Sejuk Mata...

Thursday, March 24, 2011
Sejak artikel saya keluar dalam 'Apa Khabar' edisi company ni, tiba-tiba saya jadi glemer sekejap,err. Ada je yang bertanya, tak kurang yang mengusik. Ye la, saya tulis pasal negeri kelahiran saya Terengganu sana, kisah keropok lekor dan pelbagai lagi la. Nak dapatkan artikel merapu saya di pasaran luar memang tiada. Hanya di sini je yer. Heh!

Tiba-tiba tadi, ada seorang junior, budak baru. Lelaki. Macam mana entah boleh pulak dia buat sesi taaruf melalui office communicator dengan saya rentetan dari artikel saya yang baru keluar tu. Bla bla bla bla...tengah duk explain pasal projek bagai, tetiba dia tanya,

"Akak dah kawin ke belum?", aaa sudah, tanya pasal kahwin pulak!

"Cuba teka", gesa saya. Saja menguji.

"Dari muka, macam bujang", ujar dia.

"Tapi dari gaya pakaian macam dah kawin!", sambung dia lagi.

"Haaa?? Maksudnya gaya pakaian akak macam bini orang?", terkejut jugak saya, jatuh saham ni!. he he.

"Takde la, maksud saya sejuk mata memandang", dia.

Aaa sudah. Kembang dah rasa ni.. ha ha.

"Errrr..iyo la tuh. Padahal tadi kata macam dah kawin!", saya.

Allahualam la bagi budak baru tu sejuk mata memandang macam mana yang dimaksudkan. Ye la, lain orang lain pandangannya kan? Kalau la saya ni bertudung bulat labuh, litup, saya rasa ok jugak dia nak kata gaya pakaian saya sejuk mata memandang. Ni tudung saya tiga segi je.....hmmmmmmmmmmmmmmmm. Saya rasa la... dia nak kaber kot, pasal terkata saya ni pakai macam orang-orang dah kawin, jadi dia kata lah sejuk mata memandang..... he he



PS: Awak, saya nak tau, pandangan awak gaya pemakaian macam mana yang dikatakan sejuk mata memandang. Mana la tau......tu pun kalau awak sudi berkongsi lah..

26 comments:

shameel Iskandar said...

salam afida.

sejuk memandang apabila memanandang org berpayung dalam hujan. pasti sejukkn. hahaha

p/s : bagi saya sejuk mata memandang itu menyebabkan rasa damai dan tenteram di hati apabila memandang. ia mugkin disebabkan gaya pemakaian yg sopan.

Mutiara Bernilai said...

Assalamualaikum sygku Afida,

rindu sungguh mutiara dekat semua,
agak lama menyepi..

hu, sejuk mata memandang?
bagi mutiara, bila kita pandang dia, kita rasa damai-tenang-tenteram, ada rasa kelembutan dalam hati.. :) bahkan melihat dia membuatkan kita teringat DIA..

stuju dgn komen shameel iskandar tu :)

syg selalu~!

Afida Anuar said...

Shameel-->Salam shameel, sejuk mata tengok mereka berpayung pasal hari hujan ka? Sejuk jadi mata? he he.


Imanshah--> tak tahu la kenapa komen shah tak keluar ni, tapi saya ada je dapat email...

eh saya tak pakai jubah pun..pakai biasa2 je.... he he


mutiara-->Waalaikumusalam my dear mutiara.. Tu la, agak lama mutiara menyepi..alhamdulillah, fida 'nampak' mutiara pagi Jumaat yang mulia ni...

yer setuju juga dengan komen mutiara, tapi fida rasa kan mutiara, adik tu nak kaber kot, pasal dia kata gaya pakaian fida macam orang dah kawin...so dia nak kaber, dia kata la sejuk mata memandang. he he

Allahualam..

Mutiara Bernilai said...

salam Afida..

harini Mutiara cuti..
P konvo d UTM SKudai :)

hm? kaber?
ntahla.. tp even mutiara bace blog Afida pun Mutiara dah rase suke..sejuk je.. :)

Kay said...

sudah biasa bila org tanya: suami akak kerja mana?

nurkass said...

aha..
betul fida..pandangan org ni berbeza2..
mungkin bg pemuda tu pemakaian fida yg menutup aurat..tu yg sejuk mata dia memandang..

Noli said...

sejuk mata memandang sama la kot sejuk perut ibu mengandung...hihi..sama ke kak?

...rindu nak design Apa Khabar...huhu

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga saudari sihat hendaknya..

