Hati Kecil Di Hujung Rasa...

Thursday, March 10, 2011
Lama saya tidak mencoret-coret kala sebegini, di notepad ni. Maksud saya, kala di hambat kesibukan di pejabat, kala tengah blank, kala rasa nak bernafas seketika dari kelelahan kerja. Kala macam ni....

Dulu selalu juga, waktu tengah sibuk dan kacau di pejabat, saya buka notepad...mula mencoret-coret. Kadang-kadang panjang jadinya coretan tu. Kadang-kadang pendek. Depends atas kesibukan dan kekacauan tu sendiri. Lepas siap coretan tu, saya email kat diri saya sendiri. Nanti kat rumah, saya bukak email. Copy paste masuk blog. Publish.

Nak masuk/update terus kat opis ni jangan harap la. Segala macam mak nenek website depa block termasuk lah blog segala. Certain-certain website je yang depa tak block, macam wikipedia, website yang ilmiah-ilmiah dan yang seangkatan dengannya.

Cuma, kalau dah ketegaq sangat nak browsing blog ke apa ke yang di'block' kat pejabat ni, pandai-pandai la kami cari proxy. Kalau tak, kirim salam je la. (Oh pen/thumb drive pun depa block, tak leh guna. Kirim salam lagi!!)

Sebab tu masa saya berblogging hanya di rumah, dan kebiasaannya waktu malam la, lepas semua kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan, selesai. Hmmm, biasanya macam tu la. Kalau luar biasa tu... ada la tu.

Ada jugak sahabat tanya kat saya, office saya ni flexible, nak pakai apa pi opis pun, pakai la, maksud saya boleh pakai kasual, bukan formal. Nak masuk opis kul berapa pun, masuk la. Nak balik pukul berapa pun, balik la (janji kerja siap). Tapi kenapa internet becomes such a threat sampai depa block bagai. Saya pun tak tahu nak jawab apa.

Tapi bila fikir-fikir, dalam hidup ni, mesti ada 'can' and 'cannot' rite? Tak boleh semuanya 'can', tak boleh semuanya 'cannot'. Ok la, ni ayat memujuk saya je. Saya tahu, opis tu kelihatan sangat tak macho bila internet pun depa block. Cuma saya melihat ia sebagai positive thing untuk saya sendiri.

Oh bayangkan kalau depa tak block, mahulah saya tidak khusyuk membuat kerja. Sikit-sikit nak blog walking, sikit-sikit nak foruming, sikit-sikit nak chatting, sikit-sikit nak youtubing ceramah ustaz azhar idrus, kononnya la. Dah la saya ni pula mudah tergoda dengan dugaan-dugaan macam tu,err. Jadi bersyukur juga sebenarnya depa mengamalkan sistem block memblock internet ni. At least, boleh la saya menumpukan sedikit perhatian kat kerja ni haa, (ayat kaber)...he he.

Cuma dalam banyak-banyak website 'lagho' yang kene block tu, twitter depa tak block, pasai kampeni ni pun ada twitter..haha. Sebab tu kalau sapa-sapa yang follow twitter saya, depa akan nampak saya ada juga update status, reply-reply etc waktu kat pejabat ni. Boleh la.... sebagai pengubat duka kala hati di sapa rasa;). By the way, facebook saya dah lama koma...tak lama lagi arwah kut...

PS: Entry before lunch di atas notepad... bukan ipad2 tau;)

16 comments:

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear..:):)

Oooo...kiranya n3 nihh ats notepad dulu yaaa...bagus2 !
Yelah kan...menterapikan diri sendiri di kala ke 'stressan' dan ke'bluran' (er..er..marahlah ckg bm nihh)masa kerja kan...tak salah kan...;):)

Moga fida ok2 di sana...take care my dear!:)

IMANSHAH said...

salam

huhu, saya kadang2 mencuri masa juga untuk berblog di sekolah..yelah selepas selesai kerja kan..takpe kot

DrSam said...

idea kalau datang menderu tu memang kena curahkan. Cuma masa dan ketika tu kena betul. Saya pun kebelakangan ni amat kesempitan masa dan berlari-lari mengejar masa. 1st time sebulan tak berblog sampai naik beku otak :)

natni said...

actually org sokong blocked several site sbb kite bole pokus keje (kalo bizi)

tp akan rs xbest (n kutuk bla3) bile xde keje nk wat n rasa bosan tahap infiniti

conclusion : there are the pro n con which is ade la hikmah dsebalik nye tu =D

aliff muhammad said...

afida,

kau tahu, masalah paling beratantara alip dan staf adalah penggunaan internet sewaktu kerja...(fb,myspace,games n etc).

yang kena sindir sampai pedih telingabudak nama alip ni la.

bila ditegur elok -elok buat dekkk

bila di 'sound' depa sentap!

sudahnya ambik, alipp sendiri pergi repot terus dengan pegawai sistem maklumat untuk blok laman tersebut.

tapi staffku lebih bijak - guna proxy.

this resulted : " alip lalu staf tutup laman tersebut. alip sampai kat biilik,, staf buka balik".

tapi staf lupa markah lnpt sapa tulis!!!

nahmy said...

kompeni depa...ikut depala nak buat rules. kita duk dlm kompeni tu nak taknak kena ikut gak...takpela. tp itu bukan pengakhiran interaksi kita dgn 'dunia luar'. pandai-pandaile kot...janji keje jln, deadline ok..dan tak menyusahkan sesapa jua

Afida Anuar said...

