Aku Bulan dan Kau Bintang (PART 1)

Tuesday, May 20, 2008
Terlalu berat untuk aku membuka mata ketika azan subuh sayup-sayup kedengaran. Kepala aku terasa begitu berat untuk diangkat meninggalkan bantal empukku. Pandanganku beralih ke jam loceng di tepi katil aku. Pukul 6 pagi. Terasa 6 jam tidurku masih tidak cukup.

"Arghhh, bangun la Cik Afie!! Nanti syaitan gembira tengok kau liat nak bangun untuk sembahyang", bentak hati kecikku

Sedaya upaya aku lawan bisikan syaitan untuk terus menyambung tidur. Dengan perlahan dan gaya malas, aku bangun dari katil, menuju ke bilik Najiah di sebelah bilikku .Aku ketuk-ketuk pintu biliknya.

"Jie, bangun jie, dah pukul 7 ni, nanti lambat nak pergi kerja!" Aku bohong. Padahal baru pukul 6. Aku sengaja berbuat begitu kerana aku tahu, sekiranya diberitahu jam baru pukul 6, Jie sudah tentu tidak akan mengendahkan panggilanku,malah selimut garfieldnya akan ditarik kemas.

Memang tepat tekaan aku. Dengan sekali panggilan, Jie sudah kalut-kalut membuka pintu dan terus bilik air. Tersengih aku melihat gelagat teman rumahku yang sorang ni. Tapi Jie tidak pernah marahkan aku walaupun aku berbohong tentang masa yang terlalu berharga itu demi mengejutkannya untuk solat subuh.

Sesudah masing-masing menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa, Jie tiba-tiba datang menghampiriku dengan tangannya memegang sesuatu.

"Afie,nah surat kau,aku lupa nak bagi semalam. Surat dari jauh nampak!", Jie mencelah keheningan pagi.

"Thanks Jie, eh bukan dari jauh la, ni ditulis dari Hafiq, kalau dari jauh..aku tak kenal la pulak siapa jauh tu! hahaha", aku saja melawak pepagi buta dengan Jie. Jie tersenyum hambar mendengar celotehku dan berlalu meninggalkan aku dan surat itu. Malas nak layan kerenahku agaknya.Sampul surat itu aku buka. Memang dari Hafiq.

"Mimpi apa dia kirimkan aku surat? Bukannya dia tidak ada email aku pun, padahal Mesengger pun boleh", hatiku terdetik.

Salam Afie..
Harap kau sentiasa berada di dalam rahmatNya. Orang kampung apa khabar? Rindunya aku pada mereka semua. InsyaAllah aku akan pulang pada akhir bulan depan. Nantikan kepulangan aku!

Ikhlas:
Hafiq
Medicine Street
Russian Federation

"Hafiq-Hafiq, kau ni memang saje je kan nak bazirkan duit poskan surat untuk aku, kalau dekat tak apa juga. Mengada betul!" getus hatiku.

"Padahal 2 malam lepas aku baru bersembang dengannya di ruang cyber. Tidak pula dikhabarkan pada aku yang dia akan pulang," Arghh, Hafiq memang suka membuat kejutan. Getus hatiku lagi.

Ingatan ku tiba-tiba melayang kepada Hafiq, teman sekampungku .Aku memang membesar bersama-samanya, bersama Dayah,Mukhlis dan Naim. Kami berlima memang rapat sejak di bangku tadika lagi, dan ikatan persahabatan itu dikukuhkan lagi apabila kami berlima sama-sama bersekolah di sekolah rendah yang sama. Sekolah Kebangsaan Haji Daud,Kuala Terengganu. Tapi antara kami berlima, Hafiq yang paling nakal.Paling disegani dan yang paling pintar. Walaupun dia seorang anak yatim piatu dan hidup dalam serba kekurangan bersama neneknya, tapi dia disayangi oleh guru-guru dek kepintarannya. Pelajarannya tidak pernah dipandang enteng.

Dengan kawan-kawannya juga,dia tidak pernah kedekut dengan ilmu yang ada. Sampaikan dia sanggup mengajar aku,Naim,Mukhlis dan Dayah. Kami berempat ni je yang selalu payah menerima ilmu ketika cikgu mengajar dalam kelas, dan Hafiq lah yang bersusah payah mengadakan study group untuk aku berempat selepas kami sama-sama balik dari belajar mengaji Al-Quran di rumah TokPit.