Sebaik-baiknya utamakan bersungguh-sungguh menata diri agar menjadi lebih terhormat, dalam pandangan Allah. Dengan demikian kita akan dihormati, selalu terjaga harga diri dan sikap-sikap terpuji pada pandangan manusia..

nahmy said...

haa..aaa..ha...haa..aa...jgn pandang-pandang, jgn pegang-pegang...nanti kena tendanngg!

asal mengikut kehendak syarak atau mengidolkan Aishah isteri nabi tu dah okeh le tu.

tapikan dr sejuk org memandang kan lebih baik sejuk suami yg memandang...jadi dptkan dulu 'suami' tu...heh..hehe

sori panjang plak bebelan kali nih

Azian Elias said...

maybe yg longgar2 kot.. tapi bukan jarang..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

sejuk mata memandang nie pada pandangan saya yang kabur ini adalah apabila kita pertama kali bertemu dengannya sama ada urusan rasmi atau tidak..kita selesa berurusan dengannya...

tutur katanya membuat kita semakin ingin berbicara dengannya..

sampai waktu solat, dia pula berkata " kita hentikan dahulu perbincangan ini, kita solat sebentar ya"

kemudian, dia hormati semua pandangan kita.habiskan dahulu semua tutur kata kita sebelum dia beri pandangan..

selesai berurusan dengannya, kita rasa lega..seolah2 permsalahan kita telah selesai...

Khairi Mohd said...

mungkin baju kurung yg corak dia peti ais byk2 hehe.

Fida, tahniah artikel dipublish. apa kata publish ngn JS plak? hehe.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dlm istilah AlQuran `sejuk mata` dinamakan `qurroton `ayun` Surah AlQasas:9 وَقَالَتِ ٱمۡرَأَتُ فِرۡعَوۡنَ قُرَّتُ عَيۡنٍ۬ لِّى وَلَكَۖ Dan berkatalah isteri Fir’aun: "[Ia] adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu` Surah AlFurqan:74وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata [kami], dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.`
Makno eh, penyojuk mato ni adalah anak dan isteri bilo kito memandang eh! Ikatan kekeluargaan yang dididik dengan kalimah Allah. Susah sonang hidup nilah diyo penawar hati kito bukanlah terlotak pado pakaian semato2. Eden cubolah perhatikan gambar Fida botul ko `sojuk dimato`?, Alahai, ghonit (kecil) dan kabur bonar gambar eh, tak dapek eden nak buek kato putuih. Sangko baiklah, kita anggaplah mek2 Ganu come2 belako. Wallahualam.

Adinda Amy Sensei said...

sejuk mata memandang jiwa pastikan tenang......

Adinda Amy Sensei said...

sejuk mata memandang jiwa pastikan tenang......

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear fida:):)

Bila dah diakui dengan jujur oleh seseorang...itulah orangnya..Sejuk mata memandang...ada aura ketenangan di situ...:):)

betul tak dear?:)

Afida Anuar said...

MUtiara-->Wahh besttnyer cuti? mutiara convo hari ni? tahniah2...convo master eh? ke phd?

eh ye ke mutiara..aduh dah kembang kempis dah fida ni.. he he

Kay-->kay, fida tak pernah lagi orang tanya lagu tu;)

Kass-->Allahualam la kass, fida pun tak tau la part mana. Rasa mcm sama je pakai dengan orang2 kat cni, ke sbb tudung tak selempang kot!..errr

Noli-->rasa sejuk perut eh? eh nak tengok artikel apa khabar akak? he he

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, InsyaAllah.. takde langsung niat nak suh dia sejuk mata ke apa, berpakaian pun sebab Allah... thanks saudara, atas nasihat. akan saya pegang tu;)

Nahmy-->Alamak Nahmy, pakai baju pun takde niat nak suh sapa2 sejuk mata memandang... niat sebab Allah suruh, tutup aurat. tp kalau ada yang sejuk mata tu, Alhamdulillah..errr.. tengah cari ni..sabar..sabar.. kehkehkeh

Kak Yan-->mebi kot kak yan;)

sahrom-->Waalaikumusalam..ooo panjang lebar sahrom.. ni kira macam bos2 la ni, saya pun ada pengalaman sebegitu jugak. 1st time bekerjasama tu dah rasa sejuk mata;)

Khairi-->haaa, nanti nak suh Ja buat baju kurung corak peti sejuk!..kehekhe.. Khairi, publish dengan JS tu..Allahualam.. macam..errr..takde step pun lagi ni.. he he.

