Bukan Sempurna...

Wednesday, March 02, 2011
Susah hari ni saya nak senyum. Keputusan mendadak dari ketua besar di Singapore sana agak drastik dan sukar untuk saya hadam. Projek bakal di ramp down. Ramai yang akan di release. Tapi antara ramai tu saya bukan calonnya.

Nama saya ada dalam senarai lain (pasai ada orang tu tak nak). Senarai yang kena handle testing team sorang-sorang. Saya masih muda, tapi insyaAllah sebab peluang dah ada depan mata, saya ingat saya nak cuba. Doakan saya berjaya.



"Tak isi borang DPLI? Mak dengar dah keluar", mak

"Errrr, tak mak", saya

"Aiiii cepat benar putus asa...."



PS: DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah)

23 comments:

natni said...

(pasai ada orang tu tak nak)

hmmmm

Afida Anuar said...

haaaa..ye la cik intan. Kalau orang tu nak kan, mungkin tak dapat peluang ni...cuba melihat peluang sebagai sesuatu yg positif;)

nurkass said...

insyaAllah fida..
kass doakan yg terbaik utk fida..
doakan kass jugak ye..hehe..

owh..tak try ke DPLI tu..ape pun jgn sesekali lupa minta petunjuk darinya..:)

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga saudari dikurniakan kesihatan dan kekuatan dalam menghadapi tugas seharian..

Ya, peluang yang ada di depan mata anugerah Ilahi, teruskan langkah.. Allah akan memberi berkah dan bimbingan.

Noli said...

kak takmo isi dpli ker?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabatku..

ape beza DPLI dgn KPLI??? dua2 cara untuk masuk perguruan kan...

walau apepun, jika benar awak ditawar ke Singapura, itu peluang..tetapi restu mak perlu juga kan

Kehelan said...

naik pangkat naa? tahniah

shy said...

selamat naik pangkat naa... :)

shameel Iskandar said...

nape tak aply dpli, dah tak berminat ke jadi guru. apapun dlm melakar kerjaya faktor keserasian amatlh penting.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Roda hidup manusia sentiasa berpusing yakni adakalanya diatas atau dibawah. Apa yg penting kita mesti sesuai dgn keadaan tersebut jika berada dibahagian bawah. Hidup ini juga perlu pijak dibumi nyata, kehidupan sekarang tak semestinya kekal berterusan hingga penghujung usia. Tetapi yang lebih penting, bekalan ilmu dan pengalaman yang kita miliki, mampu menjanakan hidup kita walau dimana kita berada dan w/pun dimamah usia asalkan mendapat keselesaan hidup. Oooo nasib baik dituliskan makna DPLI ingatkan kalau tak saya beranggapan emak Afida suruh isi borang`Dalam Pertunangan Lepas Ini`

aliff muhammad said...

Afida,

Tiap-tiap nan mendatang ada hikmahnya.

Good luck sahabatku.

Bijen M. said...

Wahh.
Staff release?
Takde can ah gini.

Pn Kartini said...

my dear dik fida..:)

Assalamualaikum:)

Dik..
walau apa jua yang fida ceburi..
yang penting kepuasan dan keikhlasan niat di hati...:)
moga tercapai apa yg dihajati dan dipermudahkanNya...
InsyaAllah dear:):)

Afida Anuar said...

Kass-->Thanks kass. insyaAllah kass pun sama. Kass apply?

Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt. alhamdulilllah moga saudara pun begitu jua. InsyaAllah, harap2nya begitu lah saudara..

Noli-->Dik, dah isi? akak...errr.. tak kut.

Sahrom-->Waalaikumusalam sahabatku. Eh bukannya saya kena pi singapura sahrom. Saya masih di sini. Cuma bos besar dan onsite team di singapura sana. Utk projek ni kitaorang ada 2 team. Satu di singapura,onsite.. satu di Cyberjaya, offshore. KPLI, tuk sekolah rendah. DPLI tuk sekolah menengah. Allahualam..

Kay-->Eh tak.tak....tak naik pangkat pun kay. Sungguh. cuma diberi peluang tuk handle team sorang2. I m the boss..hehe..lebih kurang.

Shy-->Shy, tak naik pangkat pun...percaya lah.

Shameel-->Hurmmm..bukannya tak minat shameel, cuma saya suka dengan apa yang saya buat sekarang;)

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur!..hehe, first time saya dengar ada borang dengan nama sebegitu. Nak isi borang 'DPLI' versi Tajnur tu pun, mesti lah kena lengkap dulu syarat-syaratnya. Kalau tak, tak boleh diisi. Kalau lengkap, memang saya nak isi, tp ni tak lengkap lagi, macam mana mau isi? :D

Alip-->Thanks Alip, insyaAllah... walaupun payah, rasanya bila kita positif, insyaAllah output dia positif. Ada hikmahnya

Bijen-->Release dr projek ni, masuk projek lain la pulak Bijen. Bukannya kena buang keje pun. Ada projek tu nak pakai developer ramai. nak dak?;)

Kak TInie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie..InsyaAllah kak. Thanks for the words.

Mutiara Bernilai said...

salam my dear Afida..

InsyaAllah, segalanya ada dlm perancanganNYA.. tugas kita adalah usaha sebaik habis, dapat tak dapat tu bukan urusan kita..tu urusan Allah..

insyaAllah, manusia merancang dengan cita-cita sedangkan Allah merancang segalanya dengna cinta.. :)

syg slalu~

Khairi said...

semacam persimpangan dilema je hehehe. cubalah dpli, insyaAllah dapat.

Afida Anuar said...

Mutiara-->salam my dear mutiara..InsyaAllah itulah yang fida yakin mutiara...thanks for the words..

sayang sokmo;)

Khairi-->takde simpang2 pun khairi, straight jah ni.. Nampaknya Allah tak halakan hati saya ke situ khairi. Ja apply?

IMANSHAH said...

sokong kata mak!!!

Afida Anuar said...

sokong kata hati!!..hehe

ummu said...

assalamualaikum Fida
betul, Fida, melihat peluang (ada orang tu tak nak), it's ok, semoga inilah pelunag Fida tonjolkan kemampuan Fida sebenar.

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam kak..
insyaAllah fida cuba. Doakan eh kak..thanks

~~su manje~~~ said...

Salam ziarah…
Jemput singgah di blog baru Sumanje
maafkan su sis ...lama tak ziarah
Tentang Malaysia
Terima kasih atas kunjungan anda
Semoga Ceria selalu dan happy blogging
Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

:)..

Afida Anuar said...

Salam sue manja...insyaAllah sue, jap lagi.

selamat berhujung minggu sue..

 

Browse