Pun begitu tidak pernah Hafiq membangga-banggakan kecerdikan yang dimilikinya. Tidak pernah sekali-kali dia memandang rendah terhadap kami yang agak lembap pada ketika itu. Malah kami di dorong untuk sama-sama mengecap kejayaan dalam pelajaran bersamanya dan keikhlasannya memang jelas tergambar.

Arghh, aku terlalu kagum dengan Hafiq dan sifatnya itu. Tidak hairan lah jika sekarang, dia mampu merasa nikmat kehidupan di negara orang kerana menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan. Kerana keikhlasannya yang tiada tandingan itu juga dan berkat usaha kami semua ,aku, Naim, Mukhlis dan Dayah sudah mampu mengikut jejak langkahnya. Naim sekarang baru 2 bulan menjadi akauntan di Jabatan Audit Negara, Mukhlis masih lagi di semester akhir di University Malaya dalam bidang kejuruteraan awam, Dayah baru menyambung pelajarannya di peringkat Master di University of Adelaide, Australia,dan aku baru 6 bulan bergelar jurutera perisian di Intel Cyberjaya.

Terlalu indah jika dikenangkan zaman kanak-kanak itu. Terasa ingin aku kembali ke zaman itu lagi. Tapi...

" Aiii Afie, jauh kau berangan!! Tidak mahu pergi kerja ke hari ini??" tanye Jie mengejutkan aku dari lamunan kanak-kanakku.

"Haha, Jie,kau dah siap?? Alamak, dah hampir 7.30!! Aku dah lambat ni!!", tergesa-gesa aku mencapai kurungku yang sudah sedia bergosok dan bersiap sekadar yang perlu.

Tiba-tiba mendengar teriakan Jie dari luar.

"Afie, aku pergi dulu ye! breakfast kau aku dah letak atas dapur. Makan tau!"

"Ok Jie, Thanks for the breakfast. See ya, Assalamualaikum", sempat aku memberi salam kepada teman rumahku merangkap pensyarah di University Tenaga Nasional itu.

"Eh Jie buatkan aku breakfast??" tiba-tiba aku berkata sendiri kehairanan.

to be continued........

8 comments:

haedir said...

cepat la sambung cite. tak sabar ni nak baca hasil nukilan cik fida

Afida Anuar said...

Hihi, ye ye haedir... aku tengah karang ni..idea masuk sikit-sikit je..so dpt tak complete lagi la..huuhuhu..
weh sebenarnye aku saje je mereka cerita tu...ayat pun merapu-rapu jek..

DidiKar said...

hehehe ko bleh karang novel la..

Afida Anuar said...

Serius dd?? Tapi aku belasah je tu..hihih. Sje test power menulis..Eh mane ko menghilang?? Lame tak berada di ruang cyber ni.. blog ko pun sepi jek aku tengok..:D

Owwhh dah cuti sekolah..bestnyeee ko leh cuti panjang!!!

Anonymous said...

[B]NZBsRus.com[/B]
Skip Slow Downloads Using NZB Downloads You Can Instantly Search HD Movies, Games, MP3 Singles, Software and Download Them @ Alarming Rates

[URL=http://www.nzbsrus.com][B]NZB Search[/B][/URL]

Anonymous said...

Plead to climax to Our Risqu‚ Prices at www.Pharmashack.com, The Referendum [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Chemist's [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Point to to Eminent Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Be subjected to a Unforgettable Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] On the duration of Your Victuals ! We Comprehend away M‚order earmark [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !

Anonymous said...

Infatuation casinos? analyse this advanced [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] refer to and wing it de-emphasize online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also look into our redesigned [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] orientate at http://freecasinogames2010.webs.com and convey completely in deed-holder lolly !
another in [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] milieu is www.ttittancasino.com , funding of german gamblers, upon to manumitted online casino bonus.

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]free casino games[/url] check the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casino online[/url] autonomous no set aside hand-out at the chief [url=http://www.baywatchcasino.com/]charitable casino games
[/url].

 

Browse