Curang...

Thursday, March 31, 2011

Ohh Abang Bung kata kebanyakan wanita kat Malaysia ni bawa kereta yang boleh bahayakan pemandu-pemandu lain. Saya rasa, kami-kami ni bawa kereta sangat lah berhemah. Suka hati je Abang Bung cakap macam tu kat kami:(

By the way, kekasih Incik Hitam sedang bersiap sedia untuk memandu van cap Pregio. Bawa 8 orang ahli-ahli van pergi solat zohor berjemaah di masjid berdekatan. Teluk Intan, Perak 19 Mac 2011.

Semua orang puji kekasih Incik Hitam bawa van penuh berhemah. Tak bahayakan orang sekeliling pun .. Abang Bung.. heh!



PS: Curang kejap kat Incik Hitam hari tu. Nasib baik tak kantoi. Wakakaka.

19 comments:

Unknown said...

One thing is sure. Dengan pemanduan berhemah, bukan hanya kita selamat tapi orang lain juga. Maka, di sana ada pahala kerana on the opposite site, berdosa kiranya kita memberi mara bahaya kpd orang lain. kan?

nurkass said...

alah..curang sekejap je fida..bukan dengan sape pun..kekasih incik hitam gak kan..hehe

ermmm..sape abg bung tu fida..!
majisterit kah, doktor kah, ahli muzik kah...nak kena ni..

lelaki ke perempuan ke sama je hemah tak berhemahnye..mentaliti manusia..begitulah..heh

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

mungkin abg bung tak pernah tgk bini dia drive kot hehehehehehee

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga saudari afida dilimpahkan kesihatan yang baik..

Kita fikir baik jer, barangkali pada penglihatan dia (Abg Bung) kebanyakkan dari kesilapan semasa memandu datang dari pemandu wanita. Pun begitu lelaki ada juga yang buat silap kerana kita manusia sangat lemah tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Adliff said...

Pandu berhemah dan kuranglah orang macam aku terpaksa derita akibat kemalangan jalan raya ha!ha!ha!

Unknown said...

kes eksiden @ jln raya byk driver lelaki nape plak tuduh pompuan wreckless driver.. haih abg bung ni nak kena babab niii...

nahmy said...

kemalangan...kemalanganlah, mana ada kena mengena dgn jantina. pokoknya semua kena berhati-hati dan berhemah.

jgn main2 dok sebut encik hitam-encik hitam esok yg dtg dari nigeria terlekat di hati (tp takpe gak kan...janji 'soleh')

natni said...

1 je soklan : whos abg bung?

jeng jeng jeng

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bukan bererti curang jikalau kita bertukar kereta kerana sebagai khalifah dimuka kita berhak menggunakan sebarang perkhidmatan yang disediakan (QS45:13وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مِّنۡهُ‌ۚ Dan Dialah yang memberi khidmat (faedah dan kegunaan)kepada kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya.
Cumanya mampu atau tidak disebabkan sistem negara yg dipenuhi dgn nepotisme dan cengkaman harta2 utk milik mrk myebabkan tidak dpt membantu kita. Bukan masalah laju, tetapi sikap tak puas hati kami kaum lelaki kerana mrk (pmpn)bawa lbh laju dari kami! Mana boleh, mrk perempuan kalau dlm kuliah, mesti barisan blkg, berjln pun mesti diblkg. Ini tidak, lbh2 lagi bila dah bawa kereta besar, pakai spek hitam, waduh lupa diri. WEallahualam

Pn Kartini said...

assalamualaikum my dear:)

Ooooo..curang dgn incik hitam !!ingat apa tadi...kurusss semangat!!;)

nampak pada orangnya..fida cute miut..tp bawak van ekk...:):)ganas gak nihh

Cikgu Ma said...

assalam Fida
he he, curang yang takde saper nak marah tu Fida,ngeee

Afida Anuar said...

