Curang...

Thursday, March 31, 2011

Ohh Abang Bung kata kebanyakan wanita kat Malaysia ni bawa kereta yang boleh bahayakan pemandu-pemandu lain. Saya rasa, kami-kami ni bawa kereta sangat lah berhemah. Suka hati je Abang Bung cakap macam tu kat kami:(

By the way, kekasih Incik Hitam sedang bersiap sedia untuk memandu van cap Pregio. Bawa 8 orang ahli-ahli van pergi solat zohor berjemaah di masjid berdekatan. Teluk Intan, Perak 19 Mac 2011.

Semua orang puji kekasih Incik Hitam bawa van penuh berhemah. Tak bahayakan orang sekeliling pun .. Abang Bung.. heh!



PS: Curang kejap kat Incik Hitam hari tu. Nasib baik tak kantoi. Wakakaka.

Hakim...

Tuesday, March 29, 2011
Ada seorang kakak ni.. dia tengok gambar saya. Dia kata, saya ni sesuai sangat jadi isteri hakim. Maksud dia hakim muda yang tak kawin lagi la. Bukan hakim yang tua tu.

Allahuakbar... mana la tau satu hari nanti, masin mulut kakak tu, jadi isteri hakim la saya... hahaha.. (Tingginya Fida berangan!! errrr...)



PS: Perghhh..lepas akak tu cakap macam tu, saya tak pandang dah peguam ke, loyar ke.. nak pandang hakim je.. heh!:P

Calar...

Sunday, March 27, 2011
Semalam petang, Incik Hitam kena rempuh, huhu. Dengan budak perempuan berbasikal yang saya kira dalam usia 6 tahun. Alhamdulillah budak tu tak cedera, cuma terjatuh basikal dan terus meraung. Agaknya terkejut dengan kejadian. Saya pun terkejut, yer la kejadian berlaku sepantas kilat..tapi takde la saya nak meraung macam dia. keh keh keh..

Saya sebenarnya agak cuak dengan tangisan kuat dia. Tak pasai-pasai penduduk taman meluru ke tempat kejadian. Jantung saya waktu tu, rasanya antara berhenti dan berdegup. Allah je la yang tahu..

Masalahnya bukan salah saya, saya bawa Incik Hitam dah habis berhemah dah waktu tu. Maklumlah di kawasan perumahan kan, nak bawa laju macam mana la sangat. Sungguh saya tidak sangka ada budak berbasikal keluar melulu macam tu. Nasib baik saya bawa slow, kalau tidak... Allahualam la.

Kepada adik-adik lain yang bawa basikal. Silalah berhati-hati dan berhenti di simpang jalan yer. Jangan keluar main ikut sedap kayuh je. Pleaseeee... Kesian kat Incik Hitam saya tu, tak pasai-pasai dah tercalar di sisi. Dah kurang sikit hensem...

Si tuannya pulak dah tercalar di hati tengok 'kekasih' tercalar di sisi.. hu hu..

Sejuk Mata...

Thursday, March 24, 2011
Sejak artikel saya keluar dalam 'Apa Khabar' edisi company ni, tiba-tiba saya jadi glemer sekejap,err. Ada je yang bertanya, tak kurang yang mengusik. Ye la, saya tulis pasal negeri kelahiran saya Terengganu sana, kisah keropok lekor dan pelbagai lagi la. Nak dapatkan artikel merapu saya di pasaran luar memang tiada. Hanya di sini je yer. Heh!

Tiba-tiba tadi, ada seorang junior, budak baru. Lelaki. Macam mana entah boleh pulak dia buat sesi taaruf melalui office communicator dengan saya rentetan dari artikel saya yang baru keluar tu. Bla bla bla bla...tengah duk explain pasal projek bagai, tetiba dia tanya,

"Akak dah kawin ke belum?", aaa sudah, tanya pasal kahwin pulak!

"Cuba teka", gesa saya. Saja menguji.

"Dari muka, macam bujang", ujar dia.

"Tapi dari gaya pakaian macam dah kawin!", sambung dia lagi.

"Haaa?? Maksudnya gaya pakaian akak macam bini orang?", terkejut jugak saya, jatuh saham ni!. he he.

"Takde la, maksud saya sejuk mata memandang", dia.

Aaa sudah. Kembang dah rasa ni.. ha ha.

"Errrr..iyo la tuh. Padahal tadi kata macam dah kawin!", saya.