Kak TInie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie..entry atas notepad..ye, pastu masuk email,sampai rumah, copy paste publish;)..u too kak tinie..take care.

PS: Tetiba rindu saya nak baca entry saudara abdul razak pagi2 jumaat ni..

Imanshah-->haaaa, ni nak kena report ni..ekekeke. Cikgu pun ada masa terluang dalam bilik guru kan?

Dr Sam-->Itu la Dr Sam. lama benor cutinya. hehe, idea yang dtg jangan disia2 kan..lebih kurang gtu la.

Intan-->ke nak cadangkan mcm ni kat orang nns..klu bizi, kita blockkan website. kalau tak bzi, kita suh diaorang tak block? errr..heheh

Aliff Muhammad-->Alip, haaa, tu dia ketua dah sound...Alip, government punya sector dgn private punya sector lain caranya kut. Kat sini takdak sapa pun nak tegur. Paling2 kurang pun, nanti ada la orang network yang block pulak proxy tu. mcm tu la. Markah lntp takdak ketua nak isi....janji task yg diassign tu..siap;)

Nahmy-->hehe, itu la Nahmy, janji sampai deadline, keje siap. Takpe la kena block pn..

Kamsiah said...

fida...proses memujuk diri sendiri ya hehe..mmg kebanyakan opis mcm tu...tak mau pekerja ghalit layan segala mak nenek kat melalui internet

Mutiara Bernilai said...

btul syg..

ade yang di beri 'lebih' tapi ade yg di 'kurang'kan..thats life..

nway mutiara sendrik tak berapa gemar nak update n blogwalking ke sana ke mari waktu mutiara kerja..takut mengganggu kerja, hu, so far xde lah mengganggu sgt, cumanye mutiara takut mencacatkan keberkatan ibadah (kerja pun ibadah kan?) Mutiara.. ye la, mutiara di bayar mengikut jam, so setiap saat tu perlu di hitung..

so, mutiara biasenye akan kire brape lame mutiara online utk pkara2 bukan urusan kerja, then mutiara akan ganti dgn dtg awal or balik lambat or tak kuar lunch or OT tanpa claims.. yela, kite kne jaga kberkatan setiap duit yg masuk poket kan?


aish, panjang pulak mbebel..

syg slalu!

nurkass said...

ada logiknya diorang buat camtu kan..staff leh fokus pada kerja..
sib baik kat ofis kass ni diorang block facebook jek..hehe..

masz14 said...

ala fida handphone skarang kan dah canggih. tak perlu lagi pc nak cek fb,email, blog etc. sume thru henpon aja... bagus la gitu. personal bisnes, using personal phone. charge pun byr sendiri. takde la lagho sangat kalu macam tu...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida,
opis sy plak pakat abes semua FB dgn twitter kne blocked..mujur blog yang bersih tak kena blocked mcm blog saya nie heheehheh( ayat perasan la plak)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tak pe, tak pe! Asalkan jangan `Kecil Hati dan Terasa Berada diHujung2 je...` Sememangnya hampir kesemua orang2 atasan sebelah Asia ini bersikap `prejudis` terhadap org2 bawahan dan saingan mrk. Mrk juga tidak bersikap terbuka dan `lapang dada` dlm banyak perkara. Sebab itulah disebelah barat, mrk lebih maju dan berdaya saing dgn block sebelah timur. Anyway, bila dah harta emak bapak mrk punya dan kita ni pula kuli ikut sajalah sebagai jalan pilihan selamat. Sebaliknya, disebelah kita ni pula kenalah `smart-work` dan professional dlm etika kerja! Jgn sampai menghantui hidup kita kerana kerja seharian adalah penghidupan kita. Wallahualam

Afida Anuar said...

Kak Kamsiah-->Itu la kak kamsiah. Bersyukur jugak sebenarnya..hehe

Mutiara-->Ooo... klu ikut jam kena betul2 la kan. Duit yang kita dapat tu pun rezeki, jadi darah daging kita..tak nak la campur dengan benda2 haram. Fida tabik la kat mutiara. Macam seorang lecturer, kawan fida pun macam tu jugak, tiap2 hari dia akan balik lambat,katanya tuk ganti hours yang dia 'terbabas'... Allahualam..

takpe2 mutiara membebel panjang pun..fida suka baca;).. jaga diri..sayang sokmo:D

Kass-->lg mahsyuk kass, facebook je diaorang block, kalau fida sah tak khusyuk dah buat keje:D

Mas-->hehe, lupa aku nk tulis lagi, mungkin entry ni tuk orang yg takde tepon canggih mcm aku;)

Sahrom-->waalaikumusalam sahrom... ooo, seronok lah yer, tak kena block. Eh mmg blog sahrom bersih pun;)

Tajnur-->Waalaikumusalam Tajnur..hmm... masalahnya hati ni kecil, dan mmg berada kat hujung pun:P...Betul2..nak kata terbuka tu, takde la sangat,biasa2 je. Berlapang dada pun, biasa2 je. Entah..kira boleh la depa ni. Kerja seharian adalah penghidupan kita. Ok Noted!..thanks.

MAZEMIE MAZ said...

Assalamualaikum...

Afida Anuar said...

Waalaikummusalam, mazemie maz...

 

Browse