumlah di kawasan perumahan kan, nak bawa laju macam mana la sangat. Sungguh saya tidak sangka ada budak berbasikal keluar melulu macam tu. Nasib baik saya bawa slow, kalau tidak... Allahualam la.

Kepada adik-adik lain yang bawa basikal. Silalah berhati-hati dan berhenti di simpang jalan yer. Jangan keluar main ikut sedap kayuh je. Pleaseeee... Kesian kat Incik Hitam saya tu, tak pasai-pasai dah tercalar di sisi. Dah kurang sikit hensem...

Si tuannya pulak dah tercalar di hati tengok 'kekasih' tercalar di sisi.. hu hu..

25 comments:

Adinda Amy Sensei said...

alahai....tu laa kekadang kite dah berhati2 habis baik dah....tp org lain pulak yang tak berhati2...so camnekan??

azza_irah said...

Alhamdulillah tuan incik Hitam tidak turut tercalar sama fizikal nya..:)

IMANSHAH said...

salam

saya pernah kena hampuq basikal atas keta saya oleh budak terencat akal..adei

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear:)

Jangan sedih2 yaa..
kete akak tu..masa baru2 beli duluu..masuk bulan ke berapa ntah..owhh..tercalar dek ter'over' undur!!..dan terover masuk parking..huhuu..rasanya si itam fida ok lagi tuuu..:):):)

Azian Elias said...

Kesian kat budak tu.. tp kesian lagi kat janutung hati awak tu.. Tak pe.. belai je lah dia..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bersyukurlah segala2nya dlm keadaan selamat. Sudah sememang tugas Incik Hitam memberi perkhidmatan dan melindungi tuannya. Kalau sekadar berpanas dan tercalar sedikit , itu perkara biasa dlm kehidupan seharian. Budak2 skrg pun, mana tahu erti keselamatan diri dgn keadaan basikal tidak ada berek, lampu, loceng dsbnya. Emak bapak pun tak kisah cuma bila berlaku kemalangan,mulalah menyalahkan org lain! Dah sisitem skrg mcm tu, kena terimalah seadanya.

Unknown said...

huhu fida, bole kaver calar dgn marker pen itam x?

Afida Anuar said...

Amy-->Akak pun pkir mcm tu gak amy, kita dah berhati2 dah. orang lain pulak yang cuai. tak pasai2 kita pun kena. Tapi dah Allah kata kena tu, ada la tuh hikmahnya..

Kak Azza-->Alhamdulillah la kak azza, takde apa2.. ;)

Imanshah-->Salam shah, kereta baru ni ke... yang kuning lama tu?

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, ohh kak tinie punya sampai mcm tu sekali? hehee,klu mcm tu rasanya fida punya incik hitam mmg ok lagi..rasanya la.. hehe

Kak Yan-->Itu la kak yan, dah belai2 dah tu, harap2 dpt redakan calar tu..huhu

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. Tajnur..Alhamdulillah, nasib baik budak tu takde apa. Tu yang paling saya syukur. Ah itu la... ayah saya pun cakap macam tu, adat la tuh pakai kereta. kalau setakat tercalar terguris tu mmg biasa.

Cuma semalam alhamdulillah ada saksi, so memang depa tau saya tak salah, budak tu yang salah. So lepas pujuk2 budak tu, kakak abang diaorang datang, saya pun berlalu. Yer la, nak tunggu apa lagi kan? Nasib family dia tak serang saya ke apa..huhu

Edot-->bole rasanya, tapi tak cantik la jadinya. errr..Nasib calar je. Tak kemik..

AL-BIMA SAKTI said...

alahai tercalar incik hitam, sebab adik2 berbasikal tak tentu hala di jalanan.

ingat tu adik2, main basikal boleh, tp main pakai redah aje tak boleh..!!

nurkass said...

subhanallah..
kdg2 kita tak langgar org, org yg langgar kita..

kass kalau drive kat kawasan perumahan mesti berdebar2..yelah risau ngan budak2 yg tetiba meluru..

sib baik fida tak ape2..mmg sedihlah kalau buah hati kita cederakan..sabar ye..

nahmy said...

moral of the story...bawalah 'basikal' di kws2 camtu...hehehe..he

masz14 said...

budak2 kat tmn perumahan aku pun ada yg suka buat camtu. kita tgh drive, tiba2 dia meluru keluar dari simpang. sorang tu mmg dah nak kena langgar. geram betul aku. tak paham.. kenapa nak kena meluru... mmg saja cari nahas. kalu kena kita yg salah. nak je keluar marah. abih2 pun kena jeling ja. pastu depa buat lagi. eeee.... jgn anak aku jadi camtu...

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..

yg penting adik itu takde ape2 kan..semoga ibubapanya dpt mengawalnya huhhuhu..

kne pi mekap cikit la incik hitam ye huhuhhhh

UJ said...

lepas tu orang ramai yang melulu gi ke tempat kejadian ... pe dorang ckp?

Adliff said...

afida,

syukurlah dua-da selamat. comel tak yang melanggar tu?

Afida Anuar said...