Allahualam la bagi budak baru tu sejuk mata memandang macam mana yang dimaksudkan. Ye la, lain orang lain pandangannya kan? Kalau la saya ni bertudung bulat labuh, litup, saya rasa ok jugak dia nak kata gaya pakaian saya sejuk mata memandang. Ni tudung saya tiga segi je.....hmmmmmmmmmmmmmmmm. Saya rasa la... dia nak kaber kot, pasal terkata saya ni pakai macam orang-orang dah kawin, jadi dia kata lah sejuk mata memandang..... he he



PS: Awak, saya nak tau, pandangan awak gaya pemakaian macam mana yang dikatakan sejuk mata memandang. Mana la tau......tu pun kalau awak sudi berkongsi lah..

Macho...

Tuesday, March 22, 2011
Pagi tadi, bila saya dapat berita ketua besar kat Singapore on leave sepanjang minggu ni, dada semacam lapang, tiba-tiba rasa ada mentari memancar 'shing shing' kat belakang sambil burung-burung berkicauan merdu. Kelopak-kelopak mawar pulak jatuh bertaburan di sekeliling saya seolah-olah jatuhnya kelopak-kelopak kebahagiaan. Ah bahagianya hidupppp!.. he he..

Tapi, kebahagiaan tu bukannya bermaksud saya malas buat kerja atau kerja saya tak jalan sebab bos takde. Dateline nak setelkan semua 40 'resolved defects' hujung minggu ni tetap saya utamakan. Nanti dia masuk office minggu hadapan, saya nak jawab apa? he he. Cuma saya rasa bahagia tu ada bila dia tiada. Eh dia ok. Sangat-sangat ok. Dia tak buli saya pun. Dia bos besar yang memahami. Cuma saya rasa ada rasa tu..... rasa bila dia tiada. he he.

Sejak saya handle testing team ni sorang-sorang, alhamdulillah..kerja makin mudah. Takde lagi dah daily meeting nak kena attend. Takde dah waktu senggang nak tunggu team member siap kerja dulu ke baru kita boleh continue kerja kita. Takde dah nak kena report kat lead ke bla bla bla. Meeting pun terus dengan bos besar kat Singapore thru office communicator je. Takde perantara, takde orang lain nak kena kasi arahan ke apa. Pendek kata semua kerja Allah mudahkan. Alhamdulillah..

Saya ingatkan haru juga bila handle team sorang-sorang ni. Rupanya tak. Ye la, bila sorang-sorang ni maknanya kita la bos, kita la kuli. So kita boleh plan apa saja yang kita nak buat ikut kehendak kita. Kerja pun, ikut suka kita nak buat yang mana dulu. Kasi je plan kita kat bos. Bos approved! ..ok done! Macho kan? he he :)

Tiba-tiba, saya rasa macam nak update resume saya sekarang! Nak letak kat working experience tu.... 'Test Lead'. Tak nak letak dah 'Team Member'... heh!

Alaa, kat dalam ni boleh la saya berlagak nak tulis test lead bagai. Tapi sampai masa kena offer, saya geleng kepala jugak! Air mata mengalir jugak. Macam hari tu.... kan Intan? he he..

Tahun lepas, bos kecik pernah tanya saya, "How do you see yourself in next 5 years?". Ada ke saya jawab... "Maybe full time housewife.. jika Allah izinkan..".

Terkejut dia. Ye la, mungkin dia ingat saya nak cakap jadi bos ke. Berangan nak ganti tempat dia ke. Tapi saya cakap nak jadi housewife je. Takde wawasan dalam industri IT budak ni. Belasah dia la nak fikir macam tu pun.

Ah perempuan..mana sesuai nak lead-lead orang ni...dok macho..yer dop?

'Masturah'...

Monday, March 21, 2011
Awak...
Saya tahu, saya sedar...sampai bila-bila pun, saya takkan layak untuk menjadi 'masturah' awak. Kan awak? Tapi saya berusaha..awak. Saya sedang berusaha. Walaupun tidak menjadi 'masturah' awak...

Tapi saya sedang berusaha untuk menjadi sebaik-baik 'masturah'... di mata Dia.

Doakan saya!..

Nak Kahwin!...Nak Kahwin!...

Saturday, March 19, 2011
"Nak kawin!!.... Nak kawin!!"... buat gaya hentak kaki macam budak kecik yer.. hehe.

