Aku tidak pasti sama ada entry ini merupakan entry terakhir aku. Harapnya entry terakhir untuk minggu ni la. Kalau dah ditakdirkan ini adalah entry terakhir aku...erkkk..
Selepas hari ni, aku mungkin terpaksa mengambil masa untuk kembali mengetuk-ngetuk keyboard. Mungkin juga minggu depan aku akan kembali. Mungkin. It depends. Depends on me...depends on my strength. Depends on everything. Jika aku masih diberikan kekuatan, insyaAllah aku akan kembali menulis seperti biasa.
Menurut Lan Strife, hari Sabtu ni aku akan bertukar menjadi 'mutant'. Tak tahu la kenapa dia kata pembedahan itu akan menyebabkan aku bertukar menjadi 'mutant'. Anyhoo( ayat Mas), kita tengok la sama ada selepas aku keluar dari hospital tu, aku bertukar jadi 'mutant' ke tidak. Jadi mutant, pastu siap ada super power lagi..amacam?? eheh.
haihhhh... .Fida.. Fida...
Heeeee;-) . Ok then, straight to the point laa, besok yakni hari Jumaat aku akan memulakan percutian dan dengan sukarelanya akan memasukkan diri aku sendiri ke hospital kerana pada hari Sabtu yakni lusa, aku terpaksa menjalani satu pembedahan untuk membuang sejenis 'tumbuhan' .
Bijinya entah datang dari mana, singgah menumpang hidup di dalam salah satu anggota badan aku ni, haihh. Kata doktor, 'tumbuhan' tu mungkin tak bahaya, tapi perlu dibuang sebab takut ia mampu membesar dan tak mustahil tiba-tiba boleh bertukar jadi merbahaya. (ingat lagi test yang aku fail masa pi buat medical check up ari tu? pasal ni la..huhu)
Takut?? Tentu lah aku takut. Risau, cuak semua ada. Kalau orang tengok aku, mungkin cool jek. Tapi bak nasihat teman-teman, let it be. Just follow the flow. Everything will be okay.. really hope so.
Kepada kalian yang datang menyinggah sini dan terbaca entry ni, doakan agar pembedahan membuang 'tumbuhan' itu berlangsung dengan jayanya ek, harap lepas ni, dia tak datang menumpang hidup di dalam badan aku lagi dah. Dan kepada semua... mohon ampun dan maaf atas segala khilaf. Maaf zahir dan batin. Moga kita jumpa lagi;)
Kepada teammate yang sudi mengambil alih tugas aku yang berlambak tu, hanya ucapan terima kasih yang aku mampu berikan. Terima kasih banyak-banyak. Allah saja yang dapat membalas jasa kalian semua di akhirat kelak, insyaAllah.
Owhh yer, doktor kasi aku cuti, agak lama. Aku mungkin balik berehat di kampung selepas dapat keluar dari hospital nanti. Yeayyy.. part balik berehat di kampung tu adalah part yang paling aku nanti-nantikan, eheh. Tapi part operation tu...erkkkk.
p/s: Aku harap, hospital tempat untuk aku tinggal sementara nanti tu, takde hantu-hantu yang suka merayau-rayau di waktu malam. Merayau-rayau kemudian datang bertenggek di tepi katil. huhhhhh!
I'll be here again insyaAllah... pray for me eh. Till then...
WaAllahualam
Wasalam..