Mana Boleh Aku Lupa!!

Saturday, May 17, 2008
16 May Hari Guru. Semalam Hari Guru.. Tapi post ni diconteng pada hari ini.. Aku tidak lupa tarikh itu. Mana boleh aku lupa.

Semua guru-guru yang mendidik diri ini,dari sekolah rendah hingga ke menara gading.. jasamu akan ku kenang sampai ke mati. Terima kasih cikgu..

Mak,Cikyah, MakSu, Ayah Su,Acik Noor, Kak Zah, Kak Nor, Chu Da, Kak Nass yg comel..ermm, sape lagi ek... Selamat Hari Guru..

Semua sahabatku, yang kini bergelar pendidik.. Selamat Hari Guru:D

Dan buat diriku juga yang pernah bergelar guru suatu ketika dulu, walaupun hanya sementara, Selamat Hari Bekas Guru Fida!!,hikhikhik.. kenangan menjadi guru sementara selama 2 bulan lebih di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Baru lah aku tahu, betapa indahnya hidup seorang guru walaupun setiap hari terpaksa berperang dengan pelbagai kerenah yang dilontarkan murid-muridnya. Arghh, wajah bekas anak murid mula terbayang seorang demi seorang, apa khabarkah mereka sekarang??

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca!

(Karya oleh Usman Awang)

"Aku takkan pernah jadi sempurna, seperti engkau pinta..
aku takkn bisa, meski telah ku cuba."

WaAllahualam
Wasalam..

0 comments:

 

Browse