Itu sahabat baik saya punya gaya. Bulan 8. Tahun lepas. Nak kawin punya pasal sampai hentak-hentak kaki. Abaikan gaya dia tu sebab dia memang macam tu. Waktu tu beliau belum kenal pun lagi dengan bakal suaminya. Berjumpa pun belum.

Alhamdulillah. Jodoh beliau Allah mudahkan. Semalam beliau selamat diijabkabul dengan suaminya. Didoakan beliau dan suami kekal bahagia hingga ke alam syurga. Ameen.

PS: Moh kita ke Perak yob! Jamu nasi minyak sahabat saya yang hentak-hentak kaki nak kawin tu.. he he he..

Jatuh Suka...

Friday, March 18, 2011
Kalau Bijen masih ingat, saya pernah tanya soalan ni dekat formspring dia. Tapi sebab saya tak kasi nama, jadi saya rasa Bijen tak tahu yang bertanya itu adalah saya.

Macam mana perempuan nak buang perasaan suka kat seorang lelaki? / mcm mana lelaki nak buang perasaan suka kat seorang perempuan? ada tip?

Selalunya perasaan suka kita tak buat-buat sendiri. Allah SWT yang campak dalam hati. Kadang-kadang boleh jadi syaitan yang buat (untuk perkara buruk). Macam kita suka makan Dunkin Donut misalnya, kita tak paksa diri sendiri menyukai donut tersebut. Tapi kita suka bila kita dah rasa. Itulah perasaan yang jujur dan tulus dari hati.

Perasaan itu boleh datang dan pergi mengikut kehendakNya. Kaitan perasaan adalah dengan hati. Dalam badan manusia ada seketul daging. Baik daging tersebut, baiklah seluruhnya. Rosak daging tersebut, rosaklah seluruhnya. Daging itulah hati. Mintalah fatwa dari hati yang suci. Jika hati baik, perasaan kita pun baik. Jika hati buruk, perasaan kita yang keluar pun buruk. Mohon dengan Allah SWT petunjuk. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia pemilik sekalian hati.

PS: Eh saya bukan nak lupakan sesiapa. Sungguh! Saya cuma bertanya je. Bertanya tu kan amalan mulia. Kemudian, saya rasa macam ok je kalau share kat sini. Mana la tau kan, ada sahabat-sahabat di luar sana yang juga tertanya-tanya perihal nak buang perasaan ni. Ok tu je.

Bye!

Doa Kakak Cleaner...

Wednesday, March 16, 2011
"Mudah-mudahan, berjodoh dengan orang yang istiqomah ibadat!", (sila baca dengan sleng indon ya!)

Masuk doa yang tadi, tak silap saya kira la, rasanya dah 3 kali akak cleaner indon tu doa macam tu kat saya, tiap kali kami tersembang bab kahwin..errr

"InsyaAllah kak... ameen.. ameen...", panjang sekali saya mengaminkan doa akak cleaner tu.

Allahuakbar...sapa yang tak terkesan, kalau kita dengar orang sekeliling kita selalu doa yang baik-baik untuk kita..iyer dop? Dan kita juga, jangan lupa doakan yang baik-baik untuk mereka. Mereka-mereka yang kita sayang dan mereka-mereka yang sayang kat kita, walau siapa pun mereka, walau di mana saja mereka berada...hidup atau yang dah meninggal dunia.

Sebab, kalau tak silap saya ada terbaca, kalau kita doakan yang baik-baik untuk orang lain, malaikat juga akan mendoakan yang baik-baik untuk kita. Allahualam. Tajnur, betulkan kalau saya salah.. (suka hati saya je suruh Tajnur betulkan..isk isk isk..)

ps: Lepas ni takde dah sesi Mardhiah-mengangkut-tilam-ke-bilik-saya, pasai dia dah terbang ke Singapore pagi tadi ... dengan Intan. Projek kat sana. 2 bulan. Moga selamat pergi dan selamat pulang. Bye!

Menjemput Bidadari...

Tuesday, March 15, 2011
"Segera kujemput engkau bidadari..
Bila tiba waktu ketemukan aku...
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati...
Teguhkan aku dilangkah ini...
Dipencarian hakikat diri...
Dan izinkan kujemput bidadari...
Tuk bersama menuju Mu, mengisi hari...
mengisi hari...."