IQbal-->Harap-harap selama ni akak memandu dgn berhemah la...rasanya..err

Kass-->larr..abang bung kass.. tak kenal eh... haihh, Bung Mukhtar..suami zizie ezette tu..kenal? hehe

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..haa, tu la. Rasanya, kalau bung mukhtar tengok bini dia baru tau..eh bini muda dia..he he

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak..Alhamdulilah, saya sihat2 di sini, moga saudara di sana pun begitu juga..
mungkin jugak la kut saudara..husnu zann...tapi rasanya sama je kita ni, lelaki ke perempuan ke..

Aliff-->hehe..aliff, sabar aliff, fida tau kaki aliff patah pasal orang tak berhemah..sabar..sabar..

Edot-->eh jangan edot, nnti bini muda dia marah ko babap laki dia..he he

Nahmy-->hahaa, dah memang dia hitam nahmy, takkan nak panggil Incik putih pulak ...body hitam legam tuh.. ah nigeria? soleh? errrr..gagagagaga

Intan-->Lerrr..intan. Takkan abang bung mukhtar zizie ezette tak kenal..heh!.. he he

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur..yer, saya tau tu, saje je buat perumpamaan... he he... waduh2 kes perempuan bawak kete besar pakai spek hitam rupanya... eh rasanya perempuan ramai yang bawak kete kecik2, senang nak parking..hehe. eh spek hitam pun saya takde (tetiba)..wakakaka

Kak Tinie-->Walaaikumusalam my dear kak tinie..hehe, sebab Incik Hitam je buat masa skrg kekasih sya kak..err.. kehekheke..takde la, saje je.

haaa, tu la...nampak je saya ni macam ayu2,sopan santun perempuan melayu terakhir kononnya.. tapi ganas tau kak!..eceh

Cikgu Ma-->waalaikumusalam kak... hehe, saje nak anggap Incik Hitam tu akan marah n jeles kalau tengok saya pandu selain dari dia..kekkeke..ada ke? huhu

Rashid said...

Iya kan .. apale abang Bung tu. Mana ada orang pompuan tak berhemah semasa memandu.

p/s - pernah tgk orang pompuan pecut kereta laju giler.. ingatkan orang laki .. hehe

Norsha said...

salam fida,
first time visit sini,x sngaja trmasuk blog ni, klakor la, ayat sempoi2 tapi menghiburkn

salam ukhwah

Bijen M. said...

Pehh.
Gua ni lama dah mengidam nak bawak van.
Tak dapat-dapat lagi.
Haish!

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid-->tu la pasal..kan cikgu, padahal smlm ada yang keluarkan statistik kemalangan, lelaki 2.4 kali ganda lagi ramai yang terlibat dengan kemalangan berbanding perempuan...perempuan bawak laju pun berhemah!...heh!

Norsha-->thanks norsha sudi singgah.. hee, blog picisan je norsha..salam ukhuwah juga..

Bijen-->Gua bawak van je pun. BUkannya Alphard ke...starex ke...tp bestt wooo.. he he

fuad ansari said...

Teruskan memandu secara berhemah ye.. (",)

Perasan tak yang kadang-kadang membawa terlalu perlahan juga membahayakan.. Sebab kita akan terdorong untuk memotong.. dan memotong juga adalah membahayakan terutama di jalan2 yang kecik..hehe..

shameel Iskandar said...

Pemanduan berhemah sgt penting utk keselamtan kita dan org lian. Tapi ttg bung mokhtar tu, dia mmg agak celupar mulutnya. Dulu pernah dia panggil keling kt MP india. Hari ni pun dia panggil syaitan kt seorg Mneteri. Ntahlah nape dgn dia tu.

Afida Anuar said...

Fuad Ansari-->InsyaAllah fuad..thanks..

Allah, cakap bab memotong, saya pernah hampir2 kemalangan kerana hendak memotong kereta di waktu malam. Sukar nak bajet kereta yang datang dari hadapan, kerana tak pandai nak bajet lampu..jauh ke dekat. Alhamdulillah Allah kasi saya selamat..

Shameel-->entah la bung mukhtar tu... tau la orang besar..eh orang kecik je..tapi... biar la dia shameel..

 

Browse