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur, insyaAllah Tajnur, moga2 satu hari nanti bisa jadi penyejuk mata buat suami tercinta...doakan..

he he.. tau ke saya yang mana satu? ..errr. Saya pakai pun biasa2 je. Tak pe aih takdak kata putuih. Tak suh buat kata putuih pun.Spt kata Tajnur la, bukan terletak pada pakaian semata2 penyejuk hati ni, banyak faktor lagi iyer dak?


Amy-->Moga2...seperti kata Tajnur, jadi pendamping yang bisa menyejuk mata sang suami satu hari nanti, insyaAllah...

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie;).. hehe Allahualam la kak. Saya mana boleh puji diri sndiri,kan? eceh.. rasanya dia more nak cover tu;)

masz14 said...

fail. kenapa kena sebut sejuk mata memandang. kenapakah lelaki tu memberitahu terang2 yg dia mmg memandang ko fida?
FAIL.
bukan perempuan saja yg kena jaga pandangan. lelaki juga kena jaga pandangan. hari ni aku ternampak guard muda dok tengok dada student perempuan 2 org yg pakai terdedah. budak arab 2 org ni. aku rasa nak cungkil je biji mata dia. kot pun nak tengok sila jgn terlalu obvious.
apa ni lelaki ni tanya dah kawin ke belum, pastu boleh komen pulak gaya pakaian ko. fail.....
maaf malam ni aku agak emo..

Afida Anuar said...

Hehe...mas, dah jumpa hari2 kat opis. Kitaorang satu opis, dia duk hujung sana, aku duk hujung sini, ada masa jumpa depan2 gak pasal projek... so nak tak nak memang kena pandang..hmm

ko tau Mas, ada seorang perempuan. Kawan kita pernah komen gaya pakaian aku, macam orang tua. Tak pandai nak berfesyen. Ye la duk kenakan tudung akel tu je... tak tukar2 sampai skrnag. Nk buat macam mana..dah tu gaya pakaian yg aku selesa pakai. Jadi bila budak tu kata macam bini orang, aku mcm dah paham sket la dia nak kata macam orang tua, tapi dia kaber dengan kata sejuk mata memandang;)
pastu salah eh lelaki dah tanya kawin ke belum? errr...ramai je lelaki yang penah tanya aku.... maknanya lelaki tu yang fail kan? bukan aku kan? he he

Allah... tu la, kadang-kadang kan.. bukan nak salahkan lelaki jugak Mas, diaorang memang diciptakan macam tu. tertarik untuk melihat keindahan seorang perempuan. Sebab tu kita kena tutup segala. Moga dia pun boleh menjaga sama. Cuma tu la, tak semua lelaki menjaga... even yang menjaga pun, aku rasa diaorang ada akan memandang juga, cuma not in obvious way, pastu istigrfar.. yang guard kat ctu, memang spesis tak menjaga la tuh..

xpe2 Mas, boleh je ko lepaskan emo ko kat cni, aku tak kisah pun;)

intan.maisarah said...

salam sayang

membaca komen komen diatas :)
mcm mcm definasi sejuk mata memandang

Bijen M. said...

Yang mardhatillah.
Yakni diredhai Allah SWT.
Allah suka, Nabi setuju.
Yer dak?
Eh tengok pasal masturah tu.

AL-BIMA SAKTI said...

Biar sejuk memandang, jgn sejuk memanjang... hehe...

Kerepok lekor... sejuk kurang sedap dimakan... tak dok kick...

IMANSHAH said...

yg paling penting, JAGA AURAT

Afida Anuar said...

Intan-->Salam sayang juga sayang;). Itu la.. macam-macam rupanya. Tak terkecuali kita sendiri pun pasti ada definisi sejuk mata memanjang tu;)

Bijen-->dah..dah tengok dah. Awal2 lagi gua dah tengok... Yang Mardhatillah...

Al-Bima Sakti-->kalau sejuk memanjang apa salahnyer.. he he. Keropok lekor nak yang kick kena makan kat terengganu sana... panas2 baru lepas goreng...

Iman Shah-->InsyaAllah;)

ummu said...

assalamualaikum Fida,akak pernah baca artikel seorang blogger lelaki dlaam blog multiplynya sekitar tahun 2007,dia kata,matanya akan sejuk memandang bila melihat wanita atau gadis berbaju kurung.sweet...katanya lah.

akak?erm, wajah yang cantik kian manis bila menutup rambutnya dan auratnya yang lain.

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam kak ummu..

hehe, lepas ni saya nak selalu pakai baju kurung la kak..eceh..dan dan.

fida pulak..akan sejuk mata dengan senyuman. Kalau orang yang selalu senyum, subhanaAllah...suka tengok;)

 

Browse