Oh Allah, grant us Your Love, and Love of the one who loves You and the love of good deeds that make us closer to Your Love. Ameen ya Rabb..


PS: Mood --> Menjemput Bidadari. Eh patutnya, kalau saya..menjemput bidadara la kan? Menjemput bidadara? eh takkan la saya nak pi jemput bidadara. Perigi cari timba? Tak tak..salah ni. Tapi..... tettt tettt tettt (internet terputus..he he)

Kerana Doa...

Monday, March 14, 2011
"Kak Nor, kenapa tak balik kampung? Semua orang cuti ni!!", Huda

"Kak Nor bukan cikgu la sayang, kalau cikgu baru boleh cuti...", saya

"Habis tu Kak Nor jadi lah cikgu kat sekolah Huda, pelissssss Kak Nor...pelisssss", Huda

"He he...Huda..Huda"


Apa pun, kanak-kanak sekolah sekalian... selamat bercuti!!!
Kanak-kanak memang bahagia lah..

PS: Kerana doa...

Takut Tsunami...

Saturday, March 12, 2011
"Takut tsunami, tapi solatnya tak!!"... status anak sepupu saya semalam di twitter. Tak tahu lah saya dia perli sapa.

Tsunami lagi. Tsunami di Jepun, alert tsunami... mana-mana orang cakap bab Tsunami, tak terkecuali hati pun di landa tsunami, oo eh?

Dulu, waktu Tsunami melanda Acheh. Saya boleh katakan ia agak bagi kesan dekat segelintir umat manusia yang berada di sekeliling saya. Salah seorangnya kawan saya, alhamdulillah lepas kejadian tsunami di Acheh, beliau istiqamah mengenakan tudung. Allahualam la niat beliau sebab takutkan Tsunami atau takutkan azab Allah, pada waktu tu... tapi syukur sangat-sangat beliau bertudung. Harap beliau dah betulkan niat bertudung sebab Allah, bukan sebab tsunami.

Tsunami yang melanda Jepun semalam, Allahualam.... Saya tak nampak lagi kesannya, sama ada kat diri saya sendiri atau pun sahabat-sahabat sekeliling, errr. Maksud saya kesan yang boleh nampak terus depan mata. Cuma semalam, Mardhiah.... dia tiba-tiba dilanda takut tidur sorang-sorang gamaknya, senyap-senyap dia bawa masuk tilam dia ke bilik saya.

"Nak tumpang tidur boleh? Takut..", Mardhiah.

"Takut tsunami?", sindir saya.

Mardhiah sengih:D

Hati Kecil Di Hujung Rasa...

Thursday, March 10, 2011
Lama saya tidak mencoret-coret kala sebegini, di notepad ni. Maksud saya, kala di hambat kesibukan di pejabat, kala tengah blank, kala rasa nak bernafas seketika dari kelelahan kerja. Kala macam ni....

Dulu selalu juga, waktu tengah sibuk dan kacau di pejabat, saya buka notepad...mula mencoret-coret. Kadang-kadang panjang jadinya coretan tu. Kadang-kadang pendek. Depends atas kesibukan dan kekacauan tu sendiri. Lepas siap coretan tu, saya email kat diri saya sendiri. Nanti kat rumah, saya bukak email. Copy paste masuk blog. Publish.

Nak masuk/update terus kat opis ni jangan harap la. Segala macam mak nenek website depa block termasuk lah blog segala. Certain-certain website je yang depa tak block, macam wikipedia, website yang ilmiah-ilmiah dan yang seangkatan dengannya.

Cuma, kalau dah ketegaq sangat nak browsing blog ke apa ke yang di'block' kat pejabat ni, pandai-pandai la kami cari proxy. Kalau tak, kirim salam je la. (Oh pen/thumb drive pun depa block, tak leh guna. Kirim salam lagi!!)

Sebab tu masa saya berblogging hanya di rumah, dan kebiasaannya waktu malam la, lepas semua kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan, selesai. Hmmm, biasanya macam tu la. Kalau luar biasa tu... ada la tu.

Ada jugak sahabat tanya kat saya, office saya ni flexible, nak pakai apa pi opis pun, pakai la, maksud saya boleh pakai kasual, bukan formal. Nak masuk opis kul berapa pun, masuk la. Nak balik pukul berapa pun, balik la (janji kerja siap). Tapi kenapa internet becomes such a threat sampai depa block bagai. Saya pun tak tahu nak jawab apa.