Al-Bima-->Haaa, dengar tu nasihat uncle al-bima, yer adik2!... ;)

kass-->Tu la pasai kass, kita dah hati2..orang pulak yang tak hati2..sabor je la..adat hidup la tuh orang kata.

Nahmy-->hehe..jadi kereta kena letak di luar kawasan perumahan? keh keh keh..

masz-->Tu la pasai mas, budak2...nak marah pun anak orang. Mak bapak la sebenarnya kena alert hal ni. Kene pantau anak2 main basikal tu, jangan kasi main tepi jalan.. Semalam tu alhamdulillah la, tak terperuk masuk celah tayar ke, patah tangan ke apa ke...syukur sangat2..klu idak mas, tatau la aku..huhu Allahualam

Sahrom-->Waalaikumusalam wbt, itu la..kita dah hati2 dah. cuma harap mak ayah tak biar budak2 kecik mcm tu main kat tepi jalan sorang2, wlupun kat kawasan perumahan, tp kereta lalu lalang dak..

Uj-->Allah ...UJ, waktu tu kan sekejap je. Saya rasa dunia saya sepi waktu tu, tak dengar apa pun yang diaorang cakap. Walaupun riuh rendah sebenarnya.. Campur debar smua.. mmg tak boleh recall..

Aliff-->aliff, rasanya tak comel pasai dia meraung... he he

ummu said...

assalamualaikum Fida
kalau berlaku accident, hati kita memang berdebar2 kan Fida.akak pun teringat satu kejadian accident masa akak baru balik hospital ambil anak yang keluar ward NICU (icu utk baby),accident tu berlaku depan kami,live, tapi lori yg langgar motor tu lari.tak semena2 selepas beberpa ketika,ketika suami nak tolong mangsa kemalangan tu,org kampung di situ nak serang kami.anak akak yang saksikan terus nangis, yang baby apa lagi nangis juga.lepas balik tu, anak2 akak demam panas.
sejak tu kalau ada eccident kami tak berani nak tolong orang...

Bijen M. said...

Doa naik kenderaan jangan lupa.
Naik kenderaan masuk kaki kanan.
Haa macam mana nak buat tu?
Kena prektislah.
Okebai!

Afida Anuar said...

Kak Ummu-->ya Allah Kak Ummu, sampai macam tu sekali? patutnya mereka menyiasat dahulu seblum menyerang. Tak patut juga mereka menyerang sebenarnya pasai kita nak menolong orang yang kesusahan. Ni la silapnya mentaliti masyarakat kita kan? patutnya tak kira sapa yang melanggar/dilanggar, kita patut bantu mereka yang cedera.. bukan menyerang yang melanggar. Kalau menyerang, alamat makin ramai yang jdi mangsa kecederaan la jawabnya..Allahualam

Bijen-->pasai tu kut noo, gua baca doa time tayar nak bergolek je...doa masuk kenderaan gua tak baca, apatah lagi masuk kaki kanan.. ok gua prektis lepas ni.. bai!

Kamsiah yusoff said...

salam
mmg kebanyakan budak2 kat taman mcm tu...yg lelaki dgn perangai lelakinya...sekolah rendah dah berani bawak motor...umah akak ni..main basikal,main badminton...semua atas jalan...

Sheikh said...

Matcam-matcam perkara yg tak diduga boleh berlaku walau pun kita telah berawas atau berjaga... so ada apa2 sakit ?

Ada Matcam-Matcam sakit buli ubat hehehe


... apa pun saya tumpang simpati
Shake.

Mutiara Bernilai said...

salam dear,

Moga sentiasa dlm perlindungan Allah.. Moga Dia menjaga kamu dgn sebaik2 jagaan..


Moga hati yg calar cpt sembuh..

syg slalu!~

DAMAI SURIA said...

Ada masanya elok dibiarkan Incik Hitam tercalar daripada nilai nyawa seorg budak. Incik Hitam boleh diperbaiki, nyawa budak perempuan tak boleh diganti.

Unknown said...

salam,mashaAllah...menarik ntry nie...

Afida Anuar said...

Kak Kamsiah==>Itu la akak..budak2..kat kawasan rumah saya ni jarang pulak ada budka2 main basikal. Ohh masa saya kena tu kat kawasan kejiranan kat gombak. dekat dengan rumah sepupu saya.

Pak Shake-->hehe pak shake, itu la. Sejak dua menjak ni..matcham matcham kejadian.. haru,lawak,bahagia..ah hidup..mana boleh lari dari asam garam gula tu semua;)

Mutiara-->salam my dear mutiara..thanks. InsyaAllah..moga Dia pun menjaga kamu sebagaimana Dia menjaga saya..

ok, dah tak calar dah;)

Damai Suria-->hmmm bila pkir2 macam tu la damai suria.. alhamdulillah dia takde apa2..takpe la incik hitam calar sket..err

Anak Pendang-->salam...errr..eh ye ke menarik, ni saje nak bodek ke apa ni..kekekeke..gurau je. Terima kasih, tp bagi saya entry biasa je ni, ada yg lagi menarik!..eceh

 

Browse