Tapi bila fikir-fikir, dalam hidup ni, mesti ada 'can' and 'cannot' rite? Tak boleh semuanya 'can', tak boleh semuanya 'cannot'. Ok la, ni ayat memujuk saya je. Saya tahu, opis tu kelihatan sangat tak macho bila internet pun depa block. Cuma saya melihat ia sebagai positive thing untuk saya sendiri.

Oh bayangkan kalau depa tak block, mahulah saya tidak khusyuk membuat kerja. Sikit-sikit nak blog walking, sikit-sikit nak foruming, sikit-sikit nak chatting, sikit-sikit nak youtubing ceramah ustaz azhar idrus, kononnya la. Dah la saya ni pula mudah tergoda dengan dugaan-dugaan macam tu,err. Jadi bersyukur juga sebenarnya depa mengamalkan sistem block memblock internet ni. At least, boleh la saya menumpukan sedikit perhatian kat kerja ni haa, (ayat kaber)...he he.

Cuma dalam banyak-banyak website 'lagho' yang kene block tu, twitter depa tak block, pasai kampeni ni pun ada twitter..haha. Sebab tu kalau sapa-sapa yang follow twitter saya, depa akan nampak saya ada juga update status, reply-reply etc waktu kat pejabat ni. Boleh la.... sebagai pengubat duka kala hati di sapa rasa;). By the way, facebook saya dah lama koma...tak lama lagi arwah kut...

PS: Entry before lunch di atas notepad... bukan ipad2 tau;)

Bakal Isteri, Bakal Ibu...

Wednesday, March 09, 2011
Nak balik petang tadi, team mate saya, Andrew wish saya 'Happy Women's Day' thru office communicator. Oh... Hari Wanita Sedunia eh?

Saya balas... "I m not yet a woman la Andrew, i m still a girl!".. he he.



PS: Nampaknya penulis memang seorang yang tak sedar diri. Dah layak jadi bini orang, jadi mak orang, tapi mengaku girl lagi konon. uweek:P


Mentari..Rindu Pada Malam...

Sunday, March 06, 2011
Keputusan pilihanraya kecil Kerdau, Merlimau...
Liverpool Man U...
Hate and Love...
Pelangi..

Macam ni rasanya apabila kehilangan. Dulu apabila dia hilang, satu rasa pun tak rasa. Sebab, memang tiada rasa. Tapi sekarang, bila dia hilang...lagi......seribu rasa berkecamuk dalam jiwa, berperang hebat kat dalam sana. Sebab rasa.....dah mula ada..

Oh..

PS: Dia seperti sesuatu yang berwarna-warni, tetapi tidak semua orang nampak. Dia seperti.. pelangi!.. -Syud

Taff...

Friday, March 04, 2011
Semalam Intan tanya kat saya, macam mana dia nak jadi taff (baca: tough) macam saya. Intan kata saya taff. Tak tahu la kenapa Intan kata saya taff, padahal rasanya saya tak taff pun.

Mungkin Intan nampak luaran saya je yang taff, tapi dalaman, Allah saja yang tahu macam mana saya berperang dengan rasa yang ada, apa pun alhamdulillah, atas segala mehnah dan ujian yang menjadikan saya, saya.

Saya cakap kat Intan, fikir positif. Tak kira la apa orang nak kata, tak kira apa keadaan yang datang dan bakal mendatang, cuba fikir positif. InsyaAllah jadi taff. Oh, satu lagi saya lupa nak bagitau kat Intan...senyum..

"Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati duniamu berseri"...

PS: Ada bakat jadi pakar motivasi dak?...he he.

Bukan Sempurna...

Wednesday, March 02, 2011
Susah hari ni saya nak senyum. Keputusan mendadak dari ketua besar di Singapore sana agak drastik dan sukar untuk saya hadam. Projek bakal di ramp down. Ramai yang akan di release. Tapi antara ramai tu saya bukan calonnya.

Nama saya ada dalam senarai lain (pasai ada orang tu tak nak). Senarai yang kena handle testing team sorang-sorang. Saya masih muda, tapi insyaAllah sebab peluang dah ada depan mata, saya ingat saya nak cuba. Doakan saya berjaya.



"Tak isi borang DPLI? Mak dengar dah keluar", mak

"Errrr, tak mak", saya

"Aiiii cepat benar putus asa...."



PS: DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah)

